Monday, September 15, 2014

UPSR BOCOR?

at 8:37 PM
Assalamualaikum

Berita hangatkan. Aku tak ikuti sangat perkembangan di media massa mahupun media sosial walaupun aku ni cikgu. Sebabnya sana-sini orang dok hentam cikgu kiri kanan atas bawah depan  belakang. Bosanlah dengar pasal itu. Mungkin benar ketirisan kebocoran soalan itu sememangnya berlaku. Ok, tapi tak nak cakap pasal itu. Ni nak cakap pasal benda lain.

Dulu kan, masa aku sekolah rendah, selalunya dalam kelas kami tu cikgu bahagikan murid-murid pada kumpulan. Ada kumpulan A, kumpulan B, kumpulan C dan kumpulan D. Yang kumpulan D tu, aku ingat lagi, meja mereka di tengah-tengah kelas. 

Selalunya cikgu akan ajar ramai-ramai, kami semua duduk atas lantai, lepas tu kumpulan A dan B naik atas duduk kat kerusi untuk buat kerja. Cikgu ajar lagi, terang elok-elok, lepas tu kumpulan C duduk atas kerusi. Bila giliran kumpulan D naik atas, duduk kat kerusi untuk buat kerja, aku tak faham kenapa cikgu selalu ambil kerusi extra dan duduk sekali sama-sama dengan murid-murid D tu. Yang aku tahu, kumpulan D tu, ahli-ahlinya tak berapa nak pandai. Ada yang tak lancar membaca, mengeja pun merangkak-rangkak. Lepas tu kerja mesti tak pernah nak siap cepat. Asyik lambat je.

Tahun berlalu. Satu hari, dalam tahun ni, aku dapat friend request dari FB seseorang yang aku kenal. Dia dulu duduk dalam kumpulan D dalam kelas kami. Aku accept jelah friend request tu. Kawan sekelas satu sekolah kan. Teringin juga nak tahu apa perkembangan hidup dia. Masih lagi ke tak pandai membaca.

Sekali tahu dia buat apa sekarang?

Tak silap aku Imam masjid. Tutur katanya dalam FB sopan sangat, takdelah nak memaki marah-marah cakap benda tak elok. Anak lelakinya waahh... sejuk mata memandang. Comel je, muka jernih sangat. Lepas itu, dia pandai mandikan jenazah. Ok, cakap dengan aku, zaman sekarang berapa ramai lelaki yang berani dan pandai mandikan jenazah, yang pandai imamkan solat jenazah.

UPSR dia tak silap aku takde A pun. C dan D kot. Satu A pun tak singgah.

Nampak tak point aku? Tak nampak? Ceh, buat penat je aku karang panjang-panjang.

Ok, tak perlu straight As untuk jadi 'manusia'. Tak perlu jadi pelajar cemerlang untuk jadi seorang yang dikagumi.

Dia mungkin hanya seorang tukang gunting rambut, tapi dia mampu untuk bagi duit belanja bulan-bulan pada ayah dan emak walaupun cuma RM50 sahaja.

Dia mungkin kerja jadi bilal atau imam masjid dengan gaji minimum, tapi belanja dapur rumah tak pernah diabaikan, anak isteri cukup makan cukup pakai hidup bahagia sederhana.

Dia mungkin cuma jual popia basah lulus SPM cukup makan masuk Poli masuk IKM masuk UiTM asyik gagal tak pernah lulus sebab otak jenis tak suka tengok huruf, tapi siapa sangka jual popia saja gajinya melebihi 4 angka setaraf lulusan U.

Tak perlu straight As itu semua. Memadai kau jadi manusia berguna.

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei