Friday, June 10, 2016

Hadiah Latihan Persekutuan 2016 (2) : dapat tawaran HLP yeayyy!

at 1:47 PM
Assalamualaikum

Hewhewhew... amboi amboi... muqaddimah sahaja dah gelak-gelak. Baiklah, tanpa berlengah lagi, marilah saya khabarkan satu berita gembira buat semua. Ya, saya dapat tawaran untuk mengikuti Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi kemasukan 2016 yeayyyy...

Siapa yang dah mohon tu, bolehlah semak di sini ya:


Keputusan mula keluar 7 Jun 2016, aku dapat tahu pun 8 Jun 2016, entah kenapa tiba-tiba saja tergerak hati nak semak laman web KPM, eh tup tup ada result.

Ni dia result aku:


Kalau ikutkan ini percubaan pertama aku untuk HLP, dan Alhamdulillah berjaya. Tak sangka sebenarnya, betul-betul aku tak sangka akan terpilih. Tahun 2014 aku pernah cuba mohon (untuk kemasukan 2015), tapi borang tak hantar ehehee, sebab tak lengkap dan tarikh tutup dah hampir. Jadi, tahun lepas 2015 aku mohon awal, siap sedia semua dokumen dan pastikan borang yang aku submit melalui semakan 3, 4, 5 kali.

Tapi, walaupun ini percubaan pertama aku untuk HLP, dan terus dapat, sebenarnya dalam nak dapatkan HLP ini, banyak juga biasiswa lain yang aku mohon dan tak berjaya *_____*

Ni sejarah-sejarah permohonan aku untuk sambung belajar (peringkat sarjana):

1. 2014 aku pernah mohon biasiswa MARA untuk keluar negara, sampai stage temuduga, tapi tak berjaya. Pegawai yang temuduga tu kata mereka lebih utamakan bidang teknikal wuwuwuu...

2. Lepas aku grad dulu, aku pernah cuba mohon TPM (tenaga pengajar muda), program under UiTM. Konon nak jadi pensyarah. Aku siap ambil ujian IELTS, dapat result 7.5, dapat seat di Curtin University of Technology, Australia dalam bidang Master in Chemical Engineering, tapi masa pihak UiTM telefon suruh datang temuduga TPM, hmmm esok temuduga, hari ini baru telefon aku. Surat semua takde, kate mereka surat dah kirim 2 minggu lepas huhu tipu (sebab seminggu lebih lepas tu, surat sampai dan cop pos kat surat tu adalah tarikh selepas tarikh temuduga). Kecik tau hati aku masa tu, macam tak beria-ia nak kat aku huhuhuu...

Aku tak pergi pun temuduga tu, jauh ah... mana nak cekau duit beli tiket kapal terbang, masa tu aku baru start keje, gaji takdek sebab gaji selalunya masuk akaun dalam tempoh 3 bulan pertama keje. Memang bukan rezeki.

3. Pernah nak cuba mohon Monbukagakusho Scholarship, ala yang Jepun punya tu. Tapi hehe macam biasa, borang tak hantar... aku kan suka isi borang last minute.

So, bila dapat HLP ni... secara seriusnya, aku tak rasa bangga *_____*' aku lebih kepada rasa bersyukur. Betul-betul bersyukur.


Bulan Ramadan, bulan puasa begini, dapat pula berita gembira. 

Thankful. 
Indeed I am thankful.

Kepada Dia yang terlalu banyak memberi.

Jadi,

selamat tinggal Bumi Kenyalang,
Lembah Pantai, tunggu aku datang eh eh ...

err... tapi tak confirm lagi ya samada aku ke Lembah Pantai hewhewhew... mohon pun tak ni.

Insya Allah nanti aku buat entry lain pun. Perjalanan sepanjang memohon HLP ni.

4 jika kau rasa:

zulfahami zahari on 5:04 PM said...

Tahniah!
Boleh bagi guide sikit macamana mohon HLP ni dan, sehingga berjaya lulus permohonan.

~ wawa di sini ~ on 5:40 PM said...

TQ, nanti saya buat entry lain. Tapi, rasanya lebih kepada rezeki kut 😊.

panitia matematik on 1:06 PM said...

Saya guru penolong kanan..kalau lepas belajar dapat hlp bole jadi guru biasa tak

~ wawa di sini ~ on 1:30 PM said...

Tak pasti cikgu, saya tak habis belajar lagi ni (^,^). Tapi kalau tak silap, lepas habis belajar, kita ada isi borang nak minta posting ke mana. Kawan saya dulu, dapat HLP, asalnya dia cikgu sekolah rendah. Lepas habis belajar, ditugaskan ke sekolah menengah. Ikut kekosongan kut.

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei