Jumaat, 29.3.2019
Ya, ada banyak perkara yang berlaku setahun dua ini menyebabkan aku jadi 'diam' di blog. Salah satunya sebab malas ahahaa...
Rupa-rupanya Rabu lepas keputusan siapa yang layak temuduga HLP untuk KPM keluar ya hmmm... terasa masih berlegar-legar di kepala aku yang dua tahun lalu aku merupakan salah seorang penerima HLP. Aku mohon 2015, temuduga penghujung 2015 dan ditawarkan pada tahun 2016. Mendaftar sebagai pelajar Sarjana pada September 2016 dan habis pengajian Julai 2018. Ya, saya baharu saja melapor sebagai guru semula pada tahun lepas. Belum sampai setahun pun mengajar ni, aku dah gatal nak mohon HLP balik. Tapi impossible-lahkan, sebab ikut kontrak, takkanlah baru habis belajar terus boleh sambung belajar lagi. Rehat 2 tahun la lebih kurang - ada syarat tau.
Baca kat Facebook, ramai yang kata, ramai yang tanya, kenapa masing-masing tak dapat HLP padahal dah beberapa kali mohon. Apa kelayakan yang ada pada orang itu orang ini yang melayakkan mereka ini untuk dapat temuduga dan seterusnya layak ditawarkan biasiswa.
Jawapan aku senang sahaja (jangan kata aku riak ya...):
Tengok apa beza antara kita dengan penerima biasiswa tersebut.
Sepanjang pengajian aku di USM, aku dah jumpa dengan beberapa orang penerima HLP ini. Ada yang terima HLP (Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa) dan ada yang dapat CBBPTP (Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa). Ada satu persamaan antara mereka ini:
sangat berdedikasi
Ya, mereka sangat berdedikasi. Bijak, skil komunikasi yang bagus, kerja semua mantap, ada yang jadi panel untuk Komsas, pemeriksa kertas peperiksaan, pernah menerbitkan buku kerja, selalu mengikuti pelbagai bengkel (walaupun atas belanja sendiri), tahu di mana cari jawapan (maksudnya tidak bergantung harap dengan orang lain untuk dapat maklumat), ada yang jadi jurulatih sukan untuk negeri dll. Pendek kata, resume mereka sangat mantap. Sampai aku rasa, aku amatlah tidak setanding dengan mereka, memang Tuhan bagi aku rezeki betul bila aku dapat HLP ni. Kalau nak dibandingkan dengan penerima HLP yang lain, ya ampun, hebatnya mereka. Ya, mereka sangat hebat. TANGGA mereka sangat kukuh.
Oleh itu, kalau satu hari nanti anda semua, cikgu-cikgulah terutamanya sebab aku kan cikgu ahakss nak mohon biasiswa, pastikan resume anda serba mantap. Binalah TANGGA dari sekarang. Apa itu TANGGA?
Katakan tahun hadapan nak mohon HLP. Jadi, apa yang kita perlu buat tahun ini? Oklah ni aku bagi contoh TANGGA yang kita boleh bina sementara nak mohon HLP tahun-tahun akan datang:
1. Inovasi : buat BBM untuk ajar murid-murid. Cth BBM: cara buat rangka karangan lebih mudah , ini contoh ya contohhhh.
2. Aktif dalam persatuan dalam sekolah dan luar sekolah (komuniti): orang suruh ko jadi SU PIBG, ambik sajalah nakkk... jangan tolak. Lepas itu buat sehabis baik.
3. Failkan segala aktiviti PdPc : setiap kali buat PdPc menarik, ambil gambar dan failkan.
Tangga di sini merujuk kepada perkara yang boleh memberi nilai tambah kepada diri anda selaku seorang guru.
Tangga di sini merujuk kepada perkara yang boleh memberi nilai tambah kepada diri anda selaku seorang guru.
Tangga selebihnya, fikirlah sendiri ya, sebab saya dah lapar, nak makan nasi ni :P.
All the best untuk semua yang menghadiri temuduga HLP nanti. Moga berjaya!
4 jika kau rasa:
Slm cikgu..masa tahu result keputusan temuduga hlp tu cikgu dapat emel dari epenawaran ke atau check di website?
Terima kasih cikgu🐱
Assalamyalaikum...saya nurain...blh sy tahu cikgu sambung master hlp dalam bidang pemulihan di u mana? x salah saya cikgu memtion usm? usm ada ke kos pemulihan utk postgraduate? sy masih mencari...tapi tidak jumpa kos tersebut...mohon bantuan cikgu..saya tak tahu mcm mna nak berhubung dgn cikgu... kalau cikgu terbaca komen saya...blh tak cikgu wasap saya di no 0102218854...atau cikgu blh balas komen ni...saya yg akan wasap cikgu...terima kasih sgt2
Assalamualaikum... saya ain..saya ingin bertanya dgn lebih lanjut tentang usm kos pendidikan pemulihan? mohon pertolongan dari cikgu... saya amat berterima kasih jika cikgu sudi balas pertanyaan saya..😘
Post a Comment