Friday, December 25, 2015

hutang PTPTN

at 1:34 PM
Assalamualaikum

Tadi aku nampak salah satu keyword carian google yang membawa ke blog ini ialah :

mana nak cari kain pengawas

Hahahaa... nak tergelak aku. Kat kedailah kak oiii... kikikiii... oklah, mungkin ada yang nak carik kedai online yang ada jual kain untuk pengawas sekolah. Kedai Hari-Hari kan ada. Dah siap jadi kain baju pun hewhewhew... jangan mare...

Okay, ni entry kali ini mengenai PTPTN.

Dulu masa aku diploma, aku adalah peminjam PTPTN. Masa tu buat diploma kat Sabah, so tiket kapal terbang adalah mahal. RM232 wooo dari Kch ke KK. Paling teruk kalau kena mendaftar masa bulan puasa, 2 minggu lepas mendaftar, kena balik Kch semula untuk sambut raya. Habis cuti raya seminggu balik kampus semula. Jadi bayangkan, dekat nak seribu tu aku habis untuk tiket saja.

Masa aku degree, aku tak nak ambil PTPTN, sebab aku rasa aku nak cuba biasiswa. Result Diploma aku boleh tahanlah jugak, dapat anugerah pelajar terbaik hehehee... so mari kita apply biasiswa. Alhamdulillah dapat. Aku pemegang Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak. Satu sem dapatlah RM2500. Masa tu kawan-kawan aku yang dapat PTPTN loaded tau, satu semester PTPTN bagi RM3500. So, ramailah yang pakai handphone lawa-lawa, beli komputer terus, dan selalunya memang agak mewahlah. Handphone aku cikai je, itu pun bapak aku kasi handphone free yang dia dapat (sebab langgan ape tah). Bila dah kerja baru aku beli handphone sendiri tapi itu pun beli handphone murah harga seratus lebih. Aku ni jenis bukan kejar sangat teknologi, biarlah handphone murah, yang penting dapat buat panggilan dan hantar message. Handphone mahal tapi asyik cakap takde kredit cemana tu?

Baik... masa aku sambung degree, aku mohon penangguhan dengan PTPTN, dan dapat. Tapi masa degree, walaupun aku masih tak perlu bayar PTPTN, interest PTPTN dah naik. Gila betul, dari pinjam sejumlah RM12 500, bila dikenakan interest, naik sampai RM15 000. Maka, sebaik saja grad, aku terus buat kerja macam-macam.

Jadi guru ganti (ganti cikgu bersalin), ajar kelas tuisyen di pusat tuisyen & bukak kelas tuisyen sendiri di rumah. Tiga kerja itu aku buat dalam masa yang sama, iaitu dalam bulan-bulan pertama selepas aku grad. Pagi ajar kat sekolah, petang ajar tuisyen kat rumah, malam ajar tuisyen kat pusat tuisyen swasta. Punyalah bersungguh aku carik duit sampaikan dalam masa 2 bulan tu, aku demam 3 kali. Bapak dan emak aku geleng kepala je la tengok aku.

Masa tu aku memang perlukan kenderaan, jadi aku beli skuter secara ansuran. Bulan-bulanbayar RM130++ je, minyak motor cuma RM50 ke bawah. Nak beli kereta? Takde duit dan masih tak konpiden drive kereta.

Aku mula bayar PTPTN sikit-sikit masa tu. Ada duit lebih bayar lebih, ada duit sikit, bayar sikit, tapi yang penting tiap bulan aku tak miss bayar.

Bila dah dapat kerja tetap jadi cikgu, gaji pun dah ada bulan-bulan secara tetap, aku bayar RM250 kat PTPTN. Masa tu laju je jumlah pinjaman aku turun, bayangkan sebulan bayar RM250, kalau 4 bulan? Dah RM1000 langsai. Kalau setahun? Dah RM3000 hehehee...

Aku tak tukar pergi ujrah sebab aku rasa ujrah merugikan aku. Bila tukar ujrah, PTPTN akan minta kita sign surat perjanjian yang baru, dan dalam surat perjanjian yang baru itu, nama waris kita akan diletak sebagai penjamin. So, aku skip ujrah. Biarlah orang kata rugi sebab kalau amek ujrah, interest 1%. Tak amek ujrah, interest 3%. Aku dah buat kiraan sendiri, lebih bagus kalau aku tak ambik ujrah.

Sekarang, alhamdulillah, lagi sikit nak habiskan PTPTN ni, lagi RM5000 je lagi yeayyyy.... kira oklah tu sebab berjaya kurangkan satu jumlah yang banyak dari RM15 000.

Aku tak amek kad kredit, aku tak berhutang macam-macam. Harta aku cumalah sebuah kereta proton yang sudah habis bayar yeayyy lagi sekali. Rumah pun ada sebuah, ala rumah kecik je, rumah tu aku sewa kat orang. Duit sewa aku buat bayar balik loan rumah, ada duit aku belanja beli barang-barang kesukaan aku, takde duit, aku duduk diam-diam je. Yang penting, tiap bulan mesti bayar ke PTPTN.

Aku tak buat potongan gaji. Aku bayar PTPTN secara transfer ke akaun PTPTN dan selepas 3 hari aku akan semak penyata kewangan PTPTN aku. Aku dah setkan nombor akaun PTPTN dalam akaun bank aku so bila terima gaji, hari yang sama atau hari esoknya, aku terus bayar PTPTN, bayar rumah, bayar bil itu bil ini dll. Dan satu lagi, mesti bagi duit kat emak walaupun tak banyak. Duit untuk emak mesti lagi banyak dari PTPTN.

Baik, sekian sajalah kisah aku & PTPTN. Insya Allah, dalam tempoh 2 tahun ini habislah ansuran PTPTN aku. Hutang tetap hutang. Bayar tetap bayar.


2 jika kau rasa:

zulfahami zahari on 4:08 PM said...

Ini baru tindakan yg betul! Berusaha untuk langsaikan hutang. Dapat duit gaji pun berkat. Mujur sy masa studi dulu dpt biasiswa JPA. Sem pertama kat U terpaksa ambil PTPTN jugak, pastu masuk sem kedua baru biasiswa start masuk akaun. Jadi hutang PTPTN yang tak seberapa tu terus je dibayar sekaligus. Merasa jugak la berhutang dengan PTPTN, ngeh,ngeh,ngeh..

Kadang-kadang kesian gak baca kat FB tentang manusia yg kena potong gaji sampai baki untuk sebulan tinggal rm20 je! Tapi, ada silap jugak sikit sebab dia tak cuba nak langsaikan walaupun sedikit hutang PTPTNnya.. tiba-tiba dipotong banyak, baru terngadah.. Walapun macam tu, tak patut juga potongan gaji utk byr PTPTN sampai melebihi 60% dari gaji pokok! Macam mana dia nak beli makanan & barang keperluan hidup, bil-bil & hutang lain nk bayar macam mana?

~ wawa di sini ~ on 4:47 PM said...

Wah, ini kiranya peminjam PTPTN yang paling cepat langsaikan hutang hehe... (^,^').

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei