Assalamualaikum
Pagi tadi kami ada mesyuarat awal tahun. Walaupun sesi persekolahan tahun ni ditangguhkan, tapi mesyuarat tetap ada. Yalah, kat sini Alhamdulillah tak ada kena banjir, jadi semua rancangan diteruskan macam asal.
Ingatkan nak datang awal, mesyuarat kan mula jam 8.30. Tapi lepas itu sesi pemilihan baju yang sesuai memakan masa dekat setengah jam. Makcik-makcik sungguh aku ni. Dah pakai blouse A, aku pegi tukar pulak blouse B. Last-last jam 8.20 jugak aku keluar dari rumah. Air milo panas pun aku tak sempat nak minum.
Sampai sekolah, waahhh... semua dah ada dalam makmal komputer sekolah. Nasib baik GB tak masuk lagi, duk bincang something kat tangga sekolah. Kalau tak silap aku, aku sampai sekolah jam 8.35 atau 8.40 gitu. Gila laju aku pecut kereta.
Lepas tu macam biasalah kan, mula je mesyuarat, bukan main lagi aku tulis kat buku nota.
Mesyuarat awal tahun.
Agenda 1: Ucapan alu-aluan GB...
... aku tulis dengan tulisan tangan aku yang paling cantik konon...
...then...
pen ke mana, buku catatan kosong belaka.
Dah ada setiausaha kan hahaa... jadi tak payah susah-payah nak tulis nota apa.
Sebelum tu GB baca DNA Guru, tu haa kat bawah tu. Buku biru warna-warni tu. Aku dapat buku original, ada cikgu lain dapat yang fotostat.
Isi kandungan buku tu kena dibaca di hadapan semua guru... perutusan dari JPN Sarawak.
Diari kecil comel klasik warna hijau tua tu konon-konon nak jadi efisien... tapi sampai ke habis mesyuaratnya, ya ampun... bak kata Najwa Latif...
...kosong, kosong, kosong...
Selamat Tahun Baru 2015.
Moga hari-hari seterusnya membawa lebih banyak keberkatan untuk kita semua.
0 jika kau rasa:
Post a Comment