Monday, December 21, 2015

Wawa ke Thailand: Part 2

at 11:58 AM
Assalamualaikum

6/12/2015
Krabi - Ao Nang,
Thailand.

Baiklah masuk hari kedua di Krabi. 

Pakej yang kami ambil ini pakej 4 islands hopping. Jam 8.45 pagi kena standby depan hotel tunggu transport datang. Pakej ini kami ambil dengan pihak hotel. Walaupun ada blog-blog kata elok survey kat sekitar Ao Nang, aku akhirnya faham yang hotel pun ada buat agreement dengan pihak pelancongan ini. Kiranya hotel dapat komisen jugalah.

Bayaran ialah 600 Baht + 400 Baht untuk tiket masuk ke taman negara (geram betul, sebab habis jugak 1000 Baht). Undang-undang yang mesti bayar 400 Baht itu baru saja berkuatkuasa, aku dah check dalam group kat Facebook.

Oleh sebab kami di Krabi Town, jadi kamilah antara yang terawal masuk dalam bas. Bas kah tuktuk kah entahlah aku tak sure. Macam trak kecil pun ada. Trak @ bas itu bergerak ke serata Krabi Town untuk ambil penumpang lain.

Pakej kami ini di bawah Barracuda. Lepas beberapa hari baru aku tahu Barracuda ini femes juga di situ. Kiranya antara pakej yang oklah. 

Bas berhenti di deretan kedai-kedai cenderamata di Ao Nang. Kami turun dan tunggu di depan kedai-kedai itu. Ada papan tanda 4 Islands di situ. Sementara menunggu, sempat jugaklah tengok-tengok seluar dan skirt yang dijual. Rambang mata adoiii... fuh fuh... bertenang okay... duit Baht dahlah bawak cukup-cukup.

Tak lama menunggu, kemudian kami semua dibawa ke long boat. Kami ambil long boat sebab lagi murah walaupun agak lambat (menurut pamflet). Kalau nak cepat ambil speed boat tapi bayar mahallah. Nak jimat, maka ambil long boat. Eh, tapi cepat jugak tau.

Gambar-gambar kami sekitar 4 pulau tersebut err... jap doakan agar aku jumpa kabel kamera aku dah ke mana perginya kabel kamera tu nanges nih nanges nih...



PERBELANJAAN HARI INI:

1. Tiket masuk ke National Park: 400 Baht
2. Topi : 200 Baht (aku tak nak hitam legam weyyyy... - gambar topi ada kat Part 1)
3. Banana pancake : 50 Baht (aku beli kat perahu kat pulau tu, tengok, ketagih dah ni ha).
4. Poskad : 5 Baht (aku beli poskad dan kirim kat diri sendiri haha... mebeles tak idea aku?)
5. Adapter : 55 Baht (universal adapter yang aku beli takleh pakai sebab sepatutnya universal adapter aku tu, kena sambung lagi dengan plug 3 pin segiempat tu, dan plug tu aku tak bawa, jadi nasib baik jumpa adapter murah kat kedai alat tulis).
6. Laksam : 25 Baht (makan je kan).
7. Nutella pancake (35 Baht) : the cheapest one yang aku dapat setakat ni. Ni kat pasar malam Krabi Town. Sedap weh. Selalu orang jual 50 Baht, tapi ini memang murah. Dahlah tu, sedap. 
8. Nasi goreng : 50 Baht
9. Tour ke temple + elephant ride + flying fox : 800 Baht (ni untuk esok).

TOTAL KOS DAY 2: 1845 Baht

Baiklah, yang tour ke temple hari esok, kami ambil pakej dengan pihak hotel. Harga sama je dengan kalau kau pergi tour agent tepi jalan ke atau ejen kat Ao Nang sana. Yang pasti, tour dengan pihak hotel ni, aku rasa selamat lagi. 

Owner hotel tu susah hati bila aku kata, esok pagi aku & kawan aku nak ke Ao Nang dulu, jalan-jalan, beli barang. Tour tu start jam 1 tengah hari. Jadi dia siap pesan kat pihak yang buat tour tu, supaya ambil kami berdua di pekan Ao Nang saja (ambil depan McD untuk memudahkan pengecaman) dan WAJIB hantar kami balik ke hotel di Krabi Town ni. Bimbang betul owner hotel tu dengan kami berdua ni. Dia kata muka kami berdua ni macam Thai Muslim Girl, ehek apekah ... tiba-tiba aku teringat kejadian tembak-menembak di selatan Thai hmm hmm... 

Okaylah okaylah... jadi esoknya kami tunggu wakil tour tu di depan McD. Ada satu je McD di Ao Nang, sangat femes. Tapi macam tak halal je. 


0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei