Showing posts with label kembara solo. Show all posts
Showing posts with label kembara solo. Show all posts

Saturday, September 17, 2016

KEMBARA SOLO YOGYAKARTA 3: kisah seram di Wisata Alam Kalibiru!

at 1:27 AM 0 jika kau rasa
Assalamualaikum

Lamanya kan aku tak menulis ahakss... terpaksa stop sekejap sebab aku sekarang baru saja masuk USM hohoho... haaa... aku dah jadi student balik. Aku sambung belajar sekarang, kat USM, di bawah biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan. Tapi ni nak sambung cerita pasal adventure aku kat Jogjakarta lama dulu. Ada benda penting ni nak bagitahu korang wuwuwuu...

Okay, kisahnya begini. Aku kan sampai Jogja Isnin, so Selasa tu aku pergi Candi Prambanan. Naik bas. Yang ni tak nak ah cerita sebab biasa-biasa je. Aku nak pergi Timang Beach sebenarnya nak naik cable cart yang luar biasa ganas tu *sila-google-okay-jangan-malas* tapi bila aku tanya tour agency kat hotel aku menginap tu, dia kata, Rp.300 000 seorang, tapi minimum 2 orang sebab nanti kena hantar sana naik van, so tak berbaloi hantar aku seorang saja. Kalau nak pergi jugak, dia cas aku untuk 2 kepala maksudnya dalam Rp. 600 000 hmpphhh... 



Inilah dia Hotel Rama tu. Nampak tak pintu sebelah kiri kat ground floor tu. Itulah travel agency yang aku tanya tu. 

1st day, bilik aku ground floor, kat belakang sikit. 
2nd day, err... tukar bilik kipas angin hehehe... (akak nak jimat dik kahkahkah) so naik 1st floor, belakang sikit. 

Lepas tu, nak masuk ke Timang Beach tu kena naik ojek (motosikal). Aku fikir keselamatan jugak so tak jadi ah, mahal. Duit tak cukup. Aku bawak RM500 je untuk perbelanjaan di sini. 

Hari Rabu, pagi tu bangun-bangun tido, terus mandi apa semua, sebab Subuh sini awal tau. Hotel Rama tu dekat dengan surau, so azan memang dengarlah dari bilik aku. Siap mandi, macam biasa, pekerja hotel akan hantar breakfast ke bilik aku, sebab itu kena siap lawa-lawa pakai tudung apa semua. Takmolah aku bukak pintu, mata masih ada taik mata kahkahkah.

Breakfast simple saja: teh o panas segelas, dan pau kacang yang sangat tebal intinya, sedaplah jugak. Bilik aku ni untuk 2 orang, so aku dapat 2 gelas teh o panas dan 2 pau kacang. Mulanya aku tak nak makan sebab aku cuak tau yalah aku kan sorang. Kang aku minum teh ni terus pening kepala ala macam dalam cerita TV tu wuwuwuu mintaklah aku dijauhkan Tuhan dari segala macam bahaya ni. 

Tapi, bila aku mengintai dari tingkap bilik aku (ada satu tingkap sebelah pintu aku mengadap ruang kaki lima hotel tu, kaki lima tu luas jugak), aku nampak staf-staf hotel tu (semuanya lelaki), asal azan bunyi jek, mereka mesti solat on time. Fuhhh... bagus bagus. Staf hotel ni konpem baik-baik belaka. Recommended sangat!


Yang gambar kat atas tu, ruang tamu hotel ni, ada kat tingkat bawah. 

Hari tu masa aku baru keluar dari bilik aku (nak gi jalan masa tu), aku baru saja nak duduk-duduk di sofa tu sambil surf Internet, tiba-tiba baru aku tersedar yang aku duduk sebelah sorang perempuan yang macam sakit. 

Sofa satu lagi ada mak ayah perempuan tu (agaknyalah) dan sofa satu lagi ada sorang lelaki macam bomoh / dukun / pawang hahahaa... Bomoh tu macam menurun tah ape tah eh seramlah pulak aku. Mungkin bomoh tu disuruh mengubat si perempuan yang nampak macam sakit tu. Cepat-cepat aku pindah sofa sebelah sini (tak ada dalam gambar). Kus semangat hahahaa... *aku sebut bomoh sebab dia tak macam ustaz-ustaz*

Okay... melalut pulak. So, cerita aku hari Rabu tu begini.

Sambil minum teh dan makan pau kacang, aku surf Internet. Aku kan main redah je trip kali ni gara-gara travel solo so semua initerari yang aku buat tu kelaut. Last-last aku decide, hari ini aku mesti ke Wisata Alam Kalibiru. Jumpa kat FB tour guide yang kiranya boleh dipercayai untuk bawak aku ke situ tapi dia mintak dalam Rp. 500 000 mak oiii... so tak jadilah. Aku ubah plan. Aku nak guna bas. Puas aku google, tapi tak jumpa cara nak ke Wisata Alam Kalibiru dengan bas. Serius takde. Google punya google, entah macam mana aku boleh jumpa perkataan Wates. Sebenarnya aku nak guna Ojek / Uber, tapi perkhidmatan tu boleh dalam lingkungan 25 km saja, dan Wisata Alam Kalibiru melebihi 25 km dari Malioboro.

Aku check dalam google map, bandar / pekan apa yang paling dekat dengan Wisata Alam Kalibiru, jumpalah Wates. Jadi, aku decide nak naik bas ke Wates.




Bas kat Jogja adalah sangat efficient. Maksudnya, memang kau boleh bergantung haraplah dengan bas kalau kat Jogja. Setiap bus stop sangat tersusun, ada staf yang akan jaga bus stop. Aku kan duduk Hotel Rama, di Jalan Sosrowijayan. Keluar saja dari lorong Sosrowijayan tu, belok kiri (lalu rumah kedai jual cenderamata), jalan sikit, then lintas jalan pergi seberang untuk ke bus stop. Sangat dekat.

Route yang dalam kepala aku macam ini:

Malioboro to Giwangan bus station : bas

Giwangan bus station to Wates : bas

Wates to Wisata Alam Kalibiru : van / kereta / ojek (motosikal)

Staf di bus stop tu kata, naik bas ini (aku lupalah bas nombor berapa sebab pergi Jogja pun bulan 6 hari tu).

Bas yang dimaksudkan sampai, aku pun naik. Ngok ngek ngok ngek, bas sampai kat airport. Erkk... airport? Kenapa airport pulak, aku nak ke Giwangan. Aku turunlah errr sebenarnya ikut orang. Aku rasa ada pertukaran bas, aku berani mati sajalah turun. 

Google lagi, check yang aku screenshot tadi, so memang betul, haa kena tukar bas pulak naik bas 3B. Cuba baca gambar kat bawah ni. Yang ada tulis: 

From Adi Sutjipto Airport. 
Then baca : From Giwangan Bus Station.

So, route yang aku buat memang betul.



Sampai saja bas 3B, aku pun naik. Kemudian sampai di Giwangan bus station. Okay... Giwangan bas station ni rupanya stesen bas yang agak besar. Mulanya aku macam nak panik gak, tapi bertenang ok. dah sampai sejauh ni, kita teruskan saja bebeh.

Aku tanya kat staf di bus stop, aku takmo tanya orang sembarangan. Staf bus stop sangat boleh dipercayai. Dia orang kata, stesen bas sebelah ni ada bas ke Wates. Aku jalan kaki keluar dari stesen bas Giwangan. Rupanya ada 2 stesen bas di sini, ke satu, tapi aku rasa macam 1, cuma terpisah oleh pagar ke ape tah.

Sampai kat stesen bas sebelah stesen bas Giwangan tu (sepelaung saja, meaning dekatlah), aku jumpa pulak bas nak ke Wates dan ya ampunnnnnn...

Setelah 2 hari dengan bas awam Jogja yang serba baru dan canggih dan cantik dan kemas, bas ke Wates ini ya Tuhan... uzur amat! Tapi, alang-alang menyeluk pekasamkan, aku naik sajalah. Tambang tak ingat tapi murahlah hahaa...

Bas Wates ni satu hal jugak. Masa bas tu berhenti kat lampu isyarat ke simpang ke tak ingat, ada pulak 2 orang lelaki naik. Sorang tu mainkan alat muzik yang tak sedap langsung, sorang lelaki lagi pergi dari seat ke seat sambil bawa tabung. Kalau ko suka muzik tu ko sedekahlah duit berapa-berapa kat dalam tabung tu. Masa team-pemuzik 1 naik, aku sedekahlah jugak. Masa team-pemuzik 2 naik (kat simpang lain), aku buat derk hehe... Aku cuak tau nak keluar duit lebih-lebih lagi dalam bas yang uzur macam ini. Lain betul dari bas yang kat bandar (Malioboro) sana.

Sampai Wates, yang aku rasa macam teramat jauh, aku turun. Wates ialah stesen bas yang sangat lengang. Wates ini pekan kut, tapi nak kata kecil tak adalah kecil, sebab stesen basnya oklah jugak cuma memang lengang. Ada kedai-kedai di sekitar stesen bas tapi aku sorang saja yang beli air oren di situ. 

Aku nampak sorang staf stesen bas yang berpakaian seragam, so aku pun datanglah dekat dia, sebab masa tu dia tengah duduk-duduk berbual dengan 2, 3 orang lagi. Ada perempuan jugak dengan dia berbual, aku rasa pompuan tu berniaga kat gerai di stesen bas itu.

So, aku tanya: nak ke Wisata Alam Kalibiru bagaimana? 

Ini aku tanya dengan amat yakin, sebab kalau ikut info yang aku google dengan gigihnya, Wisata Alam Kalibiru memang dah dekat dah dengan Wates. 

Lelaki tu kata, kalau nak ke Kalibiru, kena naik ojek. Alamak, kena naik motosikal ke?

Cepat-cepat dia panggil sorang lelaki lain yang turut sama lepak-lepak di situ. Aku tanya harga, so tawar-tawar dapat Rp.100 000 untuk pergi balik. Lelaki tu (dan ojeknya) akan tunggu aku di Wisata Alam Kalibiru untuk bawa aku kembali ke stesen bas Wates ini. Hmmm... okaylah kan. Berbanding harga tour guide yang mintak Rp.500 000 daripada aku.

Aku bonceng belakang ojek tu. Tak sempat amek gambar. 

Ke Wisata Alam Kalibiru ni jauh jugak dari Wates. Mula-mula lalu kampung, lelaki tu (nama dia Pinto), dia kata kampung tu kampung dia. Lepas lalu kampung, kena lintas landasan keretapi wahhhhh seram bangat dong! Tapi takde keretapi lalu pun hahahaa...

Lepas itu lalu waduk (tasik), masa ini masih guna jalan ala-ala highway yang luas dan elok.

Dan selepas itu jeng jeng jeng...



Ojek itu mula mendaki naik bukit. Ya ampun, nasib baik aku bawa beg sandang belakang, sebab tangan aku terpaksa pegang kiri kanan ojek tu dengan kukuh. Ko nak terjatuh dari ojek tu? Dahlah masa ojek tu naik bukit yang agak curam tu tarikan graviti bukan main kuat lagi. Aku 2, 3 kali rasa macam nak jatuh ke bawah (belakang).

Last-last tu sampai jugak yeayyyy...


Cantik tak, cantik tak?

Terubat gak hati aku yang sedih (sebab terpaksa travel sengsorang) bila dapat gambar ni weeehuuuu...

Kos untuk aku ke Wisata Alam Kalibiru ini, dengan menggunakan bas sepenuhnya, dan ojek ialah tidak melebihi Rp.150 000. Itu adalah termasuk tiket masuk dan cas ambik gambar kat atas. Gambar kat atas casnya ialah Rp.20 000. Aku ambik yang paling murah sebab spot ini yang paling tak ramai orang. Spot lain yang lebih lawa berbaris penuh weiii... Rp.20 000 tu untuk 4 keping gambar yang akan dimasukkan ke dalam handphone kita. So make sure korang bawak handphone yang tak mati bateri ke sana ok. Sebenarnya dia amek gambar banyak jugak, adalah dalam 6 ke 7 macam tu, nanti kita pilihlah 4 yang paling kita suka dan save dalam hp. 

Jurugambar tu offer nak ambil gambar aku banyak lagi, sebab masa tu tak ada orang sangat menunggu kat bawah pokok tu, tapi aku gayattttt hahaa... padahal bukan tinggi mana pun pokok tu. 


PERJALANAN BALIK JENG JENG JENG...

Perjalanan balik ke Wates adalah menyeramkan wuwuwuuu....

Kisahnya begini:

Setel semua di Wisata Alam Kalibiru, aku pun pergilah ke pintu keluar. Pinto dah ada menunggu di situ dengan ojeknya. Dia siap komen lagi, lumayan lama hihihiii... tapi takdelah lama sangat aku rasa. Sejamlah jugak sebab tunggu giliran.

Aku pun naiklah belakang ojek si Pinto tu dan dia pun pecutlah ojeknya keluar dari kawasan itu.

TIba-tiba... makin lama ojek tu bergerak, aku dah start rasa lain macam. Serius lain macam, sebab tiba-tiba saja kami macam lalu jalan yang berbeza dengan jalan yang kami lalui masa nak ke Kalibiru tadi.

Tapi aku still diam, cuma dalah hati aku dah start cuak. Aku kalau cuak bukan main-main, gerak hati aku memang selalu betul.

Ojek itu kemudian lalu di lorong kecil, kiri-kanan semua hutan. Kemudian di satu selekoh, tiba-tiba terjumpa pula seorang lelaki dengan ojeknya sedang duduk-duduk seorang diri di situ. Dah, aku dah makin cuak. Pinto sempat tegur lelaki itu, lepas itu ojek yang kami (aku & Pinto) naiki itu terus saja ke depan. Makin peliklah pula lorong ni. Serius, ya ampunnnn aku dah kumat-kamit dalam hati baca Qursi Fatihah apa semua, doa banyak-banyak Tuhan jauhkan aku dari segala mala petaka. 

Aku janji, lepas ni aku takkan buat kerja bahaya macam ni lagi. Matilah aku kalau Pinto ni ada niat tak baik dengan aku dahlah dalam hutan, dia lelaki, aku pompuan gila wehhh aku rasa nak nangis masa tu. Mak bapak aku tak tau aku travel sensorang, kawan baik aku je aku bagitahu, dan kawan yang sepatutnya pergi dengan aku ke sini. 


Tiba-tiba kami sampai kat jalan mati, jalan kat depan tu siap ada papan tulis jalan mati lah (woi aku lupalah dalam bahasa Indonesia tulisannya bagaimana, yang aku paham, ayat tu memang maksudnya jalan mati ke jalan ditutup).

Aku pandang tangan aku yang pegang botol air oren, menyesal pulak aku minum air oren tu sampai habis, sebab BOTOL YANG BERISI LEBIH BERAT BERBANDING BOTOL KOSONG. 

Korang paham tak. Aku perlukan senjata dan takkan botol kosong tu jadi senjata kut, sekali pukul kepala si Pinto ni, maunya dia gelakkan aku (kalau betul dia ada niat jahat).

"Jalannya ditutup. Salah jalan," kata si Pinto lalu dia pusing ojeknya. Masa dia cakap tu, aku perati ojek tu. Ok, ojek tu ialah skuter. Aku pandai naik skuter. Apa-apa hal berlaku, perkara pertama mesti aku buat ialah:

RAMPAS OJEK DAN PECUT OJEK JAUH-JAUH DARI SI PINTO.

Dalam hati macam-macam aku fikir, jangan-jangan si Pinto ni nak buat jahat kat aku, sebab tu dia patah balik sebab dia nak ajak kawan dia yang kat selekoh tadi buat jahat jugak kat aku wuwuwuwuuu... mak ampunkan aku. Nak nangis tau nak nangis....

Tapi, bila sampai kat selekoh tadi, dia lalu saja kawan dia tu, takde pulak dia berhenti. Kawan dia tu masih ada lagi duduk di selekoh tu dengan ojeknya, entah buat apa, layan perasaan kut.

"Boleh patah balik ambil gambar? Gambarnya lupa diambil..." tiba-tiba saja aku bersuara dari belakang si Pinto tu. Cepatlah akal... harapnya kalau aku cakap aku lupa ambil gambar, dia akan patah balik ke Wisata Alam Kalibiru dan lepas tu aku nak turun di Wisata Alam Kalibiru, aku nak tumpang van sapa-sapa balik ke bandar. Si Pinto ni aku bayarlah upahnya dan lantak dialah balik ke Wates sensorang.

"Ohhh... patah balik ke waduk ya?" tanyanya.

"Ya... ya... ke waduk." Waduk tu Wisata Alam Kalibiru ke? Entahlah... waduk pun waduklah.

Lepas tu ojek tu terus laju memecut. Kali ini aku dah rasa familiar dah dengan jalan sebab lalu kawasan kampung, ada kereta sebuah dua lalu di tepi kami. Masa kat atas ojek tu, aku ajaklah Pinto ni berbual-bual.

Dia tanya aku, aku belajar ke atau dah kerja. Aku jawablah aku dah kerja tapi aku tipu dia sorry Pinto. Aku cakap aku kerja di Kedutaan Malaysia nah kau. Kedutaan tu! 

Dia tanya, kerja kedutaan tu memang kerjanya jalan-jalan ke?

Aku jawab ya saja, kerja aku ni memang survey tempatlah begitu, cari tempat untuk dipromosi. Sebenarnya aku jawab begitu bersebab, dengan harapan, kalau dia ada apa-apa niat jahat kat aku, kalau aku hilang, haa seluruh kerajaan Malaysia akan carik aku, yalah, aku kan kerja pegawai pangkat tinggi Kedutaan Malaysia... ces temberang gak aku ni. 

Dia kata dia gugup dan gemuruh bila bawak aku ke Wisata Alam Kalibiru sebab itu salah jalan tadi, ini kali pertama dia jumpa orang Malaysia. Oh ye ke. 

Alamak, rasa bersalah pulak aku rasa sebab aku salah sangka kat Pinto ni tadi. Yalah, mestilah salah sangka. Dah dalam hutan, salah jalan pulak tu. Maunya tak cemas.

Pinto tunjukkan aku rumah dia, tak jauh dari landasan keretapi. Dia tinggal dengan ibu bapanya.

"Ibu ayahnya sihat?"
"Ya.. Alhamdulillah... sihat."

Ooo...muslim dia ni sebab dia cakap Alhamdulillah.

Dia cerita lagi dia anak bongsu, umurnya 32 tahun. Kakak / abangnya sudah kahwin (aku tak ingatlah dia ada kakak ke abang), so dia sajalah yang tinggal serumah dengan ibu bapanya.

Dia tunjukkan aku mana sekolah, klinik kesihatan di situ sebab Wisata Alam Kalibiru ni kan atas bukit. Bawah bukit tu ialah kampung si Pinto ni. Ada sawah kalau tak silap aku. Tak sempat ambik gambar.

Aku tanya pasal bulan Ramadan yang 2, 3 hari lagi nak datang, macam-macamlah aku bualkan dengan dia sebab nak bagi hilang cuak aku ni. Kut dengan cara berbual ni dia taklah sesat jalan lagi hehe.

Aku sempat bergambar kat Waduk Sermo, rupanya waduk tu tasik hahaa... adalah jugak aku ambik gambar Pinto ni berdiri di sebelah ojeknya. Senyum-senyum dia bila aku amek gambar. 

Then, kami lalu landasan keretapi yeayyyyy... masa tu aku dah lega betul dah. Kemudian sampailah di Wates hihihiii... dia turunkan aku di tepi pintu masuk stesen bas Wates dan bukannya di dalam kawasan stesen bas itu sebab dia kata tunggu sini saja, bas sampai nanti, terus naik. Kalau aku tunggu kat dalam kawasan stesen bas tu, penat nanti nak jalan ke arah bas, eh eh... baiklah pulak Pinto ni hehe...

Masa tu ada sorang pakcik berdiri di situ, tepi pintu masuk stesen bas Wates tu. Aku pujilah aku kata Pinto ni baik (walaupun tadi dalam hati Tuhan saja yang tau betapa takutnya aku masa kami sesat jalan tadi). Pakcik tu ketawa. Aku dah agak dah, mesti Pinto ni jenis orang yang nakal-nakal.

Aku bagi dia Rp.100 000, lepas tu dia kata, lumayan lama menunggu aku di Wisata Alam Kalibiru sana, takkan tak bagi lebih. Aku gelak dan bagi dia RM5, duit Malaysia. Buat kenang-kenangan.

Terpulanglah dia nak tukar ke IDR ke tak.

Terima kasih ya Pinto. Sorry salah sangka kat awak, gila tak takut. Dalam hutan tu. 

Maka, berakhirlah pengembaraan saya pada hari ketiga saya di Jogjakarta. Esok (Khamis) dah nak balik. 

Balik guna route yang sama:

Wates ke Giwangan : bas

Giwangan ke Airport : bas

Airport ke Malioboro : bas 1A

Masa naik bas dari airport ke Malioboro tu, satu masalah lagi timbul. Jalan Malioboro ditutup sebab ada perarakan petang ini. Nasib baiklah staf pembantu dalam bas (dalam bas ada pemandu bas & pembantu) tolong aku. Dalam bas tu ada walkie talkie, kami boleh dengar perbualan dalam walkie talkie tu. Pembantu bas tu kata bas tak boleh masuk ke Malioboro, dia suruh aku turun di bus stop sekian sekian, dan naik bas yang lain menuju ke Taman Pintar. Dari situ dah boleh jalan kaki (agak jauh) ke Malioboro.

Dipendekkan cerita, aku turun dari bas 1A ke satu bus stop lain, 1A tak boleh masuk ke Jalan Malioboro. Dari bus stop itu, aku naik bas ke Taman Pintar. Berhenti di Taman Pintar, aku dah penat dah, aku naik beca ke hotel. Agak jauh jugak, kesian pakcik yang kayuh beca tu. Rupanya ada perarakan sempena ape tah petang ni, masa beca tu dikayuh, nampaklah kontinjen-kontinjen ape tah sedang berbaris. 


Sampai hotel, sampai bilik, aku rasa macam, Alhamdulillah, syukur semuanya selamat. Betul-betul aku bersyukur.


Buat adik-kakak yang pompuanlah, janganlah buat kerja gila macam saya. Bahaya tau. Masa ojek sesat jalan dalam hutan tu, aku dah rasa memang dia ni nak buat jahat, tapi Tuhan itu kan Maha Agung Maha Kaya. Dia yang bolak-balikkan hati manusia kan. 

Sampai sekarang aku masih fikir, si Pinto ni memang salah jalan ke atau ada terlintas dalam hati dia nak buat jahat. Apa-apa pun aku anggap dia salah jalan, aku harap dia baik-baik saja di sana. 

Patutpun orang pompuan tak digalakkan travel sensorang. Lain kali harapnya aku tak buat lagilah kerja gila macam ini wuwuwuuu...









Wednesday, June 15, 2016

KEMBARA SOLO YOGYAKARTA: alamak... kena gi sorang ke?!

at 3:43 PM 5 jika kau rasa
Assalamualaikum

Sekarang kan, aku dah terer dah cari tiket 0 fare hewhewhew... Sejak jadi member BIG Air Asia ni, sejak selalu dapat email daripada Air Asia, wah, wah, bukan main lagi aku hahaa... Bulan 12 ni dah dapat tiket ke Surabaya, low fare (yang ni salah strategi sebab aku target 0 fare). Lepas dapat Surabaya, aku tak puas hati, yalah, lepas setel beli tiket Surabaya tu baru aku tahu ada beza antara low fare dengan 0 fare. Aku surf lagi AA, jumpa tiket 0 fare ke Medan. Gila betul, sanggup berjaga sampai jam 4 pagi. 

Tahajud pulak takde aku segigih macam ni @____@'

Nah, tiket aku KL-Surabaya-KL & KL-Medan-KL, jumlahnya RM250 sahaja. Beza antara Medan dan Surabaya tu sehari je. Maknanya lepas balik dari Surabaya, aku akan tidur semalam di KL lepas tu ke Medan pulak. Amacam, ganas tak ekekekee...

Semua itu setakat ini travel solo, geng takde lagi, tarikh tak nak cakap. Bahaya wooo... lepas pergi nanti aku cakap ya. Harap dapat pergi sebab masa tu Insya Allah aku dah sambung belajar hmmm... dan harap dapat kawan yang nak ikut sekali.

Okay, cuti sekolah bulan 6 hari tu aku pergi Jogjakarta. Sebenarnya kisah pergi Jogja ni agak sedih. Sebabnya aku dan kawan aku (dia org Sabah, cikgu gak) dah beli awal-awal tiket. Mulanya rancang macam ni:

1. KL ke Jakarta : by flight
2. Jakarta ke Jogja : by train
3. Jogja ke KL : by flight

Tapi, tarikh ke Jakarta tu sebenarnya Khamis, 26 Jun hari tu. Masa tu sekolah kan tak cuti lagi. Flight malam.

Aku punyalah confident akan dapat CRK hari Jumaat dengan mudah wuwuwuu... sekali haaa... kami dapat GB baru. GB lama tukar sekolah lain hujung tahun lepas. GB baru ni gila strict, aku nak submit borang CRK ya ampun tangan terketar-ketar.

Lepas tu, GB baru kami buat pula majlis sambutan Hari Guru hari Jumaat 27 Jun 2016, mak aiiii habis tiket aku ke Jakarta caneeee? Nasib baik tiket pergi balik dari Kch ke KL tak beli lagi tau. Entah kenapa suara hati aku kuat mengatakan aku takkan dapat CRK hari Jumaat tu. Haa... korang ingat cikgu-cikgu ni senang nak dapat Cuti Rehat Khas (CRK) yang 7 hari tu? Kalau setakat alasan nak pergi bercuti memang takkan dapat punya. End up, tak jadi aku submit CRK tu, nak mati bagi alasan pergi bercuti hmmm...

Okay, sambung cerita. So, aku dan kawan aku decide, kami beli tiket baru. Tapi kami beli direct ke Jogjakarta, 30 Jun 2016, Isnin. Masa tu cuti sekolah dah start. Dapat je tiket ke Jogja, aku proceed terus tiket KL-Kch-KL. Kalau international, aku guna Air Asia, tapi connecting flights (KL-Kch-KL) aku guna MAS sebab selamat lagi. MAS jarang delay tau.


Nak dijadikan cerita, flight MAS aku jam 5.30 pagi 30 Jun, flight Air Asia dalam jam 9 lebihlah. Aku ada 2 jam untuk bergerak dari KLIA ke KLIA2.

Subuh sempat di Kuching Airport, tapi yang buat lama tu masa nak check imigresen. Jam 4.30 pagi pun kaunter tak bukak lagi aduiii pilot MAS dan pramugara pramugari pun berbaris sama dengan kami, cuma mereka berbaris di kaunter premium. Dekat nak jam 5 pagi baru kaunter bukak, dan Alhamdulillah proses imigresen cepat. 

Setel imigresen, aku terus pergi surau, ambik wuduk siap-siap, dan bila masuk waktu terus solat Subuh. Bila selesai solat, masa sampai kat gate, eh, eh, nampak ramai lagi orang sedang elok berbaris. Fuh nasib baik sempat. Sebenarnya kan, dalam hati tadi terfikir nak ambil wuduk saja, lepas tu solat duduk dalam flight, tapi aku fikir kalau aku buat begitu, sah-sah Subuh aku entah ke mana. Nak pergi jauh ni ada hati lagi nak fikir tinggalkan solat *dasar sengal betul aku, kufur nikmat @_____@ *

Yang bestnya kalau naik MAS tentulah makan hihi... aku makan nasi goreng dan ikan. Sedap. Lepas tu tengok movie hehe... ni yang bestnya kapal terbang MAS. Tak jadilah nak baca buku tadi. 

Masa sampai KLIA, kawan aku dah WhatsApp tanya mana aku. Aku kate masuklah check-in dulu, jangan tunggu aku, kita jumpa depan gate boarding saja, tapi dia tak nak. Dia kate tak best masuk ke boarding gate sorang-sorang, so okay, takpelah.

Dari KLIA aku ke KLIA2 naik KLIA Transit, RM2 sahaja. 

And then it happened! Yang paling aku takuti.

Baru saja aku duduk dalam KLIA Transit, tak gerak pun lagi, kawan aku call. Eh, kenapa call?

Aku sambut je telefon, gopoh-gapah dia cakap kat aku, "Abang aku meninggal pagi tadi. Baru je family aku telefon. Aku terpaksa balik Sabah sekarang."


Aku dah macam... Ya Allah!

"Oh, okay," dah, tak tahu nak cakap apa lagi. Alamak. Kalau kawan aku balik Sabah, habis, aku nak ke Jogja dengan sape? Gila nak pergi sorang? 

"Aku tunggu kau sampai KLIA2, aku bagi pass check-in kau..." sambung kawan aku lagi. Aku minta dia check-in kan untuk aku, aku tak dapat nak print check-in pass sebab ink printer aku dah habis. Yalah, habis sebab aku print buku program malam Jumaat lepas. 

Sampai saja di KLIA2, terus aku cari kawan aku. Dia tunggu aku di departure level. Tak sempat peluk tanya khabar semua, dia terus saja bagi check-in pass kat aku, dan bagitahu aku, dia nak cari tiket flight balik Sabah sekarang. Habislah semua tiket dia ke Jogja yang pergi balik tu, dan tiket MAS dia balik ke KK Khamis nanti. Memang bukan rezeki dia nak ke Jogja kali ini. 

Dia kata abang dia sebelum ni sihat walafiat je, takde sakit apa-apa, siap pesan lagi minta belikan T-shirt Jogja. Abang dia muda lagi, belum kahwin, yalah, dah sampai ajal kan. 

Aku masa tu sebenarnya masih lagi tergamam, dalam hati terfikir, aku nak proceed Jogja atau just duduk KL 4 hari ni, sebab tiket aku balik Kuching Khamis nanti, ini baru Isnin. Kalau proceed ke Jogja, maknanya aku kena pergi sorang diri. 

Tanpa sedar, kaki aku dah melangkah ke arah wrapping centre di KLIA2 itu.



 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei