Tuesday, September 02, 2014

pengawas UPSR: hospital

at 9:57 AM
Assalamualaikum
 
Tak lama lagi UPSR kan. Lepas itu PT3, kemudian SPM menyusul. STPM lagi. Cikgu juga yang berdebar-debar. Tapi kan, aku rasa, yang lebih berdebar-debar, tentu cikgu yang kena lantik jadi pengawas peperiksaan kan kan kan...
 
Dah dua tahun aku jadi pengawas UPSR. Dua tahun lepas aku dilantik buat pertama kali, err... sebenarnya bukan dilantik. Kena paksa rela hahahaa... tapi walaupun paksa rela, seronok juga sebab aku kena jadi pengawas peperiksaan di hospital. Haa.. hospital tu! Kau mampu?

Jadi, hari ini sebenarnya nak cerita sedikit kisah aku jadi pengawas UPSR di hospital 2 tahun lepas.
 
Masa jadi pengawas peperiksaan di hospital, agak kejilah kalau aku katakan best. Yalah, hospital kan tempat orang sakit, lepas itu aku cakap best pulak.

Tak... jangan salah faham pulak. Part best tu sebab ini adalah pengalaman yang memang takkan dijual beli amboiii... yalah, bukan senang nak jadi pengawas peperiksaan di hospital, aku cuba minta sekali lagi tahun lepas tahu tak, tak dapat pun!
 
Yang tak bestnya, sebab kau terpaksa jaga budak yang sakit. Contoh, macam sakit sebab accident, kasihan tau tak... lagi 2 hari nak UPSR, tiba-tiba kemalangan. Lepas itu masuk ICU, tak sedar diri dan dalam koma. Peperiksaan kena tangguh. Yalah, soal ketentuan Allah s.w.t. ini siapalah yang dapat agak kan.

Kes lain, ada pula yang kena gastrik, punnnn nak juga ambil periksa di hospital padahal kami (cikgu, doktor, nurse) macam boleh agak yang budak tu takut nak ambil ujian sebab tak prepare, makanya buat-buat sakit. Gaya sakit tu pula, lebih sakit dari yang tak sakit.
 
Janganlah macam tu dik... nanti Allah s.w.t. bagi sakit betul-betul nanti, sampai ke sudah tak dapat ambil periksa. Yang betul-betul sakit dan terpaksa duduk wad tu, kasihan juga kami tengok, tengah-tengah buat soalan, tiba-tiba boleh rebah... terpaksa tangguh sekejap dulu ujian. Kena dapatkan rawatan doktor dulu, kemudian kalau dah sihat sikit, sekiranya doktor bagi kebenaran, dan dalam masa yang sama budak tu rasa dah stabil, baru kami benarkan sambung semula peperiksaan.
 
Jadual waktu bagi yang nak ambil periksa di hospital ini sama macam jadual waktu peperiksaan yang lain, cuma masa itu mungkin agak berbeza, selalunya terlewat setengah jam atau sejam. Ini semua sebab kadang-kadang kami kena ambil kira keadaan kesihatan pelajar yang sedang menduduki ujian tu. Murid tu kena kuarantin, kami kena jaga, sebabnya, yalah, mungkin di sekolah, ujian itu sudah berakhir, tapi kami di hospital baru saja mahu bermula, jadi murid a.k.a. pesakit itu kena kuarantinlah. Tapi jangan bimbang, kami para guru yang jaga peperiksaan di hospital ini tetap telus, ini kan amanah. Gitu.

Masa tu, kami ada 8 orang cikgu semuanya. Dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sebab berlainan wad. Setiap kumpulan ada seorang Ketua Pengawas dan seorang Pen. Ketua Pengawas.

Awal pagi, sampai je kami di hospital, kena sampai awal sangat sebab parking kat kawasan hospital kan sesak, kami sarapan di kafe dulu ahakss... lapar woii... nanti kena jaga budak-budak ni tak tahu sampai berapa, entah bila boleh makan lagi. Tapi yang pastinya, kami sarapan memang awal pagilah. Lepas Subuh saja, terus siap-siap dari rumah, dan pergi hospital, pergi awal semata-mata nak cup parking dan tak tergesa-gesa sarapan di kafe hahahaa...

Kalau di sekolah, selalunya para pengawas akan disediakan jamuan minum ala kadar oleh pihak sekolah. Kami yang di hospital ni, pandai-pandai kami sendirilah untuk makan minum.  

Lepas sarapan, kami akan cari pesakit. Selalunya Unit Peperiksaan akan update Ketua Pengawas tentang pesakit yang baru masuk, dan kami akan cari mereka duduk di wad mana. Lepas dah confirm berapa orang pesakit@calon UPSR untuk hari itu, Ketua Pengawas akan ke sekolah rendah berdekatan (memang sudah dibagitahu sekolah mana yang terlibat) untuk ambil kertas peperiksaan mengikut jumlah pesakit@calon. Tak lebih tak kurang.

Kertas peperiksaan hanya boleh diambil setelah peperiksaan di sekolah bermula. Kan ke sampul berkunci itu hanya boleh dibuka pada masa yang ditetapkan. Part kena tunggu sampul berkunci itu dibuka, dan part kena bawa balik soalan itu ke hospital (dari sekolah berdekatan) itulah yang menyebabkan calon yang menduduki peperiksaan di hospital selalunya mula ujian lewat setengah jam atau sejam. Paling-paling pun selalunya lewat setengah jam, sebab nak cari parking lagi, nak hantar kertas itu ke wad-wad lagi. Kena ingat ya, setiap calon yang sakit ini, bukan duduk di wad yang sama. Ada yang duduk di wad tulang, ada duduk di wad kecemasan. Haa... gitulah.

Dah clear sikit pasal calon yang menduduki peperiksaan di hospital ni?

Jadi, pada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan kali ini, harap dapat jaga kesihatan dengan baik. Susah tau jadi calon di hospital ni. Dahlah badan tak sihat, tumpuan mungkin agak kurang. Jadi, jaga diri baik-baik, jaga kesihatan.

Dan, selamat menduduki peperiksaan ya. UPSR minggu depan saja lagi kan. 
 
 


0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei