Wednesday, July 10, 2019

Aktiviti Kelab Bahasa Melayu

at 1:11 PM
Petang ini ada KK, aku jaga Kelab BM. Jadi, fikir punya fikir, inilah hasil buah fikiran dan hasil meng'google' selama satu jam :p


1.
 TANGGA KATA 

Cara permainan:

1. Murid diberikan huruf contohnya huruf T.
2. Murid akan bina perkataan daripada huruf T. Perkataan berkenaan mestilah 3 huruf, 4 huruf, 5 huruf, 6 huruf, 7 huruf dan seterusnya.
3. Langkah 1 dan 2 diulang dengan menggunakan huruf yang berbeza.

2. BINGO PERKATAAN


Cara permainan:

1. Murid diberikan papan bingo. Murid boleh lukis sendiri papan bingo mereka di dalam buku tulis.

2. Guru akan beri 25 perkataan untuk ditulis dalam setiap petak dalam papan bingo.
3. Guru akan sebut perkataan tersebut satu-persatu.
4. Murid yang dapat memangkah 5 perkataan dalam satu garis lurus dianggap sebagai pemenang.

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei