Assalamualaikum
Tahu tak betapa bersemangatnya aku tahun ini, terutama hal ehwal menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH)? Tahun lepas (2014) aku taip, lepas itu masuk dalam fail. Tahun sebelumnya (2013), aku taip juga, dan tampal dalam buku rekod mengajar. Tahun ini, aku cuba tulis 100% amboiiii...
Tiba-tiba semalam, Selasa, boleh pula aku terLUPA buku RPH di rumah. Yikessss!
Matilah kalau tiba-tiba ada yang datang memantau. Terpaksalah aku print RPH baru untuk standby. Nasib baik masih ada RPH tahun lepas... tukar tajuk sikit, tukar tarikh dan hari, tukar nama kelas dan SIAP! Amboii... main tukar je ye kahkahkah...
Aku kan ajar pemulihan. Apa yang aku ajar tahun ini, kira kesinambungan dari tahun lepas je pun. Tajuk masih sama, yelah, sebab murid-muridnya sama dan mereka masih lagi tak menguasai kemahiran yang tahun lepas tu. Jadi, RPH aku selalunya sama je hari-hari, dah 2 minggu nanti baru tukar tajuk lain. Itu kalau nasib baik. Kalau nasib tak baik, sebulan ajar benda yang sama adoiii... Aktiviti je yang aku pelbagaikan.
Ah, aku membebel panjang pun kalau korang tak paham, tak guna jugak. Nah, silalah jamu mata dengan gambar buku RPH aku ni. Tengok, siap sticker, post-it-notes, pen warna-warni, ini semua evidens tau... evidens.
Baiklah... sekian dulu update saya untuk hari ini. Nanti kelas saya dah hebat cantik anggun menawan, saya letak gambar lagi k.
Saya, Cikgu Wawa melaporkan dari lokasi kejadian.

Benda-benda macam sticker dan post-it-notes tu semua aku beli murah je, beli kat kedai ala-ala macam kedai Daiso. Tapi kat sini takde Daisolah. Superstore dan Wanda ada. Itu kedai rasmi untuk membeli-belah barang-barang untuk kelas pemulihan khas kahkahkah...
Ni tingkap kat dalam kelas aku. Nampak tak ikan bergantung-gantung colourful tu? tu semua dari kedai Wanda aku beli (iklan ini tidak dibayar).
Kenapa nombor tu tak lengkap? Ada 16, 15, 13 dan 11 je? Yang nombor lain tah mana aku letak. Nantilah aku cari. Ada tu, dalam baldi kot hahahaa... tak senonoh betul.
Dulu ada langsir, tapi aku bukak balik langsir tu semua. Tah ape-ape langsir yang aku jahit. Macam langsir bilik pengantin, serba putih. Konon pilih langsir putih sebab nak kelas nampak luas. Tapi tak jadilah aku pasang langsir, sebab aku nak guna gril kat tingkap tu, buat gantung BBM.
Baiklah... sekian dulu update saya untuk hari ini. Nanti kelas saya dah hebat cantik anggun menawan, saya letak gambar lagi k.
Saya, Cikgu Wawa melaporkan dari lokasi kejadian.
0 jika kau rasa:
Post a Comment