Thursday, January 04, 2024

Hadiah Latihan Persekutuan KPM 2023 : luar negara (Part 2)

at 1:11 PM

Alhamdulilllah, 10 Mac 2023 (alamak hihi lamanya baru timbul semula post HLP ini), keputusan layak temuduga keluar dan aku layak temuduga. Maka bermulalah episod mencari tajuk proposal yang sesuai untuk PhD aku. 

Oleh kerana aku mohon HLP untuk ke Luar Negara, maka aku kenalah buat proposal dalam Bahasa Inggeris. Walaupun BI aku tunggang-langgang, grammar berterabur, aku tetap nak cuba juga. Kutlah dapat sambung belajar ke oversea kan, bolehlah praktis cakap BI dengan mat saleh dan minah saleh hiks.

Aku pilih pengkhususan dalam bidang Pendidikan Pemulihan. Kan ke aku ajar Pemulihan Khas, jadi kiranya rezeki akulah ada bidang Pemulihan Khas ke Luar Negara. Dalam negara pun ada juga tapi tangan aku gatal nak isi sambung belajar ke Luar Negara.

Apa yang kita isi masa mohon HLP / HLPS / CBBPTB ni, bidang itulah yang kita kena temuduga nanti.

Ok, mesti ada yang tertanya-tanya kan macam mana nak masuk stage temuduga. Ada yang dah berapa kali mohon tapi susah sangat nak lepas ke stage temuduga. Aku cadangkan, sementelah sekarang ada sesi interaksi dengan pihak Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), silalah masuk ke sesi interaksi tersebut. Dibuat secara Google Meet (GM), dan boleh tanya soalan masa sesi tu nanti. Aku masuk semua sesi tau. Ya, semua sesi aku masuk. Pagi dan petang, selama 6 hari tu. Aku on ja laptop aku, dan rakam semua sesi sebab ada sesi tu dibuat pagi, masa tu aku dok mengajar. So aku rakam je. Kadang-kadang ada soalan yang ditanya tu kita teringin nak tanya tapi segan, jadi seronok jugalah bila ada orang dah tanyakan soalan tu.

Temuduga HLP aku tahun lepas dibuat dalam bulan puasa, minggu pertama. Beberapa hari sebelum temuduga, aku survey jalan ke Unimas. Ya, aku ditemuduga di Unimas, pihak BT guna bilik di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Aku survey jalan bukan apa, takut kalau lewat sampai sebab jalan dari Kuching ke Kota Samarahan boleh tahan jem. Jem nanas jem epal jem durian semua ada hiks.

Lusanya pula, terima gaji. Terus aku Wisma Saberkas beli printer idamanku yeayyy... printer lama aku dah hantar untuk kitar semula. Aku beli Epson, agak mahal RM600 tapi ink jimat giler. 

Kenapa beli printer? Sebab nanti nak print proposal. Senang nak print RPH dan BBM juga nanti. Aku rasa kan, pagi nak temuduga tu mesti aku dok terkial-kial print proposal. Selalunya macam itulah, last minute semua nak tukar.


Ni la dia printer Epson yang aku beli tu.


Ok, yang ni pula keadaan semasa hari temuduga. Masa ni aku dah daftar nama dah. Orang ketiga kena temuduga wuwuwu. Semua sekali ada 3 bilik. Temuduga dibuat dalam 2 hari rasanya. Sehari ada 3 bilik temuduga. Satu bilik ada lebih 10 orang calon. Satu bilik tu dikhususkan untuk pengkhususan tertentu rasanya. Yang PhD giliran awal, yang mohon Master selepas PhD. Ada senarai nama dah disediakan, tak payah nak cabut nombor giliran lagi hihi.

Masa ni aku dah gementar gila, walaupun ni kali kedua aku temuduga macam ini. Walaupun aku pernah dapat HLP, tapi masa tu aku confident giler, sebab tajuk aku best, dan aku memang tak expect tinggi. Tekanan memang tak ada langsung, kalau dapat, dapatlah, kalau tak dapat, aku cuba lagi tahun depan haa gitu. 

Berbeza kali ni, aku memang sungguh-sungguh nak dapatkan HLP, sementelah pula aku mohon ke Luar Negara. Peluang bukan datang selalu tau.

Jadi, boleh bayangkan betapa hebat tekanan yang aku rasa. Menggeletar dan sejuk jari tangan kaki semua.

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei