Kalau rasa Innershine Berry tu agak mahal, hari tu aku beli kat Guardian Kuching, Rm28/RM29 gitew la harganya, tak ingat dah. Tapi bila aku kat Choice Supermall, eh boleh plak dapat harga RM24.90 ke Rm23.90...maaflah ya, aku tak ingat harga sebenar kat kedua-dua tempat. Tapi lebih kurang begitulah harganya untuk satu kotak yang ada 6 botol pati berry tu. Maka kesimpulannya harga kat supermarket tu murah sikitlah dari kat farmasi. Tempat lain aku tak survey harga lagi.
Sekotak aku minum seminggu, tiap hari aku minum, masuk hari ni dah 2 minggu aka 12 hari aku minum cuma botol hari ni tak minum lagi. Pas ni lah, terlupa lak.
Aku minum ni sebenarnya sebab hari tu ada cikgu satu sekolah dengan aku tegur masa nak balik dari sekolah satu petang tu, katanya kenapa mata putih ni kuning. Sakit mata ker? Aku tak tau pulak yang tahap kekuningan mata putih aku tu begitu jelas sekali. Aku sedar memang mata putih aku sebelah bawah agak kuning manakala yang sebelah atas masih putih lagi. So, balik rumah makcik pun google lah, kan ke maklumat di hujung jari. Oooo...rupenya kalau ada kuning kat mata putih tu, ada masalah hati. Yang bagus untuk mata & hati ialah lobak. Pegi google sana key jangan malas.
Terus hari esoknya aku pegi carik lobak merah kat supermarket, agak murah, Rm1.00++ (tak sampai RM2) boleh dapat dalam 3/4 batang. Epal hijau aku beli kat pasar minggu Satok, RM6 dapat 10 biji.
Resepinya bukan dimakan begitu saja ya atau dimasak jadi sayur. Tak kuasa I, tak lalu tekak ni. Tapi kalau korang terer silalah makan carrot tu begitu saja, kalau tahanlah. Aku tak suke sayur. Jadi aku buat jus. Ye..jus. Jus lobak merah + epal hijau. Sedap weh...
Ini adalah kebaikan minum jus lobak merah, aku dapat dari internet.
Health Benefit of Carrot Juice
List of goodness
constipation
physical exhaustion
improving our eyesight
functioning of our immune system
strengthening our bones and teeth
good cleansing effects
positive effects on our hair, nails and skin
important for metabolism
decreasing bad cholesterol levels in the body
relieve spasms
strengthen our blood vessels
anti-inflammatory
anti-cancerous
anti-aging properties
Health Benefit of Apple Juice
List of goodness
it lowers the bad cholesterol level in the body
prevents the formation of blood clots
burn excess fat in the body
reduce blood sugar in the body
protect against diabetes, obesity, cardiovascular disease, cancer
prevention of harmful bacteria growth in the intestine
reduce teeth cavities
reduce bad smell causing bacteria in the mouth
Resepinya:
1. 4 batang lobak merah
2. 14 biji epal hijau
3. Jus extractor macam kat bawah ni (gambar ihsan google ya), malas nak snap gambar kat rumah.
TQ Pensonic, I dah tolong promote barang u, maka sila hantar hamper epal hijau kat saya sekarang heh ;P

Untuk pengetahuan, mak aku memang dah lama beli jus extractor macam ni. Takde ah sebiji macam kat atas tu sebab yg atas tu model baru kut, kami punya model lama. Tapi memang 90% serupa kat atas tu. Dalam setahun kami pakai tak sampai 10 kali sebabnya malas nak cari buah, dan malas nak cuci, dan tak terfikir nak buat minum jus sayur dan buah sebagai satu amalan. Part cuci tu yang aku tak suke, tapi takde ah sampai 10 minit keja mencuci tu. Dah malas tu banyak songeh plak ...
Resepi memang guna lobak merah dan epal hijau tapi kuantiti epal hijau dan lobak merah tu terpulang pada korang. Minggu lepas aku guna 8 batang lobak merah dan 6 biji epal hijau, rasanya agak manis, manis lobak merah. Tak sedap.
Jadi, kelmarin, aku guna lebihan lobak merah dan epal hijau yang tinggal dalam peti sejuk, ada 14 biji epal hijau dan cuma 3 batang lobak merah. Hasilnya agak banyak, dapat setengah jag besar. Boleh minum satu keluarga, tapi sorang minum segelas je la hehe...
Inilah dia, jus lobak merah + epal hijau kesukaan saya. Harap-harap bila amalkan minum jus ini, mata saya akan bersinar dengan cerahnya, takde rabun malam, dikurangkan degree mata, dan mata putih kembali putih, Insya Allah (^,^)...


