Friday, March 25, 2016

taraf berpencen masih sangkut

at 8:49 PM
Bagi pegawai kerajaan, kalau dah genap tiga tahun berkhidmat itu, tentulah nak masuk skim pencen kan. Haa... cemana aku boleh lupa ni. Macam dah lama sangat aku kerja, lepas tu baru tau yang aku belum masuk dalam skim pencen. Borang apa pun semua tak isi. 

Ni kisah tahun lepas sebenarnya. Masa tu aku minta salinan Kenyataan Perkhidmatan dari pihak PPD, sebab aku nak lengkapkan borang biasiswa HLP. kemudian staf PPD tu tanya, tak masuk skim pencen lagi ke. Aiyarrrkkkk... baru perasan aku dah terlebih cukup dalam perkhidmatan dan tak isi semua borang lagi untuk masuk skim pencen ni. 

So, aku pun isilah semua borang-borang berkaitan. Aku submit tu bulan 8 kut, lepas tu sekitar bulan 9 PPD hantar memo kata borang aku tak lengkap, takde salinan surat lantikan dan surat pengesahan jawatan. Aku pun hantarlah dokumen yang takde tu. Lepas tu aku tunggu...

tunggu...
tunggu...
dan tunggu...

Sampailah bulan lepas, tertanya-tanyalah aku kenapa masih lagi duit KWSP aku dipotong ya. 

Bila aku teleofn PPD, mereka kate dah diproses. Aik... dari tahun lepas lagi proses borang aku, takkan lama betul. Aku nak beli rumah ni, kalau potongan KWSP tu masih ada, nanti gov loan aku tak approve cemana wuwuwuuuu...

TIba-tiba aku jumpa link ini:


UrusanPEMBERIAN TARAF BERPENCEN
JawatanPEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41
Tarikh Agihan16/02/2016
StatusPermohonan anda telah diterima dan sedang diproses


Takkan tarikh agihan baru 16 Februari lepas? Borang submit dari bulan 9 tahun lepas. Dahlah aku demam hari ni, selsema lagi, jumpa statement begini, warghhhh rasa nak mengamuk.

Ke memang macam tu? Submit bulan ini, 5 bulan akan baru tarikh agihan (start diproses?). Hmmmpphh... malas nak cakap panjang-panjang.





0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei