Sunday, March 24, 2024

Hadiah Latihan Persekutuan KPM 2023 : luar negara (Part 4)

at 2:39 AM

 Keputusan temuduga HLP Luar Negara 2023


Mesti pembaca blog ni (eh, ada ke yang baca hiks) tertanya-tanya kan, aku dapat tak HLP Luar Negara 2023 tu? Ahem... marilah saya ceritakan,

Kenapa selepas setahun baru aku ceritakan? Kenapa tak terus ja cerita kat sini tahun lepas, bila keputusan temuduga keluar? Banyak sebabnya.

Antaranya, sibuk dengan sekolah, hantar murid masuk pertandingan Ko-Akademik, aku involved pulak jadi AJK itu ini, pendek kata aktiviti sekolah tak habis-habis. Lepas tu urusan HLP ni banyak sebenarnya... dengan Kursus Persediaan dengan dugaan semasa kursus... jeng jeng jeng... rasanya korang dapat agak kan aku dapat ke tak dapat?

Aku memang konpiden tak dapat sebab persaingan sengit. Melalui pengalaman aku dulu, beribu yang mohon, hanya lebih kurang 350+ terpilih. Ini masa aku dapat HLP Master 2016 dulu. Masa tu dari Zon Sabah & Sarawak hanya 30 orang sahaja yang terpilih (HLP, HLPS & CBBP TB). Jumlah besar dalam 350+. Jadi memang sengitlah saingannya.

Aku ni pulak pilih HLP Luar Negara, makinlah besar jurang nak dapat. Umpama kau nak menggapai bintang di awan bulan di langit, jauhhhhh sangat impian tu.

Tapi takpa kita cuba saja. Berjaya atau tak, ada lagi tahun hadapan.

Hari selepas temuduga tu, aku tak balik rumah terus. Aku nangis dalam kereta sebab English aku lintang-pukang. Satu lagi sebab ada 2 cikgu lain yang turut mohon PhD Luar Negara macam aku, pun ditemuduga sebilik dengan aku, cuma giliran sebelum / selepas akulah. Semua yang temuduga hari itu cantik-cantik belaka, baju pun lawa je. Aku je pakai baju kurung batik Desa Murni warna turqoise yang paling aku sayang. Hiiii kenapalah aku tak beli baju baru wuwuwuuu.

Esoknya aku pergi sekolah, aku diam-diam tak bagitahu sesiapa pun yang aku pergi temuduga HLP. Malu taw kalau tak dapat. Aku senyap je. Ramai yang update di Facebook, seronok juga aku baca pengalaman masing-masing, tapi aku tetap senyap diam tak bagitahu yang aku dah temuduga.

Hari berlalu minggu berganti, sampailah lepas raya, keluar pengumuman. Masa ni aku kat kampung, cuti sekolah rasanya. Untuk masuk ke stage temuduga ni, sebenarnya aku agak konpiden gak la memang akan dapat, sebab kena tahu strategi. Strategi nak layak ke stage temuduga ni aku rasa :

1. Kena patuhi semua syarat

2. Markah prestasi yang kaw kaw 90% ke atas

3. Opsyen ikhtisas = opsyen mengajar di sekolah = pengalaman mengajar di sekolah

4. Sokongan Ketua Jabatan (in my case Guru Besar) dan sokongan Pengarah JPN Sarawak. 

Oleh kerana aku guru yang bertugas di sekolah di Sarawak, maka penyokong pertama aku ialah GB sekolah aku, dan penyokong kedua ialah Pengarah JPN Sarawak. Part ini jangan risau, masa sesi interaksi sebelum nak submit borang permohonan HLP online ini, semua perkara ini diterangkan. Sebab itu aku kata, penting masuk sesi interaksi, dan aku masuk semua sesi tau. Siap rekod lagi.



Dapat tahu je aku layak temuduga HLP, make bermulalah sesi mengumpul semua sijil-sijil terutama sijil inovasi, kajian tindakan dan apa-apa sijil yang aku ada. Ah, masuk je dalam fail semua. Kemudian fokus habis-habisan pada proposal.

Oleh kerana aku dah ada pengalaman ambil Master, maka proposal kali ini tak adalah masalah. Dulu masa nak buat proposal untuk HLP Master, terkial-kial jugak aku. Slide proposal untuk HLP aku hanya 5 slides sahaja. Ya 5 slides. Pendek kan. Pendek, ringkas dan padat. Proposal HLP aku dalam Bahasa Inggeris, sebab aku mohon ke luar negara.

Dipendekkan cerita, selepas temuduga di Unimas tahun lepas, aku teruskan hari-hari aku di sekolah macam biasa. Latih murid untuk Bicara Berirama dan pertandingan bercerita. Minggu keputusan nak keluar tu, aku sebenarnya sibuk dengan beberapa hal. Antaranya kena panggil sebagai penceramah (first time kena panggil ni, cuak gak), lepas tu dengan pertandingan Bicara Berirama tak sampai sebulan tapi skrip tak habis hafal, dengan pertandingan bercerita tak latih langsung, harap kat murid je la hafal tak hafal.

Minggu keputusan HLP nak keluar, tiap petang aku latih murid Bicara Berirama. Keputusan keluar petang Jumaat jam 3 petang. Esoknya Sabtu, murid aku ada pertandingan Bercerita tapi tak pernah latih lagi sebab aku sibuk dengan BB. Tapi nasib baiklah murid yang sama masuk pertandingan Bercerita tu ada dalam BB. 

Rabu aku dah start migraine. Mulanya aku ingatkan aku migraine sebab cuaca panas, tapi masuk Khamis, migraine aku makin jadi. Mengajar dan latih murid macam di awang-awangan. Aku datang ke sekolah macam berjalan atas angin.

Masuk Jumaat, migraine makin jadi. Confirm aku migraine sebab result HLP nak keluar petang tu. Waktu rehat, aku pesan kat murid BB aku, habis sesi sekolah jam 11.30 pagi ni, kita latih BB kejap dalam 15 minit ke setengah jam ke. Tapi yang part latih ni dah bagitahu awal-awal sebab takut parents nak ambil anak ke. Nasib baiklah aku mengajar kat sekolah kampung. Murid-murid sekolah aku ni, memang duduk kat kampung ni. Kampung ni besarlah jugak, dan tak ada masalah sangat ibu bapa nak ambil anak-anak. Masjid kampung pun nunnnn depan simpang sekolah. Pendek kata, sekolah kami ni lokasinya dalam sebuah kampung yang aman damai jauh dari hikuk-pikuk kota. Pusat bandar dalam 20 km dari kampung, tapi sebab jalan elok dan tak sibuk, maka jarak 20 km tu tak jauh mana pun. 

Lepas latih BB serba sedikit (ni latih sebab tak nak murid-murid lupa skrip je), aku suruh semua pasukan BB balik. Kecuali murid 4 orang yang ikut pertandingan bercerita esok. Pertandingan esok tu berkumpulan. Aku kata kita latih sampai jam 1 tengah hari, lepas tu cikgu hantar awak semua balik rumah. Rumah mereka ni dekat-dekat, tak jadi masalah kat aku kalau nak hantar. 

Latih punya latih, ok jom balik. Sebab aku dah makin pening dah. Jam dah 1 lebih, result HLP keluar jam 3 petang. Kalau tak dapat, kena mohon lagi hujung tahun, lepas tu kena go through lagi temuduga semua ni. Aaarrghhhhh..... sakit kepala aku.

Tapi murid-murid aku ni best, pandai betul menceriakan aku. Esok kan nak pakai tanjak, tapi kami cuma ada kain pelikat, tanjaknya tak ada. Jadi mereka tolong aku lipat kain pelikat jadi tanjak hahahaaa... aku buka video You Tube, mereka rujuk saja video. Jadilah jugak 4 tanjak. 

Dah hantar murid-murid balik rumah, aku drive balik rumah terus. Sampai rumah, makan pain killer, dan aku terus tidur walaupun jam menunjukkan pukul 2:30 petang. Lagi 30 minit result nak keluar tapi migraine aku makin jadi. Tak ke mana jugak result tu kan.

Tup tup jam 3:30 petang aku terbangun. Terus ambil hp, dan bukan website epenawaran. Taip nombor IC aku dan aku expect keluar perkataan HARAP MAAF. Tapi yang keluar bukan HARAP MAAF, keluar perkataan lain. Keluar macam kat bawah ni:


 TAHNIAH!

Tapi aku masih migraine. Apa maksud website ni. Aku rasa aku sambung tidur kot. Nantilah malam nanti aku fikir balik.

Abaikan je la tarikh 12/6/2023 kat bawah tu ya. Aku screenshot keputusan tu pada 12 Jun 2023, sebagai kenang-kenangan.

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei