Monday, December 21, 2015

PENGKARYA GURU KPM 2016

at 11:47 AM
Assalamualaikum,

Apakah itu PENGKARYA GURU? Okay, aku pun sebenarnya tak berapa nak tahu, tapi aku berminat nak ikut. Di bawah ini aku sertakan serba sedikit bagaimana mahu ikut PENGKARYA GURU ini. Tadi aku buka laman web moe.gov.my dan tiba-tiba nampak iklan PENGKARYA GURU ini. Tahun lepas (bulan Disember 2014) pun ada juga iklan ni keluar tapi masa aku nampak iklan tu, tarikh tutup dah berlalu hmmm... jadi mulai dari tahun ini, aku telah menjadikan satu agenda untuk menyemak lama web KPM sekurang-kurangnya seminggu sekali. Banyak saja tawaran biasiswa, peluang pekerjaan dll ada diiklankan di situ. 

Nah, baca ni sikit, lepas tu kalau rasanya berminat tu, rajin-rajinkanlah tangan tu untuk klik laman web KPM dan baca dengan lebih lanjut. Jangan malas, key. Cikgu-cikgu tak baik malas-malas.



Permohonan terbuka kepada warga pendidik (Gred DG) yang berbakat dan berminat untuk menghasilkan buku kanak-kanak dan remaja. Bengkel empat siri Pengkarya Guru akan diadakan pada hujung minggu (Khamis hingga Ahad). Penyertaan peserta yang telah menghasilkan manuskrip yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak amat dialu-alukan. Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda cuma perlu biayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus DI LEMBAH KELANG pada tarikh-tarikh yang berikut:

·         24, 25,26 dan 27 Mac 2016
·         21, 22, 23 dan 24 April 2016
·         26, 27, 28 dan 29 Mei 2016
·         11, 12, 13 dan 14 Ogos 2016

*Semua peserta yang terpilih wajib menghadiri keempat-empat siri. 
Peserta yang terpilih akan dihubungi selewat-lewatnya pada 1 MAC 2016.

Tapi kan, masalahnya, salah satu tarikh tu, aku dah ambil tiket flight ke Jakarta adoiiii... nampaknya katalah, katalah kan kalau aku terpilih (cet, mohon pun tak lagi), nampaknya aku kena beli tiket ke Jakarta yang baru. Tapi, at least aku ada alasan untuk pergi ke KL sebelum cuti sekolah masa tu hewhewhew... 

Yeah, apa tunggu lagi. Sila mohon. Nah, detail lanjut klik sini: PENGKARYA GURU 2016

2 jika kau rasa:

Aryana Ali on 2:21 PM said...

Askum...dapat tak tahun ni?

~ wawa di sini ~ on 3:13 PM said...

Waalaikumsalam, err... saya tak mohon pun :( Awak dapat tak?

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei