Monday, December 21, 2015

Kembara Cambodia 2

at 8:34 PM
Assalamualaikum

*terjumpa entry lama ni dalam draft rupanya. Aku publish gak walaupun ni kisah tahun lepas sebab aku takut lupa kisah ni ehehee ada ke macam tu*

Ni apasal tiba-tiba update pasal Cambodia ni padahal tak lama lagi nak raya hikhikhik... 
sebab...
sebab...
sebab...


aku nak pergi Thailand weehooooo...

Jadi part pergi Cambodia dulu kena buat diari yang lengkap dan detail.


Day 1 (Ahad): Phnom Penh

Baru sampai, check in hotel. Hotel murah dan cantik dan selesa tapi aku lupa errkk... sebab kawan aku yang urus semuanya. Booking dari Agoda. Oleh sebab kami 3 orang, maka kami ambil yang katil queen bed 2 buah tu. Selesa sangat. Ada air cond, bilik mandi selesa, tapi TV semua cakap bahasa yang aku tak faham kahkahkah... sape peduli, aku datang sini bukan nak tengok TV, aku nak tengok tempat orang.

Dari airport, kami amek tuk tuk untuk ke hotel. Ada banyak tuk tuk menunggu di hotel, pilih saja yang mana korang nak. Insya Allah boleh dipercayai. Tawakal ya tawakal.

Lepas check in hotel, aku dan kawan aku jalan-jalan sekitar Phnom Penh. Nak survey manalah dia restoran halal, sebab kawan aku pernah terbaca ada satu restoran halal tak jauh dari Central Market. Rupa-rupanya restoran halal tu dah tutup. Ni Central Market:


Aku beli Strepsil kat farmasi kat sini sebab aku sakit tekak, asyik batuk sejak dari Malaysia lagi. Menyesal tak beli awal kat Kuching ceh ceh... tak pasal-pasal terbang USD aku. Mahal taw USD.

Bila sampai Central Market, waduh waduh banyaknya kain cantik-cantik yeayyyy... hmphhh dasar perempuan betul. Pantang tengok kain, apalagi... dari asyik kata nak jimat, terus beli sampai 6 pasang. Dah jadi baju raya aku pun sekarang hekhekhek...

Kami sampai Phnom Penh petang, jadi cuma sempat survey sekitar bandar saja. Nak jalan jauh belum dapat lagi sebab adik kawan aku cuma akan datang esok, Day 2. 


Day 2 (Isnin): Phnom Penh

Hari ini kami meneruskan misi menjelajah bandar Phnom Penh dengan berjalan kaki. Flight adik kawan aku tu cuma datang petang ni, jadi kami teruskan misi mencarik nasi. Dah namanya tekak orang Melayu, banyak-banyak benda nasi jugak yang kau cari kan.

Makanan halal jenis yang biskut roti air tin sangat senang didapati di sini, cuma agak mahallah. Yalah, sebab import dari Malaysia. Maggi Malaysia aku tak jumpa, yang ada Maggi Indonesia, tapi tak sedap. Sebab tu aku asyik order telur rebus dari hotel. Kut-kut boleh sedap sikit makan maggi indo mee tu dengan telur rebus.

Nah, ini sekitar bandar Phnom Penh di hari kedua. 


Tak paham kenapa aku ambil gambar bangunan ni.


Jalan lagi, terjumpa kedai gunting rambut ini. Wah, kedai gunting rambut tepi jalan. Ada bangku kat situ, jadi aku dan kawan aku take turn duduk untuk bergambar. Tiba-tiba, lepas bergambar tu...



Spotted! Kahkahkah... betul-betul depan kedai gunting rambut tu. Ah Man Restaurant. Halal yeayyyy! Inilah yang kami cari-cari. Gila tak suka!















2 jika kau rasa:

zulfahami zahari on 11:02 AM said...

kalau tak silap, ada 2,3 buah kedai makan halal sekitar central market tu. Salah satunya milik orang malaysia. Saya pernah makan kat area situ, namanya restoren D'Nyonya Penang kalau tak salah..

~ wawa di sini ~ on 12:37 PM said...

Restoran itulah yg kami nak cari. Puas pusing sekitar Central Market, rupa-rupanya dah tutup.

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei