Friday, January 05, 2024

Hadiah Latihan Persekutuan KPM 2023 : luar negara (Part 3)

at 1:27 PM 0 jika kau rasa

Soalan temuduga HLP

Hari temuduga itu, aku pakai baju kurung yang paling aku suka, paling selesa dan paling cantik bagi aku. Tapi kan, cikgu-cikgu lain smart belaka. Ada seorang cikgu lelaki tu siap pakai blazer wah segak sungguh. Ada cikgu perempuan yang pakai baju kurung dan blazer. Segak jugak walaupun kalau ikutkan tatacara pemakaian, baju kurung tidak sesuai dipadankan dengan blazer, tapi memang nampak segak sungguh cikgu tu.

Tiba-tiba aku rasa menyesal pula tak beli blazer hmmm... dulu pun masa temuduga HLP untuk Master, aku menyesal jugak tak beli blazer hihi tapi lepas beberapa bulan bila aku berjaya dapat HLP Master, maka tak jadilah menyesal hiks. 

Kali ni sungguh menyesal. Sebab suasana temuduga kali ini sangat berbeza dengan masa aku temuduga 8 tahun lalu. Semua orang nampak konfiden. Masa berbaris untuk daftar nama, cikgu kat belakang aku tanya aku mohon PhD ke Master. Aku jawab PhD. Dia tanya lagi kat mana U yang aku mohon. Aku jawab luar negara.


"Wah, mesti terer English ni..." spontan dia kata begitu. 

"Eh, takkkkkk... saya English biasa-biasa, tunggang-langgang," aku dah gabra. Lepas tu mulalah rasa cuak wuwuwuuuu nak nanges. Itulah malas lagi baca buku cerita BI, haaa kan dah cuak. 

Serius aku tak fasih cakap BI. Sekadar ayat simple asal orang faham tu bolehlah. Lepas tu kan masa pegawai BT semak sijil surat semua, rupanya aku tak bawa surat lantikan ke jawatan DG41. Eh ada ke surat tu? Yang aku bawa hanya surat pengesahan lantikan dan surat pengesahan jawatan. Kata cikgu sebelah aku, memang surat lantikan tu wujud. Sebelum surat pengesahan lantikan, ada surat lantikan dulu. Surat lantikan apa pulak ni. Ah sudah. Mana surat tu. Janganlah kerana surat terus aku disqualified. Kenapalah aku tak tanya kat PT sekolah. PT mesti arif. 


Maknanya di sini, ada 3 surat yang wujud : 

1.  surat lantikan

2. surat pengesahan lantikan

3. surat pengesahan jawatan


Haaa... korang yang temuduga tu, pastikan semua senarai semak tu lengkap tahu. Minta bantuan PT untuk semak lengkap tak semuanya. Jangan jadi macam aku. Nasib baik tak effect kat temuduga ke apa. Cumanya aku jadi makin nervous hahahaaa sejuk kaki tangan.

Semasa menunggu giliran dipanggil ke bilik temuduga yang entah di mana tak kelihatan dari tempat kami semua menunggu, aku berbual sedikit dengan cikgu sebelah aku. Tadi masa aku datang ke Fakulti Perubatan ini, aku terus ke tandas sebab nak check tudung. Jumpa dia dalam tandas. Dia pensyarah. Tahun ni kiranya last dia mohon sebab umur dah 45 tahun. Had umur untuk yang nak mohon PhD ialah 45 tahun. Baik orangnya. 

Tak lama kemudian, rasanya selepas 45 minit menunggu, nama aku dipanggil sekali dengan beberapa orang cikgu. Kami semua diminta berjalan ke pintu atrium satu lagi, menuju ke hati panel eh eh hahahaaa... menuju ke bilik temudugalah mana lagi hiks. Ada 3 bilik semuanya, dan di hadapan setiap bilik itu ada kerusi. Siapa yang duduk atas kerusi tu, maknanya giliran dialah yang next. Aku berdiri dulu sebab kerusi yang patutnya aku duduk tu masih ada cikgu lagi yang duduk. Masa ni, kami yang menunggu di luar tu rasanya ada dalam 6 orang macam tu la. Masing-masing dengan gelagat sendiri. Ada yang menghafal nota, ada yang berbual dengan kawan sebelah. Aku pulak diam membisu sebab gementar. Tambah gementar bila cikgu lelaki yang pakai blazer tu, masa dia berdiri sebelah aku, sempat aku jeling sekilas failnya mak aiiiii berderet anugerah dia dapat tu diaaaa.... mata helang betul aku ni.

Dia masuk inovasi, tulis buku, dan entah apa lagi tapi senarai tu memang panjanglah. Nasib baiklah aku pernah jugak kena paksa masuk inovasi & kajian tindakan dan menang. Bolehlah kan dari takda apa-apa.


Soalan temuduga HLP

Beberapa minit sebelum giliran aku tiba, pegawai BT tadi minta pen drive aku. Dalam pen drive tu ada proposal (pembentangan) aku. Jadi, sebelum aku masuk bilik temuduga, pegawai BT itu akan masuk dulu dan buka proposal aku di komputer dalam bilik tu. Bila aku masuk, semua dah sedia. Masa pun tak terbuang mmm makin efisien pihak BT sekarang. Tu yang aku sayang hiks.


So, pembentangan aku berkisar mengenai :

1. Perkenalkan diri sendiri.

2. Terangkan mengenai kajian yang bakal aku lakukan. 


Kemudian, panel tanya aku, dah mohon U? Aku jawab belum. Tapi dalam pembentangan aku, memang aku dah nyatakan senarai Universiti yang menjadi pilihan aku. Semua sekali ada dalam 8 Universiti cuma dalam slide proposal tu aku bagi 3 Universiti utama pilihan aku. Slide proposal ni kena ikut panduan yang diberikan oleh pihak BT tau. 


Kelebihan proposal aku rasanya aku tunjukkan Gantt Chart aku yang berwarna-warni. Apa rancangan aku nak habiskan PhD dalam tempoh 3 tahun. Paling penting, aku tekankan, semester pertama paling kritikal (crucial), Proposal Defence mesti buat masa Semester 1. 


Perlu aku tekankan di sini, sesi temuduga aku dijalankan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Ini kerana aku mohon penajaan ke Luar Negara. Nanti siapa yang layak temuduga tu, ada panduan diberikan buat pembentangan dalam BI atau BM. Ya, masa bentang ni English aku tunggang-langgang tapi aku hantam saja. Grammar kelaut kita biarkan yang penting kita cuba sedaya upaya. Tak sia-sia aku masuk debat dari umur 13 tahun sampailah umur 26 tahun hiks. 


Panel ada 3 orang tau. Kata pensyarah yang duduk sebelah aku tadi (masa menunggu di atrium), salah seorang panel ini pakar dalam bidang Pendidikan Khas. Sama tempat mengajar dengan dia. Masa pensyarah tu bagitahu aku, panel tu sedang melangkah masuk di atrium tempat kami menunggu tu. Itulah yang dia kata jangan-jangan Dr tu panel penemuduga.


Oh, kiranya, panel yang menemuduga kita tu memang tahu latar belakang kajian kita. Patut pun ada 3 bilik. Aku rasa kan, satu-satu bilik temuduga tu khusus untuk pengkhususan tertentu. Contoh bilik no.1, panelnya adalah pakar Pendidikan Sains, Biologi, Fizik, etc... maka calon yang ditemuduga dalam bilik tu mestilah yang memohon untuk sambung pengajian dalam bidang Pendidikan Sains, Biologi, Fizik, etc... haaa gitu.


Sesi temuduga aku berlangsung dalam setengah jam rasanya. Haaa... aku ada cakap kat panel, aku sambung Master pun dengan HLP. Panel tanya, habis dalam berapa tempoh? Aku jawab, aku habis kurang 2 tahun, 2 bulan sebelum tarikh akhir aku dah melapor diri ke BT. Ini penting aku rasa, sebab ini menunjukkan kita memang serius nak habiskan pengajian dalam masa yang ditetapkan. 


Habis temuduga, aku jalan ke atrium tempat cikgu-cikgu yang belum temuduga tadi menunggu, bye bye kat pensyarah yang jadi kawan baru aku dan ucap all d best kat dia. Moga dia dapat HLP. Lepas tu aku keluar dari atrium nak balik menuju kereta.


Pastu kan, aku lalu gerai waffle. Aku sedih masa ni, sebab English aku berterabur grammar tak cantik. Lepas tu kan yang sama bilik temuduga dengan aku ada 2 lagi calon PhD yang turut mohon ke Luar Negara. Mesti mereka bagus BI kan. Aku tahu hakikat sebenar, penajaan HLP ke Luar Negara ni tak ramai. Aku dengar tahun bila tah, ada 3 orang je yang dapat (tak tahu fakta ni tepat ke tak). Tiba-tiba rasa nak nanges, nak beli waffle coklat eh nasib baik aku ingat tu bulan puasa. Ah tak jadilah.


End up aku drive balik rumah. Tapi aku drive guna jalan jauh sebab air mata aku dah menderu-deru mengalir di pipi. Yang tahu aku hadir temuduga hari ni cuma Guru Besar & PK Kurikulum sahaja. Dan PK KK kut sebab PK KK kan best friend dengan GB. Cikgu lain sorang pun aku tak bagitahu, segan weiii kalau tak dapat. Tak berani aku nak gembar-gemburkan dulu. 


Air mata aku macam tak nak berhenti. 

Thursday, January 04, 2024

Hadiah Latihan Persekutuan KPM 2023 : luar negara (Part 2)

at 1:11 PM 0 jika kau rasa

Alhamdulilllah, 10 Mac 2023 (alamak hihi lamanya baru timbul semula post HLP ini), keputusan layak temuduga keluar dan aku layak temuduga. Maka bermulalah episod mencari tajuk proposal yang sesuai untuk PhD aku. 

Oleh kerana aku mohon HLP untuk ke Luar Negara, maka aku kenalah buat proposal dalam Bahasa Inggeris. Walaupun BI aku tunggang-langgang, grammar berterabur, aku tetap nak cuba juga. Kutlah dapat sambung belajar ke oversea kan, bolehlah praktis cakap BI dengan mat saleh dan minah saleh hiks.

Aku pilih pengkhususan dalam bidang Pendidikan Pemulihan. Kan ke aku ajar Pemulihan Khas, jadi kiranya rezeki akulah ada bidang Pemulihan Khas ke Luar Negara. Dalam negara pun ada juga tapi tangan aku gatal nak isi sambung belajar ke Luar Negara.

Apa yang kita isi masa mohon HLP / HLPS / CBBPTB ni, bidang itulah yang kita kena temuduga nanti.

Ok, mesti ada yang tertanya-tanya kan macam mana nak masuk stage temuduga. Ada yang dah berapa kali mohon tapi susah sangat nak lepas ke stage temuduga. Aku cadangkan, sementelah sekarang ada sesi interaksi dengan pihak Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), silalah masuk ke sesi interaksi tersebut. Dibuat secara Google Meet (GM), dan boleh tanya soalan masa sesi tu nanti. Aku masuk semua sesi tau. Ya, semua sesi aku masuk. Pagi dan petang, selama 6 hari tu. Aku on ja laptop aku, dan rakam semua sesi sebab ada sesi tu dibuat pagi, masa tu aku dok mengajar. So aku rakam je. Kadang-kadang ada soalan yang ditanya tu kita teringin nak tanya tapi segan, jadi seronok jugalah bila ada orang dah tanyakan soalan tu.

Temuduga HLP aku tahun lepas dibuat dalam bulan puasa, minggu pertama. Beberapa hari sebelum temuduga, aku survey jalan ke Unimas. Ya, aku ditemuduga di Unimas, pihak BT guna bilik di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Aku survey jalan bukan apa, takut kalau lewat sampai sebab jalan dari Kuching ke Kota Samarahan boleh tahan jem. Jem nanas jem epal jem durian semua ada hiks.

Lusanya pula, terima gaji. Terus aku Wisma Saberkas beli printer idamanku yeayyy... printer lama aku dah hantar untuk kitar semula. Aku beli Epson, agak mahal RM600 tapi ink jimat giler. 

Kenapa beli printer? Sebab nanti nak print proposal. Senang nak print RPH dan BBM juga nanti. Aku rasa kan, pagi nak temuduga tu mesti aku dok terkial-kial print proposal. Selalunya macam itulah, last minute semua nak tukar.


Ni la dia printer Epson yang aku beli tu.


Ok, yang ni pula keadaan semasa hari temuduga. Masa ni aku dah daftar nama dah. Orang ketiga kena temuduga wuwuwu. Semua sekali ada 3 bilik. Temuduga dibuat dalam 2 hari rasanya. Sehari ada 3 bilik temuduga. Satu bilik ada lebih 10 orang calon. Satu bilik tu dikhususkan untuk pengkhususan tertentu rasanya. Yang PhD giliran awal, yang mohon Master selepas PhD. Ada senarai nama dah disediakan, tak payah nak cabut nombor giliran lagi hihi.

Masa ni aku dah gementar gila, walaupun ni kali kedua aku temuduga macam ini. Walaupun aku pernah dapat HLP, tapi masa tu aku confident giler, sebab tajuk aku best, dan aku memang tak expect tinggi. Tekanan memang tak ada langsung, kalau dapat, dapatlah, kalau tak dapat, aku cuba lagi tahun depan haa gitu. 

Berbeza kali ni, aku memang sungguh-sungguh nak dapatkan HLP, sementelah pula aku mohon ke Luar Negara. Peluang bukan datang selalu tau.

Jadi, boleh bayangkan betapa hebat tekanan yang aku rasa. Menggeletar dan sejuk jari tangan kaki semua.

Wednesday, June 21, 2023

Hadiah Latihan Persekutuan KPM 2023 : luar negara (Part 1)

at 4:47 AM 0 jika kau rasa

 Assalamualaikum

Jadi cikgu ini tersangatlah sibuk eh macam kerja lain tak sibuk hiks... takde ah. Semua kerja sama sibuk. Aku ni je yang tak berapa nak pandai urus masa. Minggu ini sibuk latih murid Bicara Berirama. Minggu lepas sibuk juga dengan BB dan latih murid untuk bercerita. Alhamdulillah, murid-murid dapat juga tempat saguhati. Seronok murid-murid. Aku cikgunya tumpang gembira. Dapat duit RM300 tau hihi... Yang ini pertandingan bercerita anjuran agensi luar, bukan KPM.

Oklah, berbalik kepada tajuk. Mesti ada yang dah tahu keputusan Hadiah Latihan Persekutuan KPM bagi ambilan tahun 2023 kan. 

Ya, tahun ini aku mohon HLP. Ini kali kedua aku mohon; yang pertama aku mohon tahun 2015 untuk pengajian peringkat Sarjana, temuduga hujung tahun 2015 dan keputusan keluar 2016. Alhamdulillah masa tu dapat HLP. 

Permohonan kali ini untuk pengajian peringkat PhD pula. Jom, kita imbas semula susur-galur cerita aku mohon HLP tahun ini hiks.


Mula-mula keluar iklan ini. Keluar masa bulan Disember 2022. Hujung tahun lepas. Aku follow FB KPM. Nampak saja iklan keluar, ok, set dalam kepala 23 Disember 2022 tu mesti terus bukak website epenawaran dan semak kelayakan mohon. Kena baca betul-betul. Ada senarai bidang-bidang yang boleh kita mohon tahu.


Eh eh... ada penajaan ke luar negaralah. Kursus apa yang ada ya?

Waaahhh... ada Pendidikan Pemulihan hiks... Syarat-syarat permohonan nampaknya aku ada. Ijazah Sarjana memang tepat macam yang aku dapat. Hari tu masa HLP 2016, aku ambil Sarjana pengkhususan Pendidikan Khas. Kali ini aku nak cuba ambil PhD Pendidikan Pemulihan. Ok, let's go! 

Kita cetak dulu senarai bidang ni. Boleh juga aku tatap masa free kat dalam kelas. 

Sebenarnya aku sedang berkira-kira samada nak buat PhD atau EdD. Kalau EdD, macam lebih fokus, sebab kena hadir kelas, lepas tu buat research. Lebih kurang macam Master. Tapi aku lebih baik aku pilih PhD, sebab macam tak banyak pula universiti yang tawarkan EdD.

End up, aku pilih PhD. 

Tapi, sebelum aku submit permohonan online, aku hadir dulu sesi interaksi. Haa... kali ini ada sesi interaksi tahu. Zaman aku dapat HLP dahulu kala (2016-2018), mana ada sesi interaksi ni semua. Masa aku mohon dulu, guna sistem manual. Isi online lepas tu print dan hantar borang tu ke Unit Latihan, JPN Sarawak. Sekarang, ada sesi interaksi wah best sungguh.


Sesi interaksi ni dibuat selama 6 hari. Satu hari ada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Aku masuk semua sesi. Ya, semuaaaaa sesi 😁. Sesi pagi tu sebenarnya aku ada kelas tapi aku masuk je, lepas tu aku rekodkan sesi interaksi. Soalan yang cikgu-cikgu tanya di bahagian chat, aku baca satu-persatu, kut ada kaitan dengan aku, atau ada soalan yang turut jadi kemusykilan buat aku.

Selepas sesi interaksi 6 hari ini berakhir, aku bertambah konfiden sikit nak isi borang online.

Masa submit tu, diberitahu dalam borang online tu, borang aku mestilah disokong oleh GB aku dan Pengarah JPN Sarawak. Macam mana mereka tahu mereka mesti bagi sokongan?

Haaa... emel akan sampai ke alamat emel mereka. Aku ingat lagi, waktu rehat keesokannya aku carik GB. Aku tanya, dia ada dapat tak emel yang mintak dia untuk bagi sokongan permohonan aku?

Dia tanya aku, emel datang daripada siapa?

Aku pun konpius sekejap. Aku jawab, mungkin dari epenawaran. Sebenarnya aku pun tak pasti hiks...

Lepas tu dia kata, "Macam saya dah buang dah emel tu..."

"Ala cikgu... janganlah buang..." hahahaa... aku tahu dia gurau ja. Buat aku gabra sekejap hihi... harap GB bagi sokongan padu soal permohonan aku ni.

Petang tu, GB WhatsApp aku, siap bagi screenshot lagi hiks, dia dah sokong permohonan aku.

Beberapa hari selepas tu, eh rasanya dalam seminggu atau dua minggu lebih, aku dapat satu emel lagi yang menyatakan Pengarah JPN Sarawak dah bagi sokongan pada permohonan aku. Alhamdulillah... setel satu perkara.

Sekarang kita tunggu samada layak ke tidak ke stage temuduga.

Sunday, June 07, 2020

Temuduga HLP?

at 12:45 AM 1 jika kau rasa
Eh, Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan dah masuk fasa temuduga ya sekarang? Aku nampak ada kawan aku update kat Facebook dia dapat temuduga HLP. Tahniah pada yang berjaya masuk fasa temuduga. Dengar-dengar sekarang kena buat pembentangan mengenai proposal ke masa temuduga tu?

Makin mencabar sekarang. Moga berjaya. Zaman aku temuduga dulu, tahun 2015 tak adalah susah sangat rasanya. Eh, tapi masa aku dapat HLP tahun 2016 tu (aku temuduga 2015, dan ditawarkan HLP 2016), aku rasa macam mencabar jugak hihihii... 

Masa tu cuak bukan main bila tengok calon lain yang datang. Bayangkan, aku temuduga Bilik No.1, Hari Pertama. Jumlah 16 orang, yang dapat 3 orang sahaja termasuk aku. Itu untuk zon Sarawak tahu. Zon Sarawak masa tu temuduga 2 hari dan 2 bilik. Kiranya untuk Sarawak sahaja yang dapat ke fasa temuduga hanya lebih kurang 60 orang sahaja. Itu anggaran aku sahaja sebabnya:

Hari Pertama, Bilik No.1 : 16 orang (ini masa aku temuduga).
Hari Pertama, Bilik No.2 : 16 orang (aku tak pasti tapi mesti lebih kurang juga jumlahnya dengan Bilik No.1)

Untuk Hari Kedua? Ah, 32 x 2 = 64 orang hahahaa... aku buat anggaran sahaja.

Yang dapat HLP & CBBPTB masa zaman aku tu (tahun 2016) hanya 30 orang dan ini ialah untuk Zon Sabah & Sarawak. Jumlah keseluruhan seluruh Malaysia yang dapat hanya 350++ orang.

Yang mohon ribu-ribu, yang dapat ke fasa temuduga mungkin tak sampai seribu. Yang dapatnya, 350++ orang sahaja. Ini campur ya Sarjana & PhD.

Tips? Takde tips hahahaa... cuma buat yang terbaik sajalah. Jangan over confident. Ingat, semua yang datang temuduga ada kelebihan masing-masing. Dan tak semua akan dapat. Yang benar-benar layak dan ada kelebihan sahaja yang terpilih.

Kalau ada penerbitan contohnya artikel, atau karya apa-apa, buku kerja yang kita tulis yang cetak dengan penerbit, bawa sekali. Itu boleh jadi nilai tambah tahu. 

Banyakkan membaca, dan aku ulang sekali lagi: banyakkan membaca!

Ramai orang baca tajuk saja - isi tak baca. Tu yang banyak salah tafsir maklumat. Lain isi, lain pemahaman dia :P

Oklah, adios. All the best untuk calon temuduga HLP & CBBPTB. Semoga berjaya. Dan buat semua yang bergelar guru, selamat kembali bertugas walaupun kita tak tahu bila sekolah akan dibuka semula.

Zaman Covid-19 ini mencabar sungguh.

Monday, April 20, 2020

Google Classroom di Malaysia

at 11:24 AM 0 jika kau rasa
MCO hari apa tah. Tapi aku rasa dah masuk Fasa Ketiga minggu kedua hmmm...

Apa aku buat di rumah? Aku buat worksheet hewhewhew... lepas tu aku jual di Teachers Pay Teachers. Seriously benda ni sangat addicted untuk yang suka duduk depan laptop macam aku. Dan aku baru saja jumpa clip arts yang sangat best. Beberapa bulan sebelum ni jumpa clip arts yang best jugak tapi ini penambahan terbaharu la dalam koleksi aku hehehe...

Okay ni dia:  

Sarah Pecorino Illustration

Check it out! She is amazing! Dia lukis orang tu bentuk bulat-bulat je. Tapi sangat cute. Dan aku rasa dia guna water colour. Lukisan yang guna water colour ni nampak sangat zaman-zaman Eropah lama gitu. 




Ok, next cerita.

Google Classroom. Beberapa hari ini nampak ramai yang berkongsi cerita mengenai GC. Cerita mengenai betapa Malaysia ini mengungguli carta tertinggi di dunia dalam pencarian GC paling banyak di dunia. Ya, aku ulang! Di Dunia! US pun kalah. Korea Selatan pun kalah.

Tapi, itu hanyalah pencarian, gunanya belum tahu ehehee... 

Sebenarnya, melalui pengalaman aku sebagai follower setia guru-guru luar negara (terutama yang suka hias kelas mereka super duper cantik), mereka tidak saja guna GC. Di US misalnya, selain menggunakan Google Classroom sebagai medium perantaraan antara guru dan murid, mereka guna Seesaw, entah apa Seesaw itu aku belum semak lagi. Ada juga guna Zoom, Boom Learning dll.

Boom Learning ialah laman web yang jual (ada juga percuma) task cards secara digital. Task cards ini ialah kad kecil-kecil. Pada kad tu ada soalan. Jawapan soalan tu ada pada kad lain. Konsep dia sama je macam kau bagi soalan pada murid cumanya task cards ini soalannya ada pada kad kecik-kecik tu.

Task cards yang aku buat saiznya suku kertas A4. Maksudnya dalam sehelai kertas A4 tu aku ada 4 task cards.

Baik. Beralih kita kepada Google Classroom. GC ini sebenarnya ada banyak kegunaan. Tapi mungkin ramai yang tidak cakna sebab masa nak belajar guna benda ini agak terhad. Yalah, dengan kelas lagi di sekolah, dengan semak buku murid, latih murid KK, dengan itunya, dengan ininya.

Jadi, ada hikmahnya Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan. Sekolah tutup dan guru duduk di rumah. Masa yang ada itu boleh digunakan untuk belajar GC. Aku rasa, kalau tidak kerana PKP ini, belum tentu kita para guru ada waktu kan nak mengulangkaji mengenai GC ini.

Baik, antara produk yang terkandung di dalam Google for Education ialah:

1. Classroom (ini kita selalu dengar kan, Google Classroom).

2. Gmail

3. Drive

4. Calendar

5. Vault

6. Docs

7. Sheets (ini similar to Excel ; tiap kali nak hantar data pemulihan khas, selalunya PPD hantar dalam bentuk Sheets)

8. Forms (cikgu-cikgu banyak buat kuiz guna ini)

9. Slides (ini similar to Power Point)

10. Sites

11. Hangouts

Berbeza dengan akaun Google yang biasa, Classroom Apps ini hanya boleh diakses untuk pendidik, alamat emel boleh didapati dari pihak sekolah, dan yang paling penting sekali PERCUMA ahahaa.

Sebenarnya dengan akaun Google yang biasa pun kita boleh akses produk di atas. Cuma akaun google biasa vs akaun google sekolah, yang sekolah tu meriahlah dengan bantuan, game interaktif, dan macam-macam lagi. Akaun google biasa aku kosong yakmat ;P

Ok, aku rasa sampai sini dulu. Nanti selepas aku khatam mengenai Google Slide, kita berbicara lagi mengenai Google Slide ya. Adios!

Friday, April 10, 2020

MCO Day 24

at 7:45 PM 1 jika kau rasa
Hari ini antara hari yang paling ditunggu-tunggu. Pengumuman samada tempoh PKP akan dilanjutkan atau tidak. Sebab itu berkaitan dengan sekolah. Sekolah buka atau tidak selepas 14 April ini?

Seperti yang aku jangka, tarikh PKP dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 28 April. Tempoh sebulan belum dapat untuk menurunkan kadar jangkitan Covid-19 hingga ke 0. Dan kalau PKP ditamatkan pada 14 April pun, kalau cikgu turun ke sekolah, aku yakin murid-murid tidak akan turun. 

Ya, kita dalam peperangan. Dengan musuh yang paling halus yang tidak nampak di mata kasar. 

Maghrib. Entah kenapa minggu ini aku tunggu-tunggu azan Maghrib. Sebab setiap kali selepas azan Maghrib, pasti ada bacaan ayat suci Al-Quran kedengaran. Bilik aku kan di tingkat atas dan rumah kami dekat dengan masjid. Jadi apa-apa pengumuman dari masjid memang kedengaran. 

Mula-mula PKP, aku rasa macam seronok ah. Boleh rehat lama sikit, sebab aku penat mengajar. Aku penat mengajar dalam kelas yang tidak ada elektrik. Aku rasa marah sebenarnya, campur terkilan. Sebab sekolah tempat aku mengajar dalam kawasan bandar tapi kelas aku (dibaca: keseluruhan tingkat 3 tempat kelas aku berada) tidak ada elektrik sebab kabel rosak. GB dah lapor kerosakan pada PPD, tapi macam biasalah, tak ada peruntukan agaknya.

Jadi bayangkan aku mengajar dalam keadaan panas dan berpeluh-peluh (nanges *_*). Langsung tidak menyeronokkan. Beli kipas angin rechargeable?

Jawabnya tiap harilah aku terpaksa angkut kipas angin ke bilik guru untuk cas kipas sampai bateri penuh - itu pun kalau kipas itu ada. Nak beli satu pun aku bertagak-tagak sebab harga pun boleh tahan. Dalam RM100 satu. Ada yang murah kat Mydin. Yang berkualiti sikit yang boleh tahu berapa peratus bateri yang tinggal harganya RM280+. 

So, bila PKP, aku macam ok... aku boleh rehat. Aku tak payah mengajar di kelas yang panas. Gaji jalan, hek sapa tak suka kan.

Then, lepas 3 minggu, hari inilah... aku macam ermmm... kenapa aku rasa macam ada satu perasaan yang tak best? Rasa macam kiamat hampir dekat lepas tu amal aku macam tak cukup. Dengan taubatnya tidak, dengan solatnya yang selalu akhir waktu kadang terlepas, dengan hati yang selalu berprasangka. Lepas tu pagi tadi ke semalam aku nampak di Instagram kawan aku; dia solat Subuh berjemaah wei satu family... bestnya. Aku? Subuh pun saat-saat akhir -sigh-

Aku rasa macam syurga itu jauh. 

Sunday, March 22, 2020

Cikgu, cuti & Covid-19: Day 5

at 12:51 PM 0 jika kau rasa
I lost track of the day!

Tak ingat dah hari ini hari apa. Lepas tu tangan mulalah cari telefon dan baru boleh confirmkan hari ini hari Ahad. Hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia.

Apa aku buat sepanjang cuti-tak-berapa-nak-cuti ni?

Aku buat worksheets la hihi... untuk jual di Teachers Pay Teachers. Tapi jualan sangatlah lembap musim Covid-19 ini. Tapi tak apa, kita terus buat resources untuk jualan dan perbaiki mana-mana produk yang lama bagi lawa lagi.

Aku keluar Jumaat lepas. Beli stok makanan. Ayam, beras, Milo, biskut, keropok, gula, ikan, dll. Cukup rasanya stok sampai Selasa (dibaca : terima gaji) sekurang-kurangnya. Nanti Rabu atau Khamis beli stok makanan lagi. 

Aku oder Hand Sanitizer di Guardian online. Kebetulan tengah dok surf tiba-tiba nampak hand sanitizer available. Tapi jenama Aiken je la. Botol kecik. Aku nak beli 20 botol; 10 botol untuk aku, 10 lagi kawan aku. Alang-alang kan sebab kos pos mahal, RM20. Tapi rupanya kalau beli di Guardian online ni, hanya boleh beli maksimum 10 unit sahaja untuk benda yang sama. Jadi aku beli ;

10 botol Aiken
10 botol AceMD

Nanti, aku dan kawan bahagilah sama rata Aiken dan AceMD tu. Sorang dapat 5 botol untuk setiap jenama. Oklah kan, dari jenama tah apa-apa yang dijual di Facebook. Melambak-lambak jenama pelik-pelik keluar sekarang, dahlah tu, mahal kemain. Tak baik tau, ambil kesempatan. Botol 50 ml jual sampai RM20. Nanti kalau dah reda wabak ni takkan jual lagi harga RM20?

Sebenarnya hand sanitizer tu bukan keperluan sangat. Cuma musim Covid-19 ni, perlulah simpan dalam beg, lepas beli barang boleh cuci tangan dengan hand sanitizer. Lepas isi petrol dalam kereta ke.

Ok, sebenarnya ni nak bagitahu kepada penjawat awam yang belum cukup 5 hari berkursus tu, atau risau sentiasa tak cukup, nah:


Boleh buat kursus online kat atas tu. Nanti minta setiausaha LDP sekolah masing-masing masukkan dalam e-SPLG tau.

Adios!



Wednesday, December 25, 2019

PLANNER 2020

at 5:59 PM 0 jika kau rasa
Hai...

Cari planner ke? Sekarang ni dah bersepah dah aku tengok planner dijual di Malaysia. Ada planner muslimah, planner islamic, planner motivasi, planner cikgu planner bla bla... wah macam-macam jenis. 

Planner percuma pun ada. Yang jenis download dan print sendiri pun ada. Eh, bersepahlah kat Malaysia ni. Jom kita tengok-tengok planner apa yang ada di pasaran.

1. Erin Condren

Woot! Woot! Planner ini antara termahal sekali. Dan bagi aku paling cantik. Rugi tak beli masa sale Black Monday hari tu. Dengar kata ada diskaun sampai 30% ke?

Istimewanya planner Erin Condren ni, kita boleh customize letak nama kita kat cover depan. Lepas tu ada macam-macam jenis pulak tu: academic planner, wedding planner, teacher lesson planner haaa macam best yang ni kan. Cover pun lawa-lawa belaka. Eh, pergilah website dia. 

Range harga : $55 and above (USD ok).

2. Happy Planner

Yang ini macam di tempat kedualah bagi aku. Ring dia lawa. Lain dari planner lain. Murah sikitlah dari Erin Condren.

Range harga : $7.99 and above. Lagi mahal lagi besar. Pun USD. Apa? Hang ingat Ringgit Malaysia ke hiks...

3. The Handmade Home

Yang ni planner percuma tapi kena pandai-pandai sendirilah untuk print. Aku dah lama nak print tapi tak terprint-print. Dari tahun 2018 kut aku save planner ni konon nak cetak sendiri tapi hampeh. Serius planner dia best. 



Aku sendiri? Aku dah beli planner murah harga RM7.90 semalam hiks... gila jimat. Yalah, kan nak simpan duit banyak-banyak sebab nak buat kabinet dapur nak beli perabot rumah huk...

Planner Malaysia banyak je kalau rajin cari. Kat instagram banyak kalau pandai cari. Tapi aku tak minat sebab dia jenis buku / gam kat tulang planner. Aku suka jenis ring / binder sebab senang nak buka. Dan pastikan sebelum nak beli planner tu kena tahu saiz apa ya. A4 ke A5 ke. Majoriti yang online ni A5. Saiz A5 ni separuh A4.

Serius aku perlukan planner sebab nak keep track progress worksheet yang aku jual kat Teachers Pay Teachers. 

Ok. Happy planner hunting!
  

Friday, December 06, 2019

Top 10 TPT Seller you should check - from my point of view

at 5:50 PM 0 jika kau rasa
Teachers pay teachers

Aku dah lama tahu mengenai TPT ini sebenarnya tapi baru tahun ni aktif membeli. Dahlah membeli dalam mata wang USD, rabak akaun bank aku. Kalau dalam USD memang murah sebab selalunya harga bahan di sana murah, dalam $3 ke $4 ke atau $5. Tapi, bila dan convert ke mata wang Malaysia hummphhh... beli $3, dari akaun aku sah-sah kena tolak dalam RM13+-.

Okay, TPT ni adalah singkatan untuk Teachers Pay Teachers. Ia sebuah laman web tempat guru dan sesiapa sahaja (ibu bapa/student/etc) yang berkecimpung dalam dunia pendidikan untuk mendapatkan bahan untuk pendidikan. Ada percuma dan ada juga yang kita harus beli.

Dulu-dulu aku hanya download yang percuma saja, tapi sekarang sejak ada kad debit VISA, maka aku rancaklah membeli. Macam-macamlah yang aku beli, dan selalunya yang aku beli cliparts. Cliparts yang dijual pun bes-bes. Kemudian cliparts yang aku beli tu, aku gunakan untuk bina worksheet aku sendiri dan aku jual di TPT hehee...

Ya, kita juga boleh menjual bahan (material) yang kita buat sendiri di TPT. Tapi bukan itu isi penting aku hari ini. Isi penting aku hari ini adalah berkenaan Top 10 TPT Seller yang aku rasa berbaloi aku follow di TPT.

Okay... drum rolllllll... jeng jeng jeng...

10. Fonts Seller

Jangan tak tahu ada orang jual fonts jugak di TPT. Ya aku beli. Aku tahu kita boleh dapat font free yang comel-comel kalau kita google, tapi sebab aku nak guna untuk commercial use, maka sebab itu aku beli font ni semua. Ni antara font creator yang aku suka, dan kerap jugak aku guna font mereka ni untuk worksheets aku.

9. Dancing Crayon Design


Dengan dia ni aku beli banyak jugak la. Dan lepas tu aku guna material ni untuk buat worksheet dan aku jual hehe. Setakat ni itu yang bestseller aku heh heh. Ewah... macam banyak sangat aku jual hikhik...


8. Educlips

Educlips ni boleh dikatakan asal aku buat worksheet mesti aku ada ambik clipart percuma daripada dia ni. Pendek kata, clipart ni mendominasi worksheet aku. Dia banyak bagi clipart percuma. Aku ada beli jugak dan sangat puas hati dengan kualiti clipart yang dia ada. Berbaloilah beli.


7. Clever Cat Creations



Dia ni aku baru jumpa semalam kut. Aku terus beli satu set clip art dia. Tapi follower dia tak cecah ribu lagi. Stail dia mewarna macam Kate Hadfield sikit, macam guna water colour dan aku taste aku yang macam tu kut hihi. Tapi aku rasa tak mustahil dia boleh jadi hit. Aku rasa nak je emel dia minta buat clip art pelbagai variasi lagi. 

6. Zip-A-Dee-Doo-Dah Designs



Ini pun aku beli banyak daripada dia ni. Lepas tu buat worksheet aku sendiri dan jual. Dia banyak hasilkan clip artdan mazes yang budak-budak tadika buat tu. Dia ni macam terkenal jugak.  

5. Creating4 the Classroom


Creating for the Classroom ni jual cliparts. Dan aku beli banyak jugak. Tapi satu yang aku suka dia ni, dia jual Colod by Code. Ada macam-macam tema. Satu lagi aku suka beli counting clipart dia. Comel-comel semuanya dan kaler pun jenis vibrant. Macam kat bawah ni counting clipart tema Back to School.



4. The Moffats Girls

Dia ni la yang ahli TPT pertama aku jumpa dan aku follow. Sebabnya? Worksheet dia semua cantik-cantik belaka. Kemas. Lepas tu dia ada Facebook dan grup FB. Anak dia comel giler. Dia ni pun cantik gak ahahaa... pendek kata, follow dia sebab suka tengok cara dia ajar anak dia guna worksheet yang dia sendiri buat. Ni la antara TPT top seller setahu aku la. 

Nak tahu betapa bestnya material yang dia buat, baru tadi kut aku terjumpa ada orang jual worksheet dia kat Shopee. Kat web China pun ada. Orang beli dari dia lepas tu orang jual pula kat web lain ish sungguh tak beretika la manusia cenggitu. 

3. Kate Hadfield Designs



Tak tahu macam mana aku boleh terjumpa TPT Kate ni. Eh aku rasa key word aku ialah 'detective'. Aku nak cari clip art ala-ala detective masa tu. Maka terjumpalah dia ni. Seriously, gambar clip art dia semua cantik. Warna guna cat air. Eh, lawalah. Aku beli hari tu harga $8 ke $10, eh tak ingat, haa... pejam mata je la beli. Cantik punya pasal. Cliparts Detective dia ni antara yang paling aku suka.


2. Melonheadz

Yang ni jual cliparts jugak. Serius lawa. 


Haa... ni salah satu cliparts yang dia jual. Cantikkan. Ni tema Autumn kalau tak silap aku. Tapi cliparts dia boleh tahan mahal. Selalunya kdia jual USD11. Bayangkan kalau convert ke RM. Tapi aku banyak jugak beli dari dia ni.

1. Whimsy Clips

Dan... yang ni pun cliparts hahaa... Cliparts dia ni sesuai untuk kindergarten dan Darjah 1 & 2. Budak-budak kecillah senang cerita. 


Aku banyak beli dari dia ni. Ada Summer Theme, ada Autumn theme, Back to School, macam-macamlah. Sebab selalunya cliparts creator ni akan buat dan jual cliparts ikut tema. US kan negara 4 musim. Bukan setakat cliparts 4 musim aku beli, yang tema Pirates, Detective, Earth Day dll, semua aku beli. 


Haaa... begitulah adanya. Walaupun ada banyak sebenarnya seller kat TPT yang aku suka, tapi aku rasanya inilah Top 10 seller yang paling aku suka. Kalau mereka ni ada keluarkan produk baru, selalunya aku akan beli. Terpaksalah letak bajet bulanan khusus untuk TPT ni.


Ok... aku rasa cukuplah setakat ini saja. Adios!






Monday, October 28, 2019

Guru Inovasi : membeli drill

at 5:00 PM 0 jika kau rasa
Dah lama tak menulis hoho...

Semalam aku keluar. Beli barang dengan Sue. Dia beli strawberry untuk puding. Aku sebenarnya nak keluar jalan-jalan tapi alang-alang dah keluar, aku terus ke SK Hardware. Dan ya, akhirnya aku beli DRILL yeayyyy!



Boleh baca di sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai drill yang aku beli:

Cordless Impact Drill [GSB 120-LI]

Ringan, hanya 1kg sahaja. Cordless, tak memerlukan wayar. Aku dah cuba bawa drill yang guna wayar tu, beratnya boleh tahan. 

Tips membeli drill untuk beginner / orang yang tak pernah guna drill hewhew aku la tu:

Tanya sahaja pada promoter kat kedai. Sebelum beli sebenarnya aku dah survey baca semua yang patut mengenai drill. Aku hampir nak beli drill di kedai hardware dekat-dekat sini, yang harga RM200+ sekali dengan tool box tapi jenama lainlah. Tapi sebab masa tu tak cukup duit jadi kita ketepikan dululah hasrat nak beli drill. Sampailah seorang kawan aku ni (cikgu juga), cadangkan agar aku ke SK Hardware. SK Hardware ni gudang jual hardware. Pendek kata semua benda untuk pertukangan ada di situ. Jadi semalam aku pergi. Jauh jugak dari rumah. 

Mulanya nak beli jenama Makita sebab ada satu drill Makita ni cordless drill, sekali dengan toolbox yang sangat lengkap. Kalau beli yang Bosch macam dalam gambar kat atas, toolbox memang tak ada, kena beli asing. Kawan aku kata, baik beli Makita sebab semua drill sebenarnya adalah sama, tapi Makita kelebihan dia adalah toolbox. Maksudnya skru, bits dll tu disimpan sekali dengan drill di dalam toolbox. Kalau Bosch yang macam kat atas, toolbox cuma untuk drill, bateri dan charger sahaja. Perkakas macam bits kena beli asing dan dalam toolbox kecil yang lain. Takut kalau simpan asing-asing macam ini, nanti risau hilang.

Masa aku nak decide nak beli Makita, tiba-tiba datang seorang promoter lain kata, daripada aku beli Makita yang harganya RM500+, baik aku ambil jenama Bosch yang RM500+ sebab beza harga cuma RM2 dan jenama Bosch itu lebih kuat impak. Hem, kalau aku ambil yang Bosch RM500+, maka lebih baik aku ambil Bosch kat atas tu, harga (termasuk bits) cuma RM450+ hihii...

Aku tak perlukan drill yang kuat gagah perkasa sangat. Aku cuma perlukan drill yang ringan yang boleh aku gunakan untuk drill benda-benda mudah dalam rumah contohnya:

Aku nak drill dinding rumah untuk pasang kayu langsir.

Aku nak drill dinding tembok rumah sebab nak pasang kampu solar murah yang aku beli di Lazada.

Jadi, kesimpulannya, aku beli Bosch yang murah macam dalam gambar kat atas.

Sekian.

Okey, sebenarnya aku nak cerita mengenai Teachers Pay Teachers. Tercerita pula pasal drill ahaksss...

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei