Friday, April 10, 2020

MCO Day 24

at 7:45 PM
Hari ini antara hari yang paling ditunggu-tunggu. Pengumuman samada tempoh PKP akan dilanjutkan atau tidak. Sebab itu berkaitan dengan sekolah. Sekolah buka atau tidak selepas 14 April ini?

Seperti yang aku jangka, tarikh PKP dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 28 April. Tempoh sebulan belum dapat untuk menurunkan kadar jangkitan Covid-19 hingga ke 0. Dan kalau PKP ditamatkan pada 14 April pun, kalau cikgu turun ke sekolah, aku yakin murid-murid tidak akan turun. 

Ya, kita dalam peperangan. Dengan musuh yang paling halus yang tidak nampak di mata kasar. 

Maghrib. Entah kenapa minggu ini aku tunggu-tunggu azan Maghrib. Sebab setiap kali selepas azan Maghrib, pasti ada bacaan ayat suci Al-Quran kedengaran. Bilik aku kan di tingkat atas dan rumah kami dekat dengan masjid. Jadi apa-apa pengumuman dari masjid memang kedengaran. 

Mula-mula PKP, aku rasa macam seronok ah. Boleh rehat lama sikit, sebab aku penat mengajar. Aku penat mengajar dalam kelas yang tidak ada elektrik. Aku rasa marah sebenarnya, campur terkilan. Sebab sekolah tempat aku mengajar dalam kawasan bandar tapi kelas aku (dibaca: keseluruhan tingkat 3 tempat kelas aku berada) tidak ada elektrik sebab kabel rosak. GB dah lapor kerosakan pada PPD, tapi macam biasalah, tak ada peruntukan agaknya.

Jadi bayangkan aku mengajar dalam keadaan panas dan berpeluh-peluh (nanges *_*). Langsung tidak menyeronokkan. Beli kipas angin rechargeable?

Jawabnya tiap harilah aku terpaksa angkut kipas angin ke bilik guru untuk cas kipas sampai bateri penuh - itu pun kalau kipas itu ada. Nak beli satu pun aku bertagak-tagak sebab harga pun boleh tahan. Dalam RM100 satu. Ada yang murah kat Mydin. Yang berkualiti sikit yang boleh tahu berapa peratus bateri yang tinggal harganya RM280+. 

So, bila PKP, aku macam ok... aku boleh rehat. Aku tak payah mengajar di kelas yang panas. Gaji jalan, hek sapa tak suka kan.

Then, lepas 3 minggu, hari inilah... aku macam ermmm... kenapa aku rasa macam ada satu perasaan yang tak best? Rasa macam kiamat hampir dekat lepas tu amal aku macam tak cukup. Dengan taubatnya tidak, dengan solatnya yang selalu akhir waktu kadang terlepas, dengan hati yang selalu berprasangka. Lepas tu pagi tadi ke semalam aku nampak di Instagram kawan aku; dia solat Subuh berjemaah wei satu family... bestnya. Aku? Subuh pun saat-saat akhir -sigh-

Aku rasa macam syurga itu jauh. 

1 jika kau rasa:

nurain on 1:12 PM said...

Assalamualaikum...bagaimana caranya saya nak berhubung dengan cikgu? saya ada banyak pertanyaan nk minta pendapat cikgu?

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei