Wednesday, June 21, 2023

Hadiah Latihan Persekutuan KPM 2023 : luar negara (Part 1)

at 4:47 AM

 Assalamualaikum

Jadi cikgu ini tersangatlah sibuk eh macam kerja lain tak sibuk hiks... takde ah. Semua kerja sama sibuk. Aku ni je yang tak berapa nak pandai urus masa. Minggu ini sibuk latih murid Bicara Berirama. Minggu lepas sibuk juga dengan BB dan latih murid untuk bercerita. Alhamdulillah, murid-murid dapat juga tempat saguhati. Seronok murid-murid. Aku cikgunya tumpang gembira. Dapat duit RM300 tau hihi... Yang ini pertandingan bercerita anjuran agensi luar, bukan KPM.

Oklah, berbalik kepada tajuk. Mesti ada yang dah tahu keputusan Hadiah Latihan Persekutuan KPM bagi ambilan tahun 2023 kan. 

Ya, tahun ini aku mohon HLP. Ini kali kedua aku mohon; yang pertama aku mohon tahun 2015 untuk pengajian peringkat Sarjana, temuduga hujung tahun 2015 dan keputusan keluar 2016. Alhamdulillah masa tu dapat HLP. 

Permohonan kali ini untuk pengajian peringkat PhD pula. Jom, kita imbas semula susur-galur cerita aku mohon HLP tahun ini hiks.


Mula-mula keluar iklan ini. Keluar masa bulan Disember 2022. Hujung tahun lepas. Aku follow FB KPM. Nampak saja iklan keluar, ok, set dalam kepala 23 Disember 2022 tu mesti terus bukak website epenawaran dan semak kelayakan mohon. Kena baca betul-betul. Ada senarai bidang-bidang yang boleh kita mohon tahu.


Eh eh... ada penajaan ke luar negaralah. Kursus apa yang ada ya?

Waaahhh... ada Pendidikan Pemulihan hiks... Syarat-syarat permohonan nampaknya aku ada. Ijazah Sarjana memang tepat macam yang aku dapat. Hari tu masa HLP 2016, aku ambil Sarjana pengkhususan Pendidikan Khas. Kali ini aku nak cuba ambil PhD Pendidikan Pemulihan. Ok, let's go! 

Kita cetak dulu senarai bidang ni. Boleh juga aku tatap masa free kat dalam kelas. 

Sebenarnya aku sedang berkira-kira samada nak buat PhD atau EdD. Kalau EdD, macam lebih fokus, sebab kena hadir kelas, lepas tu buat research. Lebih kurang macam Master. Tapi aku lebih baik aku pilih PhD, sebab macam tak banyak pula universiti yang tawarkan EdD.

End up, aku pilih PhD. 

Tapi, sebelum aku submit permohonan online, aku hadir dulu sesi interaksi. Haa... kali ini ada sesi interaksi tahu. Zaman aku dapat HLP dahulu kala (2016-2018), mana ada sesi interaksi ni semua. Masa aku mohon dulu, guna sistem manual. Isi online lepas tu print dan hantar borang tu ke Unit Latihan, JPN Sarawak. Sekarang, ada sesi interaksi wah best sungguh.


Sesi interaksi ni dibuat selama 6 hari. Satu hari ada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Aku masuk semua sesi. Ya, semuaaaaa sesi 😁. Sesi pagi tu sebenarnya aku ada kelas tapi aku masuk je, lepas tu aku rekodkan sesi interaksi. Soalan yang cikgu-cikgu tanya di bahagian chat, aku baca satu-persatu, kut ada kaitan dengan aku, atau ada soalan yang turut jadi kemusykilan buat aku.

Selepas sesi interaksi 6 hari ini berakhir, aku bertambah konfiden sikit nak isi borang online.

Masa submit tu, diberitahu dalam borang online tu, borang aku mestilah disokong oleh GB aku dan Pengarah JPN Sarawak. Macam mana mereka tahu mereka mesti bagi sokongan?

Haaa... emel akan sampai ke alamat emel mereka. Aku ingat lagi, waktu rehat keesokannya aku carik GB. Aku tanya, dia ada dapat tak emel yang mintak dia untuk bagi sokongan permohonan aku?

Dia tanya aku, emel datang daripada siapa?

Aku pun konpius sekejap. Aku jawab, mungkin dari epenawaran. Sebenarnya aku pun tak pasti hiks...

Lepas tu dia kata, "Macam saya dah buang dah emel tu..."

"Ala cikgu... janganlah buang..." hahahaa... aku tahu dia gurau ja. Buat aku gabra sekejap hihi... harap GB bagi sokongan padu soal permohonan aku ni.

Petang tu, GB WhatsApp aku, siap bagi screenshot lagi hiks, dia dah sokong permohonan aku.

Beberapa hari selepas tu, eh rasanya dalam seminggu atau dua minggu lebih, aku dapat satu emel lagi yang menyatakan Pengarah JPN Sarawak dah bagi sokongan pada permohonan aku. Alhamdulillah... setel satu perkara.

Sekarang kita tunggu samada layak ke tidak ke stage temuduga.

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei