Sunday, June 12, 2016

Hadiah Latihan Persekutuan 2016 (3) : Legally Blonde style!

at 7:56 AM
Assalamualaikum

Mentang-mentang malam tadi baru tengok Legally Blonde kat Astro, terus buat entry tajuk Legally Blonde hewhewhew.

Baiklah kawan-kawan, apa kaitan Legally Blonde dengan permohonan HLP saya?

Siapa pernah tengok cerita tu? Kalau pernah, ingat tak satu scene dalam cerita masa Elle Woods bagi resume yang diprint atas kertas warna pink dan scented (wangi) kepada profesor dia, si Callahan?


Okay, masa isi borang permohonan, masa yang diperuntukkan amatlah terhad. Lebih kurang sebulan saja kut.

Semasa sambutan Hari Guru 2015 peringkat Daerah Kuching tahun lepas, aku pergi, sebab sekolah suruh hehe. Walaupun hati macam rasa ah malasnya nak pergi sebab hari Sabtu weh, nak duduk rumah relax-relax tengok TV, tapi sebab orang dah suruh, aku pun pergilah.

Aku datang agak lewat, tak sempat ikut zumba (sebenarnya tak nak ikut hehe sebab tak pandai zumba dan tak suka), jadi masa aku sampai tu, cikgu-cikgu lain yang sama sekolah dengan aku dah duduk dekat-dekat. Nasib baik aku dapat tempat duduk dekat mereka, belakang seat merekalah. Sebelah aku cikgu perempuan dari sekolah menengah mana tah. Guru Bimbingan & Kaunseling.

Cikgu tu tegur aku. Entah kenapa tiba-tiba aku seronok berbual dengan dia. Masa berborak tu, terkeluarlah cerita yang dia baru lagi di sekolah menengah tu. Dulu sekolah lain, jadi guru B&K juga, tapi lepas tu dia dapat HLP, buat sarjana di UMS. Baru saja tamat belajar, lepas itu terus ditempatkan di sekolah lain (maksudnya bukan sekolah lama dialah).

Aku masa tu terus ooooo, waaahhhh, kagumnya, sebab HLP ni macam ramai yang minta dan sedikit yang dapat. Lepas tu aku cakap, tahun lepas (2014), aku cuba mohon tapi tak sempat submit borang sebab buat last minute. Aku baca iklan pun macam 2 minggu lepas iklan keluar baru aku tahu.

Aku cakap, aku ingatkan borang tu kena hantar sendiri by pos ke KPM di Putrajaya sana, rupanya boleh melalui JPN Sarawak. Aku cakap lagi, masa yang diberi between tarikh iklan keluar dan tarikh tutup iklan adalah sangat singkat, lebih kurang sebulan gitulah. Dengan nak dapatkan markah LNPT lagi, nak dapatkan salinan Kenyataan Perkhidmatan lagi (ini dapatkan dari PPD anda), waahhh... tak sempat kut.

Cikgu tu jawab, masa memang terhad, jadi kita kena buat cepat. Jangan tangguh-tangguh. Selalu semak iklan KPM. Banyaklah cerita dia pasal pengalaman dia ambil HLP ni seronok aku dengar. Kisah dia cari rumah sewa kat KK, apa elaun yang dia dapat, macam-macamlah.

Tiba-tiba rasa macam ehh ada hikmah aku datang ke majlis hari guru hari ini hehe walaupun mula-mula tu rasa macam berat hati nak pergi sebab kemalasan yang melanda erkkk... 

So, sejak perbualan kami itu, aku pun selalulah semak laman web KPM, kut-kut ada iklan HLP keluar. Kalau dulu, semak seminggu sekali, dua minggu sekali, haa camtu.

Masa iklan keluar, aku memang tahu awal. Hari itu keluar, hari itu juga aku terus cuba-cuba register online borang tu, lepas tu print senarai pengkhususan yang ditawarkan, sebab bila dah print, senang aku belek-belek untuk decide pengkhususan apa yang aku nak ambil. Hem, dah hari-hari bukak dan tatap laman web KPM, haruslah sedar pasal iklan tu semua.

Minggu pertama iklan HLP keluar, aku terus submit surat ke PPD Kuching, untuk minta salinan Kenyataan Perkhidmatan (KP). Nak minta KP ni, kena ada surat dan surat tu karang sendirilah. Ni contoh surat tu (lepas tu editlah letterhead, tambah apa yang patut cthnya aku tambah sebab nak dapatkan KP ni which is, sebab nak mohon HLP).

(Jangan lupa taip balik surat ni, letak letterhead sekolah sendiri, alamat tu letaklah alamat PPD mana korang mengajar, okay, boleh ikut tak?)

Lepas tu, nak pilih kursus? Hmm... ni yang susah ni. Aku pilih Pendidikan Khas sebab opsyen aku kan Pemulihan Khas. Pemulihan Khas kan di bawah Pendidikan Khas. Lepas tu tajuk proposal aku ialah mengenai Murid Berkeperluan Khas (Autisme). Masa nak pilih tu, aku pastikan ada universiti di Malaysia ni yang ada offer kursus tu. Aku aim UM, UKM dan UPSI sebenarnya. To be specific, UKM. So masa pilih kursus tu, dalam hati memang ah nak UKM.

Bila borang dah lengkap semua (minggu kedua borang aku dah lengkap), aku pun submit ke JPN Sarawak sebab nak minta pengesahan Pengarah. Haa... masa nak hantar borang ni, kena baca T&C betul-betul. T&C kata, borang dan sijil-sijil semua DIIKAT ... aku ulang DIIKAT DENGAN TALI.

So, IKATLAH DENGAN TALI! Janganlah main stapler. Dah, dah, jangan tanya aku borang tu semua tak tertanggal cerai-berai ke nanti?


Ala, korang ikatlah guna benang yang kukuh sikit atau tali apa-apa ke, ingat tak masa sekolah dulu ko ambik paper Sejarah pastu kertas jawapan esei ko berlambak-lambak then pengawas peperiksaan bagi benang untuk ikat kertas jawapan tu semua? Dia tak bagi stapler kan? Haa... ikat macam itulah. Insya Allah kukuh jugak tali tu.

Pastikan borang semua lengkap dan disusun seperti urutan menaik kah menurun kah hahahaa... ikut susunan yang dinyatakan ok.

Masa nak submit borang tu, aku takde tali untuk ikat, so aku singgah ke kedai alat tulis dulu. End up kedai tu takde tali jugak, tapi eh eh... kedai tu jual wisel bertali, macam ini, eh, memang betul-betul sebijik macam gambar kat bawah ni. Ni gambar aku amek dari pakcik google. 


Haaa... masa ni la aku terus teringat cerita Legally Blonde, part Elle Woods submit resume kaler pink dengan pensyarah dia tu. Terus aku beli wisel exactly macam gambar kat atas tu, walaupun ada kaler lain macam kuning, biru, hijau, tapi aku pilih pink jugak sebab nampak comel dan menyerlah. Talinya aku ceraikan dari wisel, wisel aku simpanlah, dan talinya aku guna untuk ikat borang-borang aku.

Masa aku submit ke Bahagian Latihan, JPNS, pegawai yang kumpulkan borang-borang tu cakap, eh, eh, tali warna pink hahahaa...

Nampak lagi menyerlah dari borang lain, rasanya aku jawab macam itu kut kat staf tu. Borang-borang lain guna tali hitam dan putih, yang tali macam benang yang kita biasa jumpa tu, jadi bila guna tali pink, dalam timbunan borang-borang yang dah disubmit tu, senang je aku nak cam mana borang aku. Kononnya strategi lah ni, nak bagi borang permohonan aku menyerlah lebih banyak dari borang orang lain. Nak masuk stage temuduga kan, banyak saingan tu wuwuwu. 

Tapi kan, faktor tali tu secara kebetulan sebenarnya, mungkin antara faktor lain yang membuatkan aku terpilih ialah:

1. Markah LNPT aku (85 ke atas, dan tahun 2013 aku dapat APC which is markah aku above 90). 2014 pun above 90 jugak kut seingat akulah. 

2. Aku ada tulis modul Pemulihan Khas. Eh, bukan modul, tapi buku kerja. Secara kumpulan dengan beberapa orang cikgu lain. Ini projek under PPD.

3. Masa temuduga banyak main peranan.

4. Aktiviti dan jawatan aku di peringkat sekolah dan daerah adalah beberapa jugak. Nak kata banyak, korang lagi banyak kut. Sebab itu aku tak kisah kalau kena pegang banyak jawatan kat sekolah. Orang bagi, ambik je. Aku guru data, kalau ikut Guru Data 12 waktu je mengajar, tapi dalam masa yang sama aku guru pemulihan khas, which is wajib 30 waktu. Tak kesah pun yang ini sebab aku suka dua-dua tugas. Ambiklah seberapa banyak jawatan yang boleh, dan buat sungguh-sungguh k. Ada gunanya semua tugas tu satu hari nanti.

Tapi, sebenarnya kan, aku rasa ini lebih kepada rezeki hmmm... ok dahlah, aku nak lipat baju kemas rumah pulak. Esok sekolah. Tiba-tiba rasa macam sedih nak tinggalkan sekolah yang best.


Nanti sambung part temuduga pulak.



3 jika kau rasa:

zulfahami zahari on 6:11 AM said...

TQVM. Tak sangka ada macam-macam cerita di sebalik nak dapatkan HLP tu sampai berjaya. Siap guna tali wisel warna pink lagi!

~ wawa di sini ~ on 8:33 AM said...

Tali wisel tu kebetulan je sebab takde tali lain kat kedai tu hehe...

Mohamad Khairun Fitri Bin Ahmad on 12:02 PM said...

Perkongsian yang menarik

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei