Wednesday, June 15, 2016

KEMBARA SOLO YOGYAKARTA: alamak... kena gi sorang ke?!

at 3:43 PM
Assalamualaikum

Sekarang kan, aku dah terer dah cari tiket 0 fare hewhewhew... Sejak jadi member BIG Air Asia ni, sejak selalu dapat email daripada Air Asia, wah, wah, bukan main lagi aku hahaa... Bulan 12 ni dah dapat tiket ke Surabaya, low fare (yang ni salah strategi sebab aku target 0 fare). Lepas dapat Surabaya, aku tak puas hati, yalah, lepas setel beli tiket Surabaya tu baru aku tahu ada beza antara low fare dengan 0 fare. Aku surf lagi AA, jumpa tiket 0 fare ke Medan. Gila betul, sanggup berjaga sampai jam 4 pagi. 

Tahajud pulak takde aku segigih macam ni @____@'

Nah, tiket aku KL-Surabaya-KL & KL-Medan-KL, jumlahnya RM250 sahaja. Beza antara Medan dan Surabaya tu sehari je. Maknanya lepas balik dari Surabaya, aku akan tidur semalam di KL lepas tu ke Medan pulak. Amacam, ganas tak ekekekee...

Semua itu setakat ini travel solo, geng takde lagi, tarikh tak nak cakap. Bahaya wooo... lepas pergi nanti aku cakap ya. Harap dapat pergi sebab masa tu Insya Allah aku dah sambung belajar hmmm... dan harap dapat kawan yang nak ikut sekali.

Okay, cuti sekolah bulan 6 hari tu aku pergi Jogjakarta. Sebenarnya kisah pergi Jogja ni agak sedih. Sebabnya aku dan kawan aku (dia org Sabah, cikgu gak) dah beli awal-awal tiket. Mulanya rancang macam ni:

1. KL ke Jakarta : by flight
2. Jakarta ke Jogja : by train
3. Jogja ke KL : by flight

Tapi, tarikh ke Jakarta tu sebenarnya Khamis, 26 Jun hari tu. Masa tu sekolah kan tak cuti lagi. Flight malam.

Aku punyalah confident akan dapat CRK hari Jumaat dengan mudah wuwuwuu... sekali haaa... kami dapat GB baru. GB lama tukar sekolah lain hujung tahun lepas. GB baru ni gila strict, aku nak submit borang CRK ya ampun tangan terketar-ketar.

Lepas tu, GB baru kami buat pula majlis sambutan Hari Guru hari Jumaat 27 Jun 2016, mak aiiii habis tiket aku ke Jakarta caneeee? Nasib baik tiket pergi balik dari Kch ke KL tak beli lagi tau. Entah kenapa suara hati aku kuat mengatakan aku takkan dapat CRK hari Jumaat tu. Haa... korang ingat cikgu-cikgu ni senang nak dapat Cuti Rehat Khas (CRK) yang 7 hari tu? Kalau setakat alasan nak pergi bercuti memang takkan dapat punya. End up, tak jadi aku submit CRK tu, nak mati bagi alasan pergi bercuti hmmm...

Okay, sambung cerita. So, aku dan kawan aku decide, kami beli tiket baru. Tapi kami beli direct ke Jogjakarta, 30 Jun 2016, Isnin. Masa tu cuti sekolah dah start. Dapat je tiket ke Jogja, aku proceed terus tiket KL-Kch-KL. Kalau international, aku guna Air Asia, tapi connecting flights (KL-Kch-KL) aku guna MAS sebab selamat lagi. MAS jarang delay tau.


Nak dijadikan cerita, flight MAS aku jam 5.30 pagi 30 Jun, flight Air Asia dalam jam 9 lebihlah. Aku ada 2 jam untuk bergerak dari KLIA ke KLIA2.

Subuh sempat di Kuching Airport, tapi yang buat lama tu masa nak check imigresen. Jam 4.30 pagi pun kaunter tak bukak lagi aduiii pilot MAS dan pramugara pramugari pun berbaris sama dengan kami, cuma mereka berbaris di kaunter premium. Dekat nak jam 5 pagi baru kaunter bukak, dan Alhamdulillah proses imigresen cepat. 

Setel imigresen, aku terus pergi surau, ambik wuduk siap-siap, dan bila masuk waktu terus solat Subuh. Bila selesai solat, masa sampai kat gate, eh, eh, nampak ramai lagi orang sedang elok berbaris. Fuh nasib baik sempat. Sebenarnya kan, dalam hati tadi terfikir nak ambil wuduk saja, lepas tu solat duduk dalam flight, tapi aku fikir kalau aku buat begitu, sah-sah Subuh aku entah ke mana. Nak pergi jauh ni ada hati lagi nak fikir tinggalkan solat *dasar sengal betul aku, kufur nikmat @_____@ *

Yang bestnya kalau naik MAS tentulah makan hihi... aku makan nasi goreng dan ikan. Sedap. Lepas tu tengok movie hehe... ni yang bestnya kapal terbang MAS. Tak jadilah nak baca buku tadi. 

Masa sampai KLIA, kawan aku dah WhatsApp tanya mana aku. Aku kate masuklah check-in dulu, jangan tunggu aku, kita jumpa depan gate boarding saja, tapi dia tak nak. Dia kate tak best masuk ke boarding gate sorang-sorang, so okay, takpelah.

Dari KLIA aku ke KLIA2 naik KLIA Transit, RM2 sahaja. 

And then it happened! Yang paling aku takuti.

Baru saja aku duduk dalam KLIA Transit, tak gerak pun lagi, kawan aku call. Eh, kenapa call?

Aku sambut je telefon, gopoh-gapah dia cakap kat aku, "Abang aku meninggal pagi tadi. Baru je family aku telefon. Aku terpaksa balik Sabah sekarang."


Aku dah macam... Ya Allah!

"Oh, okay," dah, tak tahu nak cakap apa lagi. Alamak. Kalau kawan aku balik Sabah, habis, aku nak ke Jogja dengan sape? Gila nak pergi sorang? 

"Aku tunggu kau sampai KLIA2, aku bagi pass check-in kau..." sambung kawan aku lagi. Aku minta dia check-in kan untuk aku, aku tak dapat nak print check-in pass sebab ink printer aku dah habis. Yalah, habis sebab aku print buku program malam Jumaat lepas. 

Sampai saja di KLIA2, terus aku cari kawan aku. Dia tunggu aku di departure level. Tak sempat peluk tanya khabar semua, dia terus saja bagi check-in pass kat aku, dan bagitahu aku, dia nak cari tiket flight balik Sabah sekarang. Habislah semua tiket dia ke Jogja yang pergi balik tu, dan tiket MAS dia balik ke KK Khamis nanti. Memang bukan rezeki dia nak ke Jogja kali ini. 

Dia kata abang dia sebelum ni sihat walafiat je, takde sakit apa-apa, siap pesan lagi minta belikan T-shirt Jogja. Abang dia muda lagi, belum kahwin, yalah, dah sampai ajal kan. 

Aku masa tu sebenarnya masih lagi tergamam, dalam hati terfikir, aku nak proceed Jogja atau just duduk KL 4 hari ni, sebab tiket aku balik Kuching Khamis nanti, ini baru Isnin. Kalau proceed ke Jogja, maknanya aku kena pergi sorang diri. 

Tanpa sedar, kaki aku dah melangkah ke arah wrapping centre di KLIA2 itu.



5 jika kau rasa:

zulfahami zahari on 6:08 AM said...

whoaa.. solo trip tanpa diduga tu!

~ wawa di sini ~ on 6:03 PM said...

Nak nanges dah masa tu sebab cuak gila 😭

ana on 5:33 AM said...

tgh scroll blog2 travel solo ke medan, jumpe blog ni....hajat nk ke medan sbb tiket tgh murah, tp xde travel buddy jugak.nk travel solo x brni lg ..nnt share ye cerita di sana! huhuu

ana on 5:37 AM said...

tgh scroll blog psl travel, jumpa blog ni...hajat nk ke medan juga tapi xde travel buddy...anyway, nice blog!

~ wawa di sini ~ on 5:40 AM said...

Ke Medan saya gi 9 Dec and balik KL 14 Dec 😁

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei