Assalamualaikum
Ye. Aku tahu aku telah menganaktirikan blog aku ni. Mentang-mentang dah banyak medium lain untuk aku menulis, jadi aku abaikan blog ini sampai bersawang.
Aku rasa macam dah tak menang tangan dah, mana nak update FB, mana nak letak gambar kat Instagram, mana nak jaga kelas aku sendiri, kelas aku kat sekolah tu dah macam tongkang pecah tahu tak. Dulu bukan main lagi aku beria-ia nak hias cantik-cantik, nak bagi selesa penuh kondusif, sekali tengok, ke laut semua.
Tapi tahun ini best. Yalah, banyak aktiviti peringkat zon aku masuk... eh, bukan aku masuk. Murid-murid sekolah aku masuk. Aku jadi jurulatih je pun.
Kalau tahun-tahun lepas, asal masuk je pertandingan, jangan haraplah sekolah kami menang. Memang bukan pasukan pilihan. Tapi tahun ini berbeza.
Yang pertama, dengan bulat hatinya, aku bawa pasukan sekolah aku masuk pertandingan bicara berirama. Peringkat Zon. Kategori Bahasa Melayu. Daripada 8 pasukan yang bertanding, tak sangka pulak, dapat tempat ketiga hahaa... sukanya aku masa tu.
Yalah, sebelum ni kalau masuk pertandingan, mana pernah menang. Ini alih-alih pertandingan besar macam ini, lawan pulak dengan sekolah-sekolah yang dah ada nama, sekolah kluster, sekolah yang besar-besar (dari segi bilangan murid), boleh pulak kami menang. Kami kan sekolah kecil, sekolah yang tak ada nama. Jadi bila dah menang macam tu, aku rasa macam bulan jatuh ke riba.
Lepas kejayaan kecil yang tak disangka tu, aku berani mati lagi masuk pertandingan teater boneka. Dan Alhamdulillah... dari berbelas pasukan sekolah rendah sekitar Kuching yang masuk, kami dapat nombor tiga yeayyy...
Kemudian, aku masuk lagi pertandingan bicara berirama, kali ini anjuran perpustakaan di bandar ini. Dapat nombor 3 kekekeee... dah 3 pertandingan kami masuk, semuanya dapat nombor 3. Gila aku tak terkejut dengan pencapaian tahun ini. Hampir semua pertandingan yang aku masuk dapat nombor.
Lepas itu pertandingan yang melibatkan acara berpasukan pula tu. Padahal sebelum ni, akulah yang paling tak suka kalau kena latih murid-murid dalam kumpulan yang ramai. Aku paling suka latih murid untuk pertandingan individu contohnya pidato & bercerita. Tapi tak pernah dapat rezeki menang. Alih-alih ini aku masuk pertandingan yang melibatkan kumpulan besar begini, dapat pula nombor. Mungkin memang dah tertulis bakat aku melatih ni sebenarnya untuk acara berpasukan kot amboiii... dah mula perasan lettew kahkahkah...
Insya Allah, umur panjang, tahun depan aku nak bawa lagi pasukan sekolah kami masuk pertandingan yang sama. Kali ini nak mantapkan skrip, mantapkan pergerakan, mantapkan segala-galalah. Mudah-mudahan kali ni dapat kejayaan lagi besar, amin. Korang pun tolonglah aminkan sekali ya.
0 jika kau rasa:
Post a Comment