Thursday, December 17, 2015

Wawa ke Thailand: Part 1

at 9:38 AM
Assalamualaikum

5/12/2015
Krabi Town,
Thailand.

Haa... cuti sekolah kan, jadi sudah tentulah kita keluar berjalan-jalan. Kali ini kita merantau ke Thailand. Yalah, yalah. Korang semua mesti dah ke Thailand kan. Aku baru je pertama kali, jadi tentulah rasa teruja tu bukan main lagi hohohoo...

Baik, mari kita mulakan pengembaraan kita. AKu pergi ini dengan kawan aku ya, kami 2 orang saja.

Trip kali ini macam ini:

KL-Krabi (by flight)
Krabi-Hatyai(by van)
Hatyai-KL Sentral (by train)





Amacam, venture tak? Yalah, yalah tak cukup venture. Lepas ni aku buat trip jelajah China okay, target ialah 6 atau 7 bandar di China hahahaa... itu plan tahun depan Insya Allah.


Aku ikut stail kawan aku masa kami ke Cambodia tahun lepas:

ada point of entry (titik masuk ke sesuatu negara)
dan
ada titik keluar dari negara yang berbeza dari titik masuk.

Maksudnya, masuk ikut sini, keluar ikut sana. In between tempat-tempat itu kita guna pengangkutan yang lain contohnya bas / van / bot. 


Tiket seperti biasa ambil Air Asia. Nak kata murah tak juga tapi aku rasa agak mahallah sebab jumlah yang aku kena bayar untuk perjalanan sehala untuk seorang ialah RM150.50: tiket + tax.

Sebab nak murah maka kami (aku & kawan aku) kongsi luggage 20 kg dan tak ambil insurans. Makan tak payahlah nak makan sangat dalam flight. Kami makan kenyang-kenyang masa kat KLIA2. Tawakal sajalah kan, harap-harap flight tak delay dan selamat pergi selamat kembali. 

Perjalanan pertama bermula dari KL ke Krabi International Airport.

Sampai di Krabi, lewat petang sebab flight dari KLIA jam 5.05 pm dan sampai ke Krabi jam 5.20 pm (Thailand lewat 1 jam dari Malaysia). Jadi, sampai Thailand kami untung 1 jam. 

Di airport Krabi ada banyak kaunter yang menawarkan pakej-pakej percutian yang menarik tapi aku sarankan janganlah ambil dulu. Nanti sampai kat hotel, dah selesa sikit, barulah kita tengok-tengok pakej apa yang sesuai ya.

Kami ambil bas dari airport menuju ke Krabi Town.

Baik, kenapa tinggal di Krabi Town? Sepatutnya kalau hendak ke Krabi, tempat tinggal yang sesuai ialah Ao Nang: 

kalau orang kata dia hendak ke Krabi, sebenarnya target dia ialah Ao Nang. Di situ ada pantai cantik, ada pelancong asing berjemur tepi pantai, ada banyaaaakkkk kedai souvenir, eh banyak lagilah. Krabi Town ini lebih kurang 20 minit kut dari pekan Ao Nang. 

Aku terpaksa pilih untuk tinggal di Krabi Town sebab hotel kat Ao Nang dah fully booked, yang tinggal pun yang ada fan je. Yang ada air cond yang serba-serbinya bagus harga lebih RM100 semalam. Aku target yang bawah RM100 semalam. So, ambillah di Krabi Town.

Tapi jangan risau, Krabi Town walaupun (agak) jaaaauuuhhh dari Ao Nang, ia sebenarnya bukanlah sebuah pekan koboi seperti yang aku baca dalam blog-blog orang lain hewhewhew. Aku tahulah, 3 malam duduk sini tau.

Bandarnya besar cuma bangunan tinggi melangit macam KL tu tak adalah. Awal pagi agak sunyi sebab kedai-kedai buka jam 9 ke 10 pagi gitu. Alah, macam bandar lain kat Malaysia ni. Macam Kuching sikit pun ada, macam KK pun ya, macam Kuala Terengganu pun ada gak. Cuma, tak meriahlah kat Krabi Town ni, tak happening macam pekan Ao Nang sana.

Kami menginap di Baifern Mansion. Sebuah hotel yang kecil, tiga tingkat je. Tak ada lif tapi tangga bagus untuk kesihatan.

Bilik kami agak luas, selesa. 

1. Ada 2 katil single (twin beds) 
2. Kipas angin duduk
3. TV (yang tidak berfungsi asyik keluar gambar samar-samar)
4. WIFI (sangat laju so who cares TV tak dapat)
5. Air panas (ambil dari tingkat bawah)
6. Bilik mandi (kecil tapi sangat bersih)
7. Balkoni (mengadap belakang so view tak cantik tapi bolehlah untuk pengudaraan yang bagus cuma lantai balkoni tak berjubin, simen je).

Keadaan bilik? Kami puas hati sebab bersih. Lantai walaupun jubinnya jenis yang lama tapi sangat bersih. 

Kami upgrade bilik kepada aircond (masa register, dia tak bagi remote aircond), cuma tambah 450 Baht saja (untuk 3 malam). Tak tahan woo berpeluh-peluh.

Kami ambil pakej 4 island hopping dengan harga 600 Baht seorang. Kemudian tambah lagi 400 Baht sebagai bayaran masuk ke Taman Negara (undang-undang ini baru saja berkuatkuasa). Mulanya nak ambil 7 island hopping tapi macam banyak lagipun banyak-banyak island sama saja kan, pulau jugak tu. Lagipun 7 islands tu sampai malam. 

4 islands ada sediakan lunch, halal. 

Malam pertama di Krabi Town kami cuma jalan-jalan sekitar pasar malam. Marasa jugaklah banana pancake + choc. Sedap rupanya. Mula-mula dengar aku rasa macam... ewwww... apa ni apa ni ada banana campur dengan lempeng. Sekali makan nak lagi wooo...

Makan kat pasar malam. Aku makan sup daging. Sedaplah jugak. Masam-masam sikit supnya. 


PERBELANJAAN HARI INI:

1. Tiket bas (dari airport ke hotel): 90 Baht
2. Baifern Mansion: 675 Baht (3 malam) - total ialah 1350 Baht, tapi bahagi 2 orang so dapatlah jumlah tu.
3. 4 Islands: 600 Baht / pax
4. Tiket bas ke Hatyai : 300 Baht / pax (ini untuk 8 Dis, kami beli awal)
5. Dinner : 130 Baht (mewah eh haha, aku makan nasi putih + sup ayam + kopi o panas)
6. Mineral water & sikat : 24 Baht (sape suruh lupa bawak sikat rambut hemm... terpaksa beli kalau tak nanti rambut mengerbang macam Kak Ponti kus semangat hahahaa...)

TOTAL KOS DAY 1: 1819 Baht

Eh... korang kiralah betul ke tak aku kira total tu. Malas aku kira 4, 5, 6 kali.



2 jika kau rasa:

zulfahami zahari on 4:28 PM said...

Wow.. bagus idea travelling korang, macam-macam pengangkutan guna nak ke gerak dari satu tempat ke tempat lain.

Pekan Krabi sebenarnya lebih besar dari Ao Nang. Awal-awal dulu (awal 2000), Ao Nang tu macam perkampungan kecil je, tapi sekarang dah happening. Penginapan memang dah berselerak kat mana-mana je. Pekan krabi lebih berpusat berbanding ao nang. Kat Krabi town lebih kepada pusat pentadbiran dan commercial area bagi penduduk tempatan. Ao nang ni lebih kepada tourist spot. Setakat saya menginap kat krabi town bulan 9 baru ni, okey juga untuk tourist facilities-nya. Tempat menarik utamanya adalah Night Market Krabi.

~ wawa di sini ~ on 5:38 PM said...

Yang best kat Krabi Town, barang-barang murah sikitlah. Kalau Ao Nang, bukak harga je dah tinggi (^,^).

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei