Thursday, February 18, 2016

trans siberia

at 1:40 AM
Assalamualaikum,

Cerita no. 1:

Sekarang cuti perayaan sangat bagus. Selaras semua negeri, semua sekolah. Tak payah lagi buat sekolah ganti hari Sabtu hohoho... untuk idea ini, aku sangat salute KPM. 

Patutnya, umumkan awal-awal masa hujung tahun lepas, jadi senanglah kami ahem (akulah tu hewhewhew) nak cari tiket murah pergi mengembara kakakakaa...

Untuk cuti Semester 1 ini, aku sudah ada rancangan yeayyy... sekarang tinggal untuk cuti Semester 2 yang bulan 12 saja lagi. Aku ada terfikir nak buat kembara Trans Siberia wah wah... mengada tul. 


Trans Siberia tu apa? Haa... ni tengok gambar kat bawah ni. Yang kat atas tu ialah kenderaan yang bakal kita guna.


Kena rancang betul-betul ni, sebab ini makan banyak duit jugak. Rancangan aku ialah:

KL - Beijing (by flight)
Beijing - Moscow (by train - yang gambar kat atas tu)
Moscow - KL (by flight)

Haa... amacam. Terer tak bunyinya? Sebelum jadi kenyataan, marilah kita berangan dulu.

Cerita no. 2:

Sekolah kami ada 2 orang guru pelatih dari IPGM, mengingatkan aku saat aku mula-mula posting ke sekolah dulu. Bezanya dulu aku selekeh hahahaa... serius tak pandai mekap hijabista macam cikgu-cikgu sekarang. Cikgu-cikgu sekarang, baru title guru pelatih wah, pandai sungguh bergaya. Lepas itu ada kereta wuwuwuuu... sedih pulak kenangkan diri sendiri waktu mula-mula mengajar dulu. Dulu, aku naik skuter jek.


Cerita no. 3:

Siapa tahu apa ubat untuk migrain? Petua ke apa-apa jelah. Makanan kesihatan ke. Hmmm... minggu lepas kepala aku sakit sebelah kanan, 3 hari kut tak hilang-hilang. Then, minggu ni, hari Isnin, sakit kepala aku mula balik, tapi sebelah kiri pulak. Pulak tu sakit kepala ni datang masa aku kat sekolah, tengah dok mengajar. 

Balik rumah apalagi, aku tidur jelah. Dah 3 hari dah ni asal sampai rumah je, aku tido. Sampai rumah aku tido. Kerja sekolah macam Emis, e-operasi yang patutnya aku setelkan, tak dapat nak setel. Macam mana nak setel, kalau kepala sakit, nak bukak laptop pun tak dapat, nak tengok cahaya skrin pun mata berpinar.

Bangun pagi ok dah sebab dah makan ubat sebelum tidur. Bila sampai sekolah ok lagi. Selepas 2, 3 jam di sekolah, haa siaplah migrain aku datang balik. Tak sabar-sabar nak tunggu waktu sekolah habis supaya aku boleh balik cepat ke rumah. 

Nasib baik sekarang aku tak sibuk dengan apa-apa aktiviti petang, bolehlah balik rumah terus. 


Dahlah... aku nak tido. Buat keje betul berjaga sampai jam 2 pagi ni. Kang esok tak terbangun nak pegi sekolah.





0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei