Tuesday, December 29, 2015

... dan cuti pun berakhir...

at 12:08 PM
Assalamualaikum


Dulu masa aku sekolah menengah, aku pernah jadi wakil sekolah dalam pertandingan Kuiz Agama Islam. Kami dapat johan peringkat zon dan untuk peringkat bahagian pula, dapat tempat keempat.

Selepas pertandingan peringkat bahagian itu, semua peserta kuiz berlegar-legar sekitar sekolah (lokasi pertandingan) sambil tertunggu-tunggu kut-kut dipanggil untuk jamuan kahkahkah... sebab masa tu cikgu-cikgu sedang menikmati jamuan di bilik mana tah. Berlegar-legarlah kami semua jalan-jalan tengok sekolah orang keluar masuk tandas (check tandas sekolah orang, cantik ke tak, bersih ke tak).

Bila cikgu-cikgu dah habis jamuan, kami semua pun nak balik. Masa itu, ustazah tanya kami (4 orang semuanya), dah makan ke belum. Kami jawab belum makan, takda sapa yang bagi makanan kat student pun wuwuwuu sedih woo jadi student. 

Agaknya ustazah kesian kat kami, makan ustazah pun cakaplah kat PK 1 (yang drive kereta), yang kami semua ni belum makan lagi. Jadi, mehla kita bawak budak-budak ni pegi makan kat kedai makan dulu yeayyy... best woo...

Sejak itu, err sebenarnya sejak aku selalu wakil sekolah dalam pelbagai pertandingan, mesti cikgu-cikgu belanja kami makan kat mana-mana kedai makan (habis pertandingan) atau ada sekali tu kat KFC. 

Bila aku dah jadi cikgu, entah kenapa bila aku selalu bawak budak-budak keluar bertanding, secara automatik aku akan belanja mereka makan kat mana-mana tempat makan, tapi selalunya KFC. Tapi, kalau bilangan yang nak dibelanja tu sampai 7, 8 orang, atau lebih, memang taklah aku nak belanja. Kena tengok bajet jugak. Kalau setakat maksimum 5 orang, bolehlah aku belanja. Itu pun belanja makan set KFC yang paling murah saja hehehee... ala, yang meal harga lebih kurang RM6 tu, yang ada ayam seketul sekali dengan nasik + air pepsi. Jadilah kan, nak belanja yang set mahal, kemampuan poket cikgu yang tak seberapa ni kena ambil kira jugak.

Yang buat aku terharu kan, masa birthday aku tahun ini tadi, ada sorang mak student aku ni, (student tu selalu jadi wakil sekolah, selalu aku belanja selepas habis pertandingan), siap hantar sebiji kek harijadi untuk aku, lepas itu lilinnya ditiup di depan warga sekolah pulak tu (sebab tahun ini harijadi aku jatuh pada hari perhimpunan sekolah). Malu betul aku weiiii... habis semua orang tahu umur Cikgu Wawa ehekkkk...

Tapi, masa nak cucuk lilin tu atas kek, aku tak cucuk semua lilin kehkehkeh... aku sembunyi lilin lebih tu dalam kocek baju kurung aku kahkahkah... Serius, terharu betul aku rasa bila dihargai begini. Lepas tu dihargai oleh parents murid aku pulak tu.

Walaupun rasa sedih cuti dah nak berakhir, tapi, bagus jugak sekolah. Tak adalah aku asyik makan tido kat rumah. Berat badan aku pun dah naik, semua orang cakap aku dah gemuk cesss...

Nak joging, takde tempat nak joging sebab awal cuti sekolah ni tadi, masa aku joging kat satu tempat ni (memang tempat orang selalu joging), aku terjumpa dengan orang gila. Gila dia ni bukan sebarang gila, gila yang err... susah aku nak cakap ... tapi dia memang gilalah. Lintang pukang aku lari hari tu masa nampak dia kat hutan belukar. Kus semangat, nasib baik orang gila tu tak kejar aku. Sumpah, tobat akak tak nak joging kat tempat tu lagi.

Nak pergi gym, gym semua lelaki. Segan eh aku nak senam-senam kat gym. 

Hem, nasib baik kat rumah ni ada 'basikal bodoh'. Tau apa 'basikal bodoh'? Ala, basikal yang untuk senam tu, ko kayuh basikal tu tapi basikal tu tetap statik.

Oklah, cukuplah aku merapu hari ini. Aku nak lap basikal bodoh tu, biar berkilat sikit. Lepas ni aku kayuh basikal bodoh tu. Mudah-mudahan dapat turun 5 kg.







0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei