Friday, January 30, 2015

Random #1

at 12:15 AM
Assalamualaikum

Aku rasa aku memang tak pandai bahagikan masa. Kena sentiasa dipantau kerja-kerja yang aku buat haish...

Sistem Maklumat Murid (SMM) sepatutnya aku update awal-awal... tapi tengoklah. Malam ini baru aku terhegeh-hegeh nak update. Padahal borang SMM aku dah dapat awal-awal lagi. Minggu lepas lagi dah dapat. Aku bawa balik rumah, konon nak masukkan semua data murid baru ke dalam SMM di laptop aku. Sudahnya, sebagaimana borang-borang tu semua aku bawa balik, sebegitu jugalah borang-borang itu semua aku bawa semula ke sekolah.

Seterika baju memang tak pernah mampu untuk buat malam sebelumnya. Asyik-asyik seterika awal pagi. Tapi, minggu ni aku berjaya amalkan kembali tradisi bawa bekal makanan ke sekolah. Sebelum ni, buka sekolah je, aku beli nasi lemak / laksa Sarawak / laksa Penang / sandwich / mee goreng dsbnya di gerai-gerai tepi jalan yang aku lalu on the way nak ke sekolah. Tapi dah 3 hari ni tadi aku dapat juga masak nasi goreng di rumah. Sekejap je masak nasi goreng tu. Lima minit siap! 

Ala, senang je. Tumis bawang merah dan putih, masukkan nasi sejuk, pastu bubuh perencah nasi goreng segera. Suka hati nak pilih je perencah nasi goreng tu, ada nasi goreng tomyam, nasi goreng cina, nasi goreng belacan, nasi goreng kampung ehh macam-macamlah. Kalau nak lagi hebat, masukkanlah cebisan ayam ke, sayur-mayur ke, ikut koranglah.

Jadi, di situ belanja aku dah jimat. Masak sendiri bawa bekal makanan ke sekolah, aku dah boleh jimat dalam RM3 / RM4 gitu. Aku mesti gigih jimat duit. Aku kan banyak plan tahun ni, kononnyalah hahahaa...

Then, kelas aku dah dapat almari cantik. Untuk simpan buku-buku. Almari kelas Tahun 1 yang cikgu kelas tu tak nak guna lagi sebab dah buruk dan berlubang. Aku ambil. Guru Besar suruh pakcik guard sekolah cat warna hitam rak buku tu. Aku ingat nak syelek je, ada lagi lebihan syelek kat rumah ni. Tapi GB kata, dia ada setin cat hitam, tu cat blackboard. Katanya, since sekolah kami semua kelas dah pakai whiteboard, jadi cat blackboard takde tempat nak guna lagi, so dia kata baik guna cat tu untuk cat almari buruk tu.

Sekali lepas cat, wahhh kau... cantik sungguh. Betul. Macam baru. Macam mahal. Cuma lubang pada certain tempat kat almari tu memang tak dapat nak baikilah. Bolehlah kan... kelas aku mana ada almari besar gitu. Syukur Alhamdulillah dapat almari walaupun terpakai. Ada jugak tempat aku simpan balang-balang plastik tempat aku letak kad-kad perkataan (BBM).

Hmmm... aku dah mengantuk ni. Dari tadi asyik key in data murid ke dalam SMM. Esok due date untuk e operasi pulak. Dahlah esok kelas aku full. 

Okay... selamat malam semua. Aku ni dah tak rajin nak update blog. Bukak FB pun aku dah malas. Yang aku reti sekarang tulis cerita dongeng je hahaa... 




0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei