Tuesday, February 03, 2015

SMM ohh SMM

at 6:40 PM
Assalamualaikum


Hari ini ada verifikasi data SMM di PPD. Penyelaras SMM diminta datang. Akulah tu. Sebab itu 2, 3 malam ni aku asyik tidur lewat sebab nak pastikan ralat SMM sekolah aku kosong. Ya, kosong kosong ... macam lagu Najwa Latif tu.

Sepatutnya boleh hantar data hardcopy dan softcopy tapi aku tak pasti jumlah murid yang dapat RMT. Ada ibu bapa yang bila isi borang SMM, tak letak gaji, tak letak pekerjaan, maklumat tak lengkap, macam-macam lagilah menyebabkan aku terpaksa guna data tahun lepas. Itu yang tak berani nak hantar, takut nanti data aku salah sebab bilangan murid sekolah aku yang dapat RMT adalah kurang dari yang dapat sekarang. Okay, biarlah tu dulu. Yang pastinya, data SMM aku ralatnya dah zero hip hip hurray!

On the other hand...

Beg aku putus tali. Dahlah masa ni aku nak berjimat bagai, masa inilah beg itu nak putus tali. Sebenarnya bukan putus tali, tapi cangkuk yang pegang tali tu patah. Aku cuba atur guna playar, tapi cangkuk + beg tu dah lama kut, so cangkuk tu macam dah reput sikit. Tak boleh nak atur. Kena cari cangkuk baru. Tapi, instead of carik cangkuk baru... hahahaa... aku telah survey beg baru... akakakaa...

Tadaa... aku carik kat Zalora. Sebab aku malas nak jalan kat kedai.

Pilihan pertama: coklat, formal dan boleh dipadankan dengan semua baju kurung. Hoi sape cikgu baru tu sila beli beg macam ini. Cikgu yang baru posting tu, mesti gaji korang kena tunggu dalam 2 atau 3 bulan baru masuk akaun kan. So belilah beg begini yang boleh padan dengan apa-apa pakaian dan apa-apa majlis. Jimat duit ahkak.

Pilihan kedua: santai (ceh... konon). warma tak boleh blah. Ni untuk aku keluar jalan-jalan. Harga bolehlah. Kurang RM100 untuk sebuah beg. Aku macam nak beli yang atas tu dulu. Yang bawak tu bulan satu lagi ihikkk...

Survey punya survey beg, last-last, yang koyak rabak itu juga yang aku bawa ke sekolah haih!


0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei