Wednesday, February 18, 2015

cuti panjang yeayyy

at 6:38 PM
Assalamualaikum

Hectic! Hectic! Hectic!



Life sangat sibuk fuhhh macamlah orang lain tidak sibuk.  Pertandingan peringkat zon semuanya bertumpu bulan Mac ini, kegilaan apakah ini (^.^').

Sebelum ni aku selalu balik ke rumah awal, tapi mula dari minggu ini, aku dah start balik lewat. Sebab aku kena latih murid-murid untuk perbagai pertandingan peringkat zon. Lepas itu tarikh dekat-dekat pula. Tensen dah aku ni. Anak tekak macam nak terkeluar dah ni.

Nasib baik aku tak jadi plan backpacking cuti tahun baru cina ni. Plan backpacking cuti sekolah bulan 3 pun aku tak jadi. Susahnya nak carik geng. Geng ada tapi semua masa tak cun. Ada yang dapat pergi cuti sekolah bulan 3, tapi tak berani berdua saja. Kena bertiga. Yalah, kalau berdua, nanti yang sorang tu tak dapat diharap, yang sorang lagilah tak dapat diharap. Kurang-kurangnya kalau 3 orang, 3 heads are better than 2 cewaahhhh...

Dua minggu lepas sekolah kami buat sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Cikgu lelaki kena pakai jubah putih. Cikgu pompuan kena baju / jubah hitam. Nasib baik aku memang dah beli dah dress warna hitam huh dress tu.. kakakaaa... Tudung pula aku beli tudung hitam bawal yang baru bidang 60 inci. Labuh betul. 

Ni nak cerita pasal tudung labuh la ni. Wah... pakai tudung labuh ye sekarang eheheee...

Mula-mula aku tengok orang pakai tudung labuh dulu kan, aku macam err... apa yang bestnya pakai tudung labuh ni? Sape bajet stok ustazah-ustazah je yang suka pakai labuh-labuh gini. Aku bukan ustazah, jadi agak seganlah nak pakai. Tapi lepas itu, tengok kat internet ehh banyak yang pakai labuh-labuh gitu, rasa macam hemmm selesa kot.

Sekali aku cuba pakai, wahhh... best rupanya pakai tudung labuh ni. Senang nak belit-belit kepala, macam-macam pesen ko boleh buat. Kalau tudung biasa bukak 45 inci, adoyaiiii kainnya terhad nak buat lilit-lilit. Last-last, sebab seronok pakai tudung hitam yang labuhnya ya ampun tu hikhikhik... aku beli lagi 2 pasang tudung labuh jenis yang sama. Murah je. Jimat belanja tudung aku sekarang. Satu tudung tu harganya cuma RM15 je, itupun belum diskaun. Kedai tempat aku beli tudung tu tak payah ko mintak harga diskaun, dia terus bagi diskaun. Dapatlah RM13.50 untuk satu tudung tu. Murah kan.

Makanya, tak jadilah aku nak beli tudung aneka jenis yang berlambak dijual di alam maya sekarang ni. Lepas 3 hari berturut-turut aku pakai tudung bawal labuh tu, aku malulah pulak nak pakai tudung bawal bidang 45 inci yang kecik tu. Sebenarnya tak kecik, cuma... eh entahlah... macam seganlah pulak sebab best woooo pakai labuh-labuh. Rasa macam ehh... rasa macam princess frozen gitu hekhek... 

Eh, eh... berbalik pada cerita sambutan Maulidur Rasul sekolah kami. Biasa-biasa je, tapi banyak woo aktiviti Panitia PI ni. Ada pertandingan nasyid lagi. Pertandingan tu antara Unit Beruniform. Jadi, ada 4 pasukanlah yang bertanding sebab sekolah kami ada 4 Unit Beruniform. Lepas itu ada pertandingan melukis poster, yang ni dibuat awal. Hari kemuncaknya ialah pada hari sambutan Maulidur Rasul itulah. 

Esok cuti Tahun Baru Cina. Sekolah kami tetap sekolah Isnin, Selasa dan Rabu. Sekolah lain semua dah cuti harharhar... takpelah. Bukannya sekolah kami ada kaum Cina pun.

Selamat bercuti panjang semua. Ada sekolah yang cuti seminggu kan.




0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei