Assalamualaikum
Sebenarnya nak update banyak-banyak pasal Kembara Cambodia ni, tapi macam tak patutlah pula sebab sekarang ni kan musim banjir. Newsfeed FB aku, dalam WhatsApp, buka saja Internet, semuanya sibuk mengenai banjir ni.
Bila aku nampak berita mengenai banjir, kasihan sebenarnya. Kalau banjir sampai tenggelamkan rumah, premis perniagaan, dll, tentu banyak kos kehilangan tu kan. Harap semuanya pulih seperti sedia kala, harap bantuan cepat sampai kepada mereka yang memerlukan.
Alhamdulillah di tempat aku tak ada banjir, cuma setiap hari hujan memang turun. Macam sekarang ni, hujan turun renyai-renyai. Sesekali guntur kilat. Aku harap kat sini tak banjir, takut tau sebab Sarawak ni duduk atas pulau. Pulau Borneo. Kami ni bukan atas tanah besar (~.~')
Ni gambar-gambar masa aku kat Cambodia. Tak ada hati nak tulis cerita pasal trip ni sebenarnya, yalah, di saat orang di tempat lain sedang sedih dengan banjir. Kawan-kawan aku ramai dari Semenanjung Malaysia. Best friends aku orang Perak dan Terengganu lagi. Aku dapat tahu, Perak agak teruk kena banjir sekarang. Lepas tu cikgu satu sekolah dengan aku asal Terengganu, sekarang dalam perjalanan balik ke Pahang. Harap semuanya selamat.
Ni ada sikit gambar-gambar masa aku di Cambodia. Aku cuak nak letak gambar aku sendiri, sebab sekarang ni aku tengok makin menjadi-jadi pula orang lain 'curi' gambar orang lain, kemudian letak ayat tah ape-ape kat gambar tu, dan sebarkan. Biarlah semua gambar kat sini takde muka aku.
Ni gambar hari kedua kami di Phnom Penh. Hari Isnin. Kami sampai Ahad.
Aku dan kawan aku sibuk cari kedai makan Islam. Lapar nasi. Nasib baik jumpa. Lepas tu sempat singgah Central Market beli kain buat baju kurung. Murahlah, Cambodia Silk. USD12 sepasang (4 meter).
Ni gambar kerang. Campur cili, garam dan tah ape lagi. Macam menyelerakan hahaa tapi aku tak berani beli.
Ni gambar kedai makan Islam di Phnom Penh. Restoran Ah Man. Sekali makan USD4. Oklah tu. Aku pesan nasi campur; nasi putih, ayam goreng seketul, sayur sikit. Harga USD3. Lepas tu air teh o ais. USD1. Jadi jumlah ialah USD4. Gigih kami pusing satu bandar Phnom Penh semata-mata nak makan nasi.
Sebenarnya kami nak cari New York Hotel, dalam internet kata situ ada restoran halal. Tapi tak jumpa-jumpa, last-last jumpa restoran Ah Man ni.
Depan restoran Ah Man tu ada kedai gunting rambut ni. Kedai gunting rambut terbuka pula tu. Aku dan kawan aku macam eh eh... kagum jugaklah. Yalah, tak payah sewa kedai. Ko pegi je tepi jalan macam ni, boleh dapatkan khidmat menggunting rambut. Jadi, kami ambil peluang bergambar kat sini. Dalam kepenatan bergambar tu, nasib baik kawan aku ternampak restoran Ah Man yang betul-betul seberang jalan dengan kedai gunting rambut ni. Haha... rezeki betul.
Gambar ini pun aku nak ambil. Pengurup wang kat sini senang betul. Tepi jalan je boleh tukar duit.
Okay... nanti kalau rajin aku update lagi untuk hari ketiga k. Hari ketiga sampai lenguh kaki kami jalan-jalan.
0 jika kau rasa:
Post a Comment