Tuesday, June 11, 2019

Dah cuti raya 2 minggu rasa nak cuti balik tak bersyukurnya

at 12:08 PM
Dah cuti raya 2 minggu rasa nak cuti balik tak bersyukurnya

Ya, adik kakak tuan-tuan dan puan-puan, begitulah bunyi tajuk karangan saya hari ini.

Selamat kembali ke sekolah murid-murid dan cikgu-cikgu semua. Saya kembali ke sekolah tanpa memakai cermin mata sebab:

nak-beli-cermin-mata-baharu-duit-dah-habis-jadi-beli-kanta-lekap-sebab-murah

Selepas itu sebab hari ini Selasa dan aku banyak masa lapang, sebab dalam jadual cuma ada dua jam saja mengajar hari ini tambah setengah jam teach in, maka tiba-tiba saja terkenangkan kek holiday Inn yang lembab dan sedap dan penuh rasa coklat dan horlick di rumah sana apekah +__+

Kemudian aku asyik cari berapa kos untuk buat table top dan kabinet dapur. Aku jumpa seorang kontraktor ni dia buat bajet dalam RM3k+ dengan syarat table top dah ada. Jadi aku rasa nak buat dulu table top, simen sahaja, lepas itu letak table top samada guna jubin / marmar / etc ... kemudian bila dah ada bajet sikit barulah buat kabinet dapur. Buat sikit-sikit sebab makcik bukan orang kaya tsk tsk... 

Kemudian aku teringat cara cari duit yang paling aku pandai sekali... ya.. aku kan pandai mengarang. Baik aku masuk mana-mana pertandingan mengarang untung-untung boleh dapat saguhati mana tahu orang bagi hadiah RM500. Maka, aku jumpa iklan ini:


Aku harap hadiahnya ialah wang berbakul-bakul. Separuh boleh belanja keluarga makan buffet hotel, separuh simpan untuk table top yummy... wah macam sah-sah aku bakal menang ceh. 

Keterangan lanjut boleh baca sini:





0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei