Friday, January 05, 2024

Hadiah Latihan Persekutuan KPM 2023 : luar negara (Part 3)

at 1:27 PM

Nak tips temuduga HLP KPM dan soalan temuduga HLP?

Hari temuduga itu, aku pakai baju kurung yang paling aku suka, paling selesa dan paling cantik bagi aku. Tapi kan, cikgu-cikgu lain smart belaka. Ada seorang cikgu lelaki tu siap pakai blazer wah segak sungguh. Ada cikgu perempuan yang pakai baju kurung dan blazer. Segak jugak walaupun kalau ikutkan tatacara pemakaian, baju kurung tidak sesuai dipadankan dengan blazer, tapi memang nampak segak sungguh cikgu tu.

Tiba-tiba aku rasa menyesal pula tak beli blazer hmmm... dulu pun masa temuduga HLP untuk Master, aku menyesal jugak tak beli blazer hihi tapi lepas beberapa bulan bila aku berjaya dapat HLP Master, maka tak jadilah menyesal hiks. 

Kali ni sungguh menyesal. Sebab suasana temuduga kali ini sangat berbeza dengan masa aku temuduga 8 tahun lalu. Semua orang nampak konfiden. Masa berbaris untuk daftar nama, cikgu kat belakang aku tanya aku mohon PhD ke Master. Aku jawab PhD. Dia tanya lagi kat mana U yang aku mohon. Aku jawab luar negara.


"Wah, mesti terer English ni..." spontan dia kata begitu. 

"Eh, takkkkkk... saya English biasa-biasa, tunggang-langgang," aku dah gabra. Lepas tu mulalah rasa cuak wuwuwuuuu nak nanges. Itulah malas lagi baca buku cerita BI, haaa kan dah cuak. 

Serius aku tak fasih cakap BI. Sekadar ayat simple asal orang faham tu bolehlah. Lepas tu kan masa pegawai BT semak sijil surat semua, rupanya aku tak bawa surat lantikan ke jawatan DG41. Eh ada ke surat tu? Yang aku bawa hanya surat pengesahan lantikan dan surat pengesahan jawatan. Kata cikgu sebelah aku, memang surat lantikan tu wujud. Sebelum surat pengesahan lantikan, ada surat lantikan dulu. Surat lantikan apa pulak ni. Ah sudah. Mana surat tu. Janganlah kerana surat terus aku disqualified. Kenapalah aku tak tanya kat PT sekolah. PT mesti arif. 


Maknanya di sini, ada 3 surat yang wujud : 

1. surat lantikan

2. surat pengesahan lantikan

3. surat pengesahan jawatan


Haaa... korang yang temuduga tu, pastikan semua senarai semak tu lengkap tahu. Minta bantuan PT untuk semak lengkap tak semuanya. Jangan jadi macam aku. Nasib baik tak effect kat temuduga ke apa. Cumanya aku jadi makin nervous hahahaaa sejuk kaki tangan.

Semasa menunggu giliran dipanggil ke bilik temuduga yang entah di mana tak kelihatan dari tempat kami semua menunggu, aku berbual sedikit dengan cikgu sebelah aku. Tadi masa aku datang ke Fakulti Perubatan ini, aku terus ke tandas sebab nak check tudung. Jumpa dia dalam tandas. Dia pensyarah. Tahun ni kiranya last dia mohon sebab umur dah 45 tahun. Had umur untuk yang nak mohon PhD ialah 45 tahun. Baik orangnya. 

Tak lama kemudian, rasanya selepas 45 minit menunggu, nama aku dipanggil sekali dengan beberapa orang cikgu. Kami semua diminta berjalan ke pintu atrium satu lagi, menuju ke hati panel eh eh hahahaaa... menuju ke bilik temudugalah mana lagi hiks. Ada 3 bilik semuanya, dan di hadapan setiap bilik itu ada kerusi. Siapa yang duduk atas kerusi tu, maknanya giliran dialah yang next. Aku berdiri dulu sebab kerusi yang patutnya aku duduk tu masih ada cikgu lagi yang duduk. Masa ni, kami yang menunggu di luar tu rasanya ada dalam 6 orang macam tu la. Masing-masing dengan gelagat sendiri. Ada yang menghafal nota, ada yang berbual dengan kawan sebelah. Aku pulak diam membisu sebab gementar. Tambah gementar bila cikgu lelaki yang pakai blazer tu, masa dia berdiri sebelah aku, sempat aku jeling sekilas failnya mak aiiiii berderet anugerah dia dapat tu diaaaa.... mata helang betul aku ni.

Dia masuk inovasi, tulis buku, dan entah apa lagi tapi senarai tu memang panjanglah. Nasib baiklah aku pernah jugak kena paksa masuk inovasi & kajian tindakan dan menang. Bolehlah kan dari takda apa-apa.


Soalan temuduga HLP

Beberapa minit sebelum giliran aku tiba, pegawai BT tadi minta pen drive aku. Dalam pen drive tu ada proposal (pembentangan) aku. Jadi, sebelum aku masuk bilik temuduga, pegawai BT itu akan masuk dulu dan buka proposal aku di komputer dalam bilik tu. Bila aku masuk, semua dah sedia. Masa pun tak terbuang mmm makin efisien pihak BT sekarang. Tu yang aku sayang hiks.


So, pembentangan aku berkisar mengenai :

1. Perkenalkan diri sendiri.

2. Terangkan mengenai kajian yang bakal aku lakukan. 


Kemudian, panel tanya aku, dah mohon U? Aku jawab belum. Tapi dalam pembentangan aku, memang aku dah nyatakan senarai Universiti yang menjadi pilihan aku. Semua sekali ada dalam 8 Universiti cuma dalam slide proposal tu aku bagi 3 Universiti utama pilihan aku. Slide proposal ni kena ikut panduan yang diberikan oleh pihak BT tau. 


Kelebihan proposal aku rasanya aku tunjukkan Gantt Chart aku yang berwarna-warni. Apa rancangan aku nak habiskan PhD dalam tempoh 3 tahun. Paling penting, aku tekankan, semester pertama paling kritikal (crucial), Proposal Defence mesti buat masa Semester 1. 


Perlu aku tekankan di sini, sesi temuduga aku dijalankan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Ini kerana aku mohon penajaan ke Luar Negara. Nanti siapa yang layak temuduga tu, ada panduan diberikan buat pembentangan dalam BI atau BM. Ya, masa bentang ni English aku tunggang-langgang tapi aku hantam saja. Grammar kelaut kita biarkan yang penting kita cuba sedaya upaya. Tak sia-sia aku masuk debat dari umur 13 tahun sampailah umur 26 tahun hiks. 


Panel ada 3 orang tau. Kata pensyarah yang duduk sebelah aku tadi (masa menunggu di atrium), salah seorang panel ini pakar dalam bidang Pendidikan Khas. Sama tempat mengajar dengan dia. Masa pensyarah tu bagitahu aku, panel tu sedang melangkah masuk di atrium tempat kami menunggu tu. Itulah yang dia kata jangan-jangan Dr tu panel penemuduga.


Oh, kiranya, panel yang menemuduga kita tu memang tahu latar belakang kajian kita. Patut pun ada 3 bilik. Aku rasa kan, satu-satu bilik temuduga tu khusus untuk pengkhususan tertentu. Contoh bilik no.1, panelnya adalah pakar Pendidikan Sains, Biologi, Fizik, etc... maka calon yang ditemuduga dalam bilik tu mestilah yang memohon untuk sambung pengajian dalam bidang Pendidikan Sains, Biologi, Fizik, etc... haaa gitu.


Sesi temuduga aku berlangsung dalam setengah jam rasanya. Haaa... aku ada cakap kat panel, aku sambung Master pun dengan HLP. Panel tanya, habis dalam berapa tempoh? Aku jawab, aku habis kurang 2 tahun, 2 bulan sebelum tarikh akhir aku dah melapor diri ke BT. Ini penting aku rasa, sebab ini menunjukkan kita memang serius nak habiskan pengajian dalam masa yang ditetapkan. 


Habis temuduga, aku jalan ke atrium tempat cikgu-cikgu yang belum temuduga tadi menunggu, bye bye kat pensyarah yang jadi kawan baru aku dan ucap all d best kat dia. Moga dia dapat HLP. Lepas tu aku keluar dari atrium nak balik menuju kereta.


Pastu kan, aku lalu gerai waffle. Aku sedih masa ni, sebab English aku berterabur grammar tak cantik. Lepas tu kan yang sama bilik temuduga dengan aku ada 2 lagi calon PhD yang turut mohon ke Luar Negara. Mesti mereka bagus BI kan. Aku tahu hakikat sebenar, penajaan HLP ke Luar Negara ni tak ramai. Aku dengar tahun bila tah, ada 3 orang je yang dapat (tak tahu fakta ni tepat ke tak). Tiba-tiba rasa nak nanges, nak beli waffle coklat eh nasib baik aku ingat tu bulan puasa. Ah tak jadilah.


End up aku drive balik rumah. Tapi aku drive guna jalan jauh sebab air mata aku dah menderu-deru mengalir di pipi. Yang tahu aku hadir temuduga hari ni cuma Guru Besar & PK Kurikulum sahaja. Dan PK KK kut sebab PK KK kan best friend dengan GB. Cikgu lain sorang pun aku tak bagitahu, segan weiii kalau tak dapat. Tak berani aku nak gembar-gemburkan dulu. 


Air mata aku macam tak nak berhenti. 

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei