Monday, September 08, 2014

Ketua Pengawas UPSR: Part 1

at 1:10 PM
Assalamualaikum
Dah cerita pasal pengawas UPSR di hospital kan. Haa... kali ni nak cerita pengalaman tahun lepas aku, jadi Ketua Pengawas UPSR. Amboi... naik pangkat gitu. Eleh... naik pangkat konon hahaa statement nak sedapkan hati sendiri...
Sebenarnya aku tak pernah terfikir nak jaga budak-budak UPSR atau nak jadi Ketua Pengawas jaga peperiksaan. Tapi Guru Besar itulah, tiba-tiba suruh Setiausaha peperiksaan calonkan aku. Sudahlah ini kali kedua aku jaga peperiksaan, pertama kali kan tahun lepas, kena kat hospital pula tu. Ini kali kedua. Jadi bila terus dilantik jadi Ketua Pengawas, alamak... yang bermain-main dalam kepala aku tentulah, 'boleh ke aku buat', lepas tu asyik fikir 'macam mana nak bagi arahan pada pengawas-pengawas di bawah seliaan aku?'
Masa dapat surat tu, oh... oklah sebab pengawas UPSR yang lain di bawah seliaan aku cuma 2 orang sahaja hahahaa... mungkin pihak atasan tengok aku ni baru kut. Agaknyalah. Aku Ketua Pengawas (KP), ada seorang cikgu lelaki Cina jadi Pen. KP, dan seorang guru wanita pengawas biasa. Kami 3 orang sahaj jaga sekolah itu. Sekolah Gred B kalau tak silap aku, murid-murid tak ramai, ramai sikit sahaja dari murid-murid kat sekolah aku. Kiranya senang nak jagalah.
Masa taklimat KP tu, aku rasa macam aku yang paling muda eh ehhh perasan kahkahkah... ada lagi yang lebih muda dari aku, tapi... beza setahun dua je kot. Tapi yang paling cetek pengalaman memang akulah tu rasanya. Masuk dalam biliik taklimat, tempat taklimat di Pusat Kegiatan Guru, aku tercari-cari meja aku. Meja aku tu, ada nama sekolah yang bakal aku jaga.
Dapat meja saja, wah, ada kotak besar menunggu aku di atas meja tu. Setiap KP dibekalkan dengan satu kotak besar yang mengandungi pelbagai barang : fail berkaitan, plastic pembungkus, kertas jawapan, senarai nama calon, dan macam-macam lain yang berkaitan dengan peperiksaan.
Kiri kanan aku cikgu lelaki, agak senior, yang sorang tu dah selalu jadi KP. Dialah yang sekali-sekala terangkan pada aku yang agak blur ni mengenai tugas KP bilamana aku macam tak faham dengan penerangan ketua di hadapan.
Beberapa hari sebelum kakak kawasan kau ni ni nak melawat kawasan jajahan dia, aku sms dulu cikgu-cikgu pengawas yang bertugas sekali dengan aku. Seronok kerjasama dengan 2 cikgu tu. Baik, dan senang berurusan. Sekolah tempat aku jaga itu pun Alhamdulillah tak ada apa-apa masalah. Maklum bangunan baru, maka segala tempat exam, bilik kebal, tempat kami beroperasi, semuanya serba baru dan serba selesa.
Malam sebelum nak jaga exam tu, aku tidur jugak tapi tidur-tidur ayam, entah kenapa rasa macam takut sangat. Tengok, bukan calon exam dan kaum keluarga mereka saja yang takut, kami yang jadi pengawas peperiksaan ini pun takut jugak. Terutamanya orang yang baru pertama kali pegang jawatan KP macam aku ni. Aku rasa macam ada satu beban duduk atas bahu aku. Macam-macam bermain dalam kepala aku ni: janganlah aku silap bungkus kertas jawapan calon, jangan salah tulis alamat, jangan silap itu jangan salah ini adoiiii... tugas yang pada mulanya macam sangat best lama-lama jadi beban yang teramat berat sekali.
Dua hari sebelum ujian UPSR tu, hari Ahad, aku survey jalan ke sekolah tu. Aku tahu kawasan tu, tapi sekolah tu tak pernah pergi lagi. Aku sukat masa. Berapa masa yang aku ambil dari Unit Peperiksaan (tempat ambil kertas soalan) ke sekolah tersebut. Aku kena ikut jalan yang paling selamat, paling cepat sebab masa exam kena mula tepat pada waktunya. Naya kalau lambat. Selesai exam, kena hantar kertas jawapan terus ke Unit Peperiksaan, tak boleh tangguh. Hatta isi minyak kereta pun tak boleh. Nak isi minyak kereta, isi sebelum ambil kertas lagi. Berhenti beli air singgah beli pau semua tak boleh bila kertas ujian tu ada dalam kereta. Perghhh... mana aku tak cuak.
Tu kisah sebelum hari peperiksaan. Ada lagi kisah semasa dan selepas peperiksaan, nantilah kalau aku rajin aku update lagi k.
Sekarang nak pei kedai kain nak beli kain pasang merah putih sebab Jumaat ni sekolah kami ada sambutan Merdeka. Tema baju cikgu perempuan merah putih. Cikgu lelaki biru kuning hahahaaa... macam-macam.

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei