Monday, February 09, 2015

cabaran guru 1:tidur lewat

at 1:34 AM
Assalamualaikum

Amboi tajuk karangan... macam rajin benar bunyi aku tu. Apalah yang aku buat tengah malam buta begini, update blog pulak tu haha...

Tadi aku update data Sistem Maklumat Murid (SMM), dapatlah habiskan dalam 2 kelas. Nasib baiklah sekolah kami ni murid-murid tak ramai, jadi mudah saja kerja aku. Ralat pun cuma ralat murid baru saja, terutama murid pra sebab aku tak ada murid prasekolah. Esok baru nak minta dari PKHEM atau guru prasekolah.

SMM kena buat jugak, walaupun dah ada SPS. Sebabnya SMM ni dapat detect murid-murid yang layak dapat RMT, dapat kesan pendapatan ibu bapa, dapat kesan maklumat yang berbeza walaupun ibu bapanya sama haa macam-macam lagilah. Pendek kata (ehem... panjang tak kata ye), SMM dapat kesan segala kesilapan yang kita lakukan semasa proses memasukkan data ke dalam sistem. So, at the end of the day, kita akan dapat data yang jitu haa gituuu...

Tadi aku dah minum segelas kopi, terus mata ni segar betul. Ni nak tidur tapi takmo lelap pulak. Itulah yang update blog ni, pastu kalau takmo lelap jugak, aku nak lipat kain baju dulu. Almaklum azam tahun baru aku kan nak jadi rajin ekekekee...

Oklah... aku rasa dah cukup aku merapu tengah malam begini. Bye. Nak tidur dah ni. Esok je la aku lipat kain baju tu.

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei