Assalamualaikum
7/12/2015
Krabi - Ao Nang,
Thailand.
Okay, kami pilih aktiviti: temple + elephant ride + flying fox
1. TEMPLE
Masa aku kata nak pergi temple, owner hotel Baifern Mansion tu terkejut jugak. Dia kata dia memang tak nak suggest kat kami berdua mengenai temple ni sebab yalah kan, kami ini kan Muslim. Temple yang kami pergi ni TIGER CAVE TEMPLE yang mana sesampainya di sana, antara cabaran Fear Factor yang harus kami lalui ialah mendaki tangga temple yang jumlahnya melebihi 1000 anak tangga fuhhh fuhhh...
Aku tak sampai atas. Sapa suruh pergi shopping dulu lepas tu terhegeh-hegehlah bawak beg penuh dengan seluar Aladdin pergi naik tangga temple. Aku sampai 450++ je, lagi beberapa anak tangga nak cecah 500 kut. Eh, ke nak cecah 600, ah tak ingat. Mana sempat wooo... kami diberi masa 1 jam sahaja untuk naik tangga temple ni. Sape dapat naik sampai atas memang championlah, dengar kata view kat atas sana cantik. Ah malas aku nak naik sampai atas. Yang pasti, walaupun aku tak sampai ke bahagian puncak tangga ni, Gunung Kinabalu aku pernah sampai ke puncak tau, eh ke situ pulak.
On the way naik, ada satu part tangga tu ada banyak monyet. Mulanya aku nak takut (atau perasan takut), tapi lepas tu, baru aku teringat, sekolah tempat aku mengajar, belakang tu ialah hutan. Monyet-monyet kat hutan tu tiap hari datang melawat depan kelas aku selongkar tong sampah kelas aku, jadi dipendekkan cerita, aku tak takutlah kat monyet ni semua. Monyet kat sini jinak. Yang kat sekolah aku tu jenis mengada-ada, jenis nak carik gaduh.
2. ELEPHANT RIDE
Aku tak nak elephant ride ni sebab aku ada baca dalam internet yang kasihan dengan gajah ni semua. Mereka dipukul untuk membolehkan mereka dengar kata. Lepas tu kaki kena rantai supaya tak lari. Bila sampai di tempat elephant ride tu, memang betul apa yang aku baca semua tu.
So, yes, memang pakej aku masuk sekali dengan naik gajah tapi aku tak nak naik. Aku tak sampai hati. Memang betul mereka pukul gajah tu dengan objek macam sabit. Kadang-kadang guna bahagian tajam, kadang-kadang guna bahagian pemegang sabit yang kayu tu. Sedih tau. Sakitlah kena pukul macam tu. Ada seekor gajah tu, belakang badan dia sampai nampak isi (luka sebab asyik kena pukul).
Seekor gajah boleh ada 2 orang yang naik + 1 orang guide. Jadi sebab aku tak nak naik gajah tu, maka terpaksalah kawan aku naik gajah tu seorang diri. Berdualah, dengan si guide tu.
Aku pula duduk di pondok menunggu di situ, sambil bagi gajah yang ada di situ makan pisang. Sebakul kecil pisang harga 50Baht. Tiga kali aku beli, kesian tengok gajah tu. Lahap betul makan pisang yang aku hulur. Lepas tu, bila aku usap-usap belalai gajah tu, mata gajah tu macam sayu je pandang aku. Yalah, mesti terseksa kan hidup di tempat begini. Kena paksa bawa manusia kat belakang, kalau tak ada orang nak dibawa, kaki dirantai. Kejam tau.
#jangan_pergi_elephant_ride
Lepas rombongan Cik Kiah yang pergi elephant ride tu sampai semula ke tempat pondok menunggu (setelah lebih 30 minit berjalan-jalan dalam hutan sana), kami buat flying fox. Sebenarnya, 4 orang saja dari group kami yang buat. Aku & kawan aku & pasangan suami isteri tadi tu. Empat-empat orang Malaysia. Orang lain tak minat nak naik flying fox ni; ada yang kata takut dan ada sorang lelaki tu kata dia dah pernah buat dulu jadi malas ah nak buat lagi.
Walaupun tak dapat drive ATV, terubat jugaklah hati aku dapat buat flying fox tapi sayang tak ada gambar sebab semua barang kami tinggalkan dalam beg dan beg itu ada kat pondok kat elephant ride tu. Takdelah jauh, tapi takkan nak panjat menara flying fox tu bawak beg kan. Handphone pun tak teringat nak bawak sebab hati dan macam dub dab dub dab masa nak buat flying fox tu.
Best wooo... lain kali nak buat lagi. Kat mana eh ada flying fox kat Sarawak nih?
Dengan itu, tamatlah sudah cerita untuk Hari Ketiga di Krabi. Lagi lama kat sini, lagi banyak kut aktiviti yang aku buat. Tak cukup weh 3 hari ni. Patutnya seminggu kahkahkah...
Sampai hotel, rehat kejap lepas tu keluar jalan-jalan di Krabi Town seperti biasa. Cari makan malam.
Dah, esoknya kami nak ke Hatyai.
7/12/2015
Krabi - Ao Nang,
Thailand.
Hari ketiga.
Setelah penat menempuh perjalanan ke 4 Islands semalam, maka hari ini kami semakin bersemangat untuk menjelajah Krabi.
Semalam, sampai je di hotel, kami terus pergi kaunter dan tanya owner Baifern Mansion apa lagi aktiviti yang ada di Krabi ini yang boleh kami ikuti.
Mulanya aku nak ikut ATV, ala yang naik kereta macam Angelina Jolie pakai masa file Tomb Raider tu. ATV ni kita drive kat trek dalam hutan. Almaklum, aku kan cepat terpengaruh dengan cerita adventure kat TV tu.
Tapi, memandangkan poket kami sudah mula kosong, sebab bajet kami untuk trip ke Thailand ini hanyalah RM1000 sahaja, maka kami telah memilih aktiviti yang lebih murah. RM1000 itu bila tukar ke Baht, aku dapat lebih kurang 9000++ (exact amount tak ingatlah pulak), nanti aku cek resit ya. Jadi, kami berdua (aku & kawan aku), dah bahagikan duit kami, 4000 Baht untuk Krabi dan 4000 Baht untuk Hatyai. Separuh separuh kiranya. Selebihnya tu untuk belanja luar jangka amboiiii luar jangkalah sangat hahaa... padahal beli seluar Aladdin yang lebih.
Trip hari ini bermula jam 1 tengah hari, jadi aku dan kawan aku jalan-jalan dulu di Ao Nang. Kami tunggu bas di depan balai polis (macam pondok polis pun ada, nak kata balai macam tak patut juga). Owner hotel yang bagitahu tempat untuk menunggu bas. Aku dah tanya kat polis dalam balai tu betul ke sini tunggu bas, dan dia jawab haah... here here... haa jadi pengembara jalanan ni tak boleh berat mulut kahkahkah...
Tiba-tiba... masa dok tunggu tu, nampaklah sebuah bas lalu di seberang jalan sana. Bas tu bukan bas kita di sini, lebih kepada trak kecik (tapi mereka panggil bas, belakang bas tu open air konsep). Dengan tak semena-mena pemandu bas tu jerit pada kami berdua, "Ao Nang kah? 400 Baht!" Siap jerit dalam bahasa Melayu lagi.
Aku macam ehh... rasa macam mahal tu. Lepas tu bila pemandu tu nampak kami berdua teragak-agak, terus dia jerit dari seberang jalan sana,"300 Baht!" Kemudian dia berhentikan bas dan keluar dari bas. Masa tu ada sekumpulan pelancong asing yang ada di waterfront dekat situ terus menyeberang jalan dan pergi ke arah bas itu. Tapi pemandu bas tu tetap fokud pada aku & kawan aku.
"200 Baht!" Wah, dia turunkan lagi harga. Kemudian pemandu itu lari melintas jalan menuju ke arah kami berdua.
"20 ringgit! Hari ini hujung minggu, susah mau dapat bas," katanya dalam bahasa Melayu pelat Thailand. "Lama mau tunggu ni. 20 ringgit."
"Bayar dalam ringgit ke?" tanya aku. Aku ni kan lurus bendul sikit hahahaa...
"Tak. Dalam Baht lah."
Yalah, diaorang ni kira secara rawak, masih lagi menggunakan kadar tukaran lama iaitu RM1=10 Baht walaupun sebenarnya kiraan yang betul ialah duit Malaysia lebih jatuh dari itu.
Masa dia mendesak kami berdua supaya naik bas dia tu, aku macam dah, ah, naik je la, tapi kawan aku macam teragak-agak. Ye ke hujung minggu bas susah nak dapat? TIba-tiba polis dalam balai kat belakang kami tu keluar dari pejabat. Lepas tu polis tu macam marah-marahlah kat pemandu tu (dalam bahasa Thailand), entah apa polis tu cakap, sampai pemandu tu tak berani nak jawab. Tak lama lepas polis tu membebel pemandu tu pun beredar dari depan kami, tanpa bercakap sepatah pun dengan kami.
"You stay here. Wait for bus here," kata polis tu dengan kami berdua. "In 15 minutes, bus come."
Huhuu, nasib baik abang polis baik hati yeayyyy dan berusaha sedaya upaya nak cakap BI dengan kami berdua walaupun BInya tak perfect ... dan bila bas datang, oh rupanya 50 Baht sajalah tambang ke Ao Nang. Hmphhh... nasib baik tak tertipu dengan si pemandu yang mula-mula tadi. Baru aku perasan, bas yang dibawa oleh pemandu awal-awal tadi lain warnanya dari yang kami naiki sekarang. Yang kami naiki sekarang, macam bas rasmi pun ada gak.
*Okay, harap bersabar menunggu gambar sementara aku mencari kabel kamera*
Kami jalan-jalan di kedai souvenir di waterfront Ao Nang. Beli seluar, beli fridge magnet ehh macam semua benda kat situ aku nak beli. Makan mangga harga 50 Baht wah manisnya sedap sungguh. Bertuah Thailand sebagai negara pertanian, berbudi pada tanah, aku jugak yang sedap makan wakakakaa...
Masa duduk makan mangga, nampaklah polis trafik Ao Nang sedang menyaman penunggang skuter yang TIDAK MEMAKAI HELMET. Diingatkan, kalau korang nak sewa skuter di sekitar Ao Nang, silalah pakai helmet ya kalau tak nak kena samanlah.
Masa tulis saman tu, sempat pakcik polis trafik tu membebel guna pembesar suara, bahawa mereka ambil berat dengan keselamatan pelancong-pelancong asing ini. Maka, pakailah helmet. Sekian pesanan penaja.
Jam 1 kami sudah berada di depan McD, menunggu di depan patung McD yang tersengih itu.
Naik van, van selesa sungguh, tempat duduk sorang satu. Ada sepasang suami isteri (macam baru keluar U) dari Malaysia, dan yang lain-lain tu macam dari negara lain (bukan Malaysia). Kiranya kami semua ni under travel agent yang samalah.
Mula-mula pergi temple.
Aku tak sampai atas. Sapa suruh pergi shopping dulu lepas tu terhegeh-hegehlah bawak beg penuh dengan seluar Aladdin pergi naik tangga temple. Aku sampai 450++ je, lagi beberapa anak tangga nak cecah 500 kut. Eh, ke nak cecah 600, ah tak ingat. Mana sempat wooo... kami diberi masa 1 jam sahaja untuk naik tangga temple ni. Sape dapat naik sampai atas memang championlah, dengar kata view kat atas sana cantik. Ah malas aku nak naik sampai atas. Yang pasti, walaupun aku tak sampai ke bahagian puncak tangga ni, Gunung Kinabalu aku pernah sampai ke puncak tau, eh ke situ pulak.
On the way naik, ada satu part tangga tu ada banyak monyet. Mulanya aku nak takut (atau perasan takut), tapi lepas tu, baru aku teringat, sekolah tempat aku mengajar, belakang tu ialah hutan. Monyet-monyet kat hutan tu tiap hari datang melawat depan kelas aku selongkar tong sampah kelas aku, jadi dipendekkan cerita, aku tak takutlah kat monyet ni semua. Monyet kat sini jinak. Yang kat sekolah aku tu jenis mengada-ada, jenis nak carik gaduh.
2. ELEPHANT RIDE
Aku tak nak elephant ride ni sebab aku ada baca dalam internet yang kasihan dengan gajah ni semua. Mereka dipukul untuk membolehkan mereka dengar kata. Lepas tu kaki kena rantai supaya tak lari. Bila sampai di tempat elephant ride tu, memang betul apa yang aku baca semua tu.
So, yes, memang pakej aku masuk sekali dengan naik gajah tapi aku tak nak naik. Aku tak sampai hati. Memang betul mereka pukul gajah tu dengan objek macam sabit. Kadang-kadang guna bahagian tajam, kadang-kadang guna bahagian pemegang sabit yang kayu tu. Sedih tau. Sakitlah kena pukul macam tu. Ada seekor gajah tu, belakang badan dia sampai nampak isi (luka sebab asyik kena pukul).
Seekor gajah boleh ada 2 orang yang naik + 1 orang guide. Jadi sebab aku tak nak naik gajah tu, maka terpaksalah kawan aku naik gajah tu seorang diri. Berdualah, dengan si guide tu.
Aku pula duduk di pondok menunggu di situ, sambil bagi gajah yang ada di situ makan pisang. Sebakul kecil pisang harga 50Baht. Tiga kali aku beli, kesian tengok gajah tu. Lahap betul makan pisang yang aku hulur. Lepas tu, bila aku usap-usap belalai gajah tu, mata gajah tu macam sayu je pandang aku. Yalah, mesti terseksa kan hidup di tempat begini. Kena paksa bawa manusia kat belakang, kalau tak ada orang nak dibawa, kaki dirantai. Kejam tau.
#jangan_pergi_elephant_ride
Lepas rombongan Cik Kiah yang pergi elephant ride tu sampai semula ke tempat pondok menunggu (setelah lebih 30 minit berjalan-jalan dalam hutan sana), kami buat flying fox. Sebenarnya, 4 orang saja dari group kami yang buat. Aku & kawan aku & pasangan suami isteri tadi tu. Empat-empat orang Malaysia. Orang lain tak minat nak naik flying fox ni; ada yang kata takut dan ada sorang lelaki tu kata dia dah pernah buat dulu jadi malas ah nak buat lagi.
Walaupun tak dapat drive ATV, terubat jugaklah hati aku dapat buat flying fox tapi sayang tak ada gambar sebab semua barang kami tinggalkan dalam beg dan beg itu ada kat pondok kat elephant ride tu. Takdelah jauh, tapi takkan nak panjat menara flying fox tu bawak beg kan. Handphone pun tak teringat nak bawak sebab hati dan macam dub dab dub dab masa nak buat flying fox tu.
Best wooo... lain kali nak buat lagi. Kat mana eh ada flying fox kat Sarawak nih?
Dengan itu, tamatlah sudah cerita untuk Hari Ketiga di Krabi. Lagi lama kat sini, lagi banyak kut aktiviti yang aku buat. Tak cukup weh 3 hari ni. Patutnya seminggu kahkahkah...
Sampai hotel, rehat kejap lepas tu keluar jalan-jalan di Krabi Town seperti biasa. Cari makan malam.
Dah, esoknya kami nak ke Hatyai.
2 jika kau rasa:
masa gi krabi dulu, sy naik juga gajah.. taktau pulak agak kejam cara diorang handle gajah. bila dah naik, baru nmpak tu semua.. gajah tak dengar kata, terus diketuk kepalanya.. kuat pulak tu.. pengendali gajah marah-marah bila gajah terkeluar sikit je dari laluan, terus diketuk berkali-kali. Jalan terlalu perlahan pun kena jugak, apatah lagi kalau gajah tu buat hal berhenti ditengah perjalanan.
memang sy tak suggest juga sesiapa yg nk naik gajah tu. kesian pulak rasanya gajah-gajah tu diperlaku sedemikian.
Itulah, dulu sebelum sampai sana macam nak naik, bila google pasal gajah ni, rata-rata cakap kesian tengok gajah tu kena pukul. Sedekah pisang kat gajah cukuplah, tapi 'menakjubkan' tengok cara gajah tu makan, dengan kulit pisang tu dia telan.
Post a Comment