Tuesday, December 30, 2014

oncall sekolah

at 1:42 PM
Assalamualaikum

Sebab rasa bersalah maka semalam aku ke sekolah untuk jenguk sekolah. Jenguk kelas aku sebenarnya. Sebab GB message katanya semalam, 29 Disember ada pegawai PPD ke JPN tah, nak datang ke sekolah untuk tengok keadaan sekolah. Jadi aku pun datanglah, bezanya aku datang selepas pegawai-pegawai tu balik hahaa...

Konon nak hias kelas atau nak kemas kelas, tapi end up aku cuba sorting kertas-kertas yang bertimbun dalam kelas. 

Kertas sampah
Kertas boleh kitar semula
Kertas masih guna
Kertas yang tak tahu nak guna ke tak

Inilah life seorang cikgu. Sentiasa dikelilingi kertas. Dan buku. Dan pen. Dan pensel. 

Lepas lebih kurang 2 jam lebih di sekolah, dan dapat hasil bersamaan dengan seplastik besar kertas sampah, aku pun balik rumah.

Jujur aku tak tahu nak kemas kelas dari celah mana.

Aku tak ada hati nak turun mengajar. 
Jangan kata aku, cikgu-cikgu lain kat luar sana pun macam itu jugak kan.

Cuti oh cuti.
Sedihnya cuti tak lama lagi nak berakhir.


1 jika kau rasa:

zulfahami zahari on 12:42 PM said...

hahaha.. certain kertas tu, nak buang rasa sayang.. end-up jadi sampah juga!

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei