Sunday, April 22, 2018

~ tips temuduga biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan ~

at 9:17 AM
Ahad, 22.4.2018

Entri kali ini sebenarnya nak cari semangat yang hilang selepas satu hari suntuk semalam aku berpoya-poya menonton drama Korea yang sungguh tak berfaedah itu ~ sigh! Dah tau tak berfaedah, lagi mau nonton ~ sigh again!

Ini ialah tips temuduga biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan ekekekee... kemain :P

Antara tipsnya ialah:

Tips sebelum temuduga:

1. Datang awal. Surat kata jam berapa adik kakak abang semua? Jam 8 ka? Ampa pi datang 8.05 pagi memang nak kena pang! Awal-awal dah tunjuk rebel kemain +___+. Ingat! Datang awal tahu. 7.30 pagi dah terpacak kat depan kaunter pendaftaran, bagus, bagus. Inilah ciri-ciri pegawai cemerlang.

2. Pakaian kemas ~ rasmi. Lengkap tag nama. Jangan pakai tag nama ada logo JPN logo KPM logo tah apa macam-macam la ampa ni. Pakai tag nama background hitam, tulisan putih tu. Jangan pakai tag nama jawi pulak dah. Yang tag nama tulisan jawi mandarin korea anyeongseyo tu semua simpan dulu k. Ingat. Tag nama anda, sila pakai!

3. Bawa fail yang lengkap dengan sijil. Sijil UPSR tak yah la. Ada tak surat suruh bawak apa-apa? Haa... ikut la surat tu semua. Kemudian kalau ada buku tulisan anda; buku kerja ka, buku novel ka akakakaa manalah tau ampa tulis novel :p haa bawak tu semua. 

Tips semasa temuduga (berdasarkan temuduga saya dulu):

p/s: saya masuk ke bilik temuduga dulu secara berpasangan. Saya dan sorang cikgu lagi. Pasangan ni ditentukan secara random, maksudnya ikut jam berapa kita mendaftar pagi tadi. Lepas cikgu lelaki tu datang, barulah saya sampai ke tempat temuduga. Jadi, kami berdualah yang sama-sama masuk ke dalam bilik temuduga tu. Saya dapat HLP, cikgu tu tak dapat. 

Kesimpulan yang saya dapat, masuk secara berpasangan adalah cara panel untuk menjimatkan masa dan membuat perbandingan ~ calon mana yang boleh mereka eliminate dan calon mana yang boleh dipertimbangkan. 

Berdasarkan pemerhatian saya, dua-dua masuk; sorang dapat dan sorang lagi tak dapat. Ada juga dua-dua dapat tapi ni sangat jarang. Ada juga dua-dua tak dapat, yang ni banyak. Tapi lebih kepada, dua-dua tak dapat. Macam mana saya tahu? Sebab kami temuduga tu 2 hari, 2 bilik temuduga. Saya temuduga hari pertama dan bilik pertama. Yang sama sesi dengan saya tu, hanya 3 orang saja kami dapat biasiswa ni. Jumlah yang temuduga untuk hari pertama bilik pertama tu dalam lebih kurang 15 ke 18 orang tak berapa ingatlah. 

1. Panel suruh perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris. Saya hentam sajalah speaking Inggeris walaupun grammar tunggang langgang. Tapi sebab BI saya tahap A- , maka bab ini rasanya saya tak ada masalah sangat. Saya ceritalah, nama saya, mengajar kat mana, apa tugas-tugas kat sekolah ~ haa... yang ni seronok cerita sebab saya banyak tugas kat sekolah. Seronok gila cerita ~ pasal saya jadi guru data, saya latih budak-budak ikut pertandingan pidato, bicara berirama, bercerita, eh macam-macamlah. Rasa takmo berhenti ekekekee...

2. Kemudian panel suruh saya bagitahu pasal proposal saya. Proposal tesis yang saya beri tu, tajuknya catchy. Jadi saya ceritalah sedikit sebanyak pasal proposal tesis saya. Bla... bla...bla... hmmm rasanya dalam 15 minit juga aku membebel bab ni. Yang ni panel tanya dalam BM. Yang perkenalkan diri tu ja dalam BI.

3. Panel tanya soalan. Soalan berkisar mengenai bidang pengajian yang saya pilih. Kenapa saya nak sangat ambil master bidang tu. Saya pun bla bla bla lagilah. Saya kan memang suka bercakap ;p almaklum debater pencen ahaks... sejak pencen jadi pemidato ni, mulut ni gatal kemain nak berpidato. Berpidato dalam bilik temuduga pun jadilah. Pastikan anda tahu latar belakang pengajian yang anda mahu pilih itu. Jangan main hentam saja lepas tu tak ada pengetahuan mengenai bidang yang anda pilih. Contoh la: pilih pengajian Artifical Intelligent (ini contoh jaa... contoh...), tapi tak tahu AI tu apa. Pilih AI pun semata-mata nak pi belajar kat oversea haa gitu. 

Okey... tu je tips. Sikit kan tips? Hahaa... satu lagi, yang terakhir. Banyakkan membaca. Bukan baca feed Facebook. Bacalah buku yang berilmiah sikit. Saya ni nampak ja sempoi suka tonton cerita Korea, tapi bila ada perkara yang melibatkan biasiswa melibatkan misi mencari ilmu ewah... saya amat serius. 

Baca k. Amalkan budaya membaca. Insya Allah, banyak membaca, anda akan jadi seorang yang sangat berpengetahuan. Dan, jangan banyak sangat kompelin jangan banyak merungut. Hidup ini kena positif.

Dahla... tu je nak cerita. Selebihnya pandai-pandai ampa la hidup. Tahap konfiden tu kena tinggi.

Saya hari tu, nampak ada calon temuduga lain (pompuan) pakai seluar slack siap blazer hitam saya dah wow! Aku ni setakat pakai baju kurung moden paling cantik dalam lemari je. Feel dia lain tau bila nampak orang lain pakai blazer. Tapi takpa, tak pakai blazer pun ok. Just pakai baju kurung (untuk perempuan) dan tudung kemas-kemas dah ok dah. Sedap mata memandang la. Jangan kain ko belah tepi ala-ala pramugari MAS pulak. Ni bukan temuduga cabin crew okeh!

Pastu, ada seorang lagi calon temuduga siap duk baca Quran kat satu sudut aku dah macam ... okey mana Yasin aku erkkk! Saya pun bacalah Yasin jugak hihihiii... tapi boleh je baca apa-apa surah atau apa-apa doa ikut kepercayaan agama masing-masing. Itu semua untuk menenangkan hati. 

All the best k! 

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei