Tuesday, September 29, 2015

wasiat

at 8:45 PM
Assalamualaikum

Lama kan aku dah tak 'menulis' di sini. Inilah masalahnya kalau banyak sangat medium untuk meluahkan perasaan haha... cthnya FB. Akaun FB saja aku ada dua, wah banyaknya... nak buat apa akaun FB sampai 2 begitu. Satu untuk peribadi, iaitu keluarga dan kawan-kawan rapat. Satu lagi untuk promosi buku-buku akulah ... amboiiii... yalah, kan dah jadi penulis, haruslah rajin promosi hewhewhew...

Sebenarnya hati aku gundah gulana ni. Tak tahu kenapa. Tadi aku terbaca something dlm FB, lelaki tu kongsi cerita bos dia. Katanya, tiap kali bosnya hendak pergi mana-mana tempat yang jauh, out station ke, melancong ke, bosnya akan tinggalkan 'amanat' kepada pekerjanya. Antara amanat itu macam-macamlah... dan semua amanat itu yang penting-penting macam password komputer, fail-fail yang mengandungi maklumat penting tentang kerjanya, dan pelbagai lagilah. Okey... tak dapat tangkap? Bos dia bimbang sebenarnya, manalah tahu kan, ajal tiba-tiba menjemput beliau, dan apabila beliau meninggal, maka tidaklah 'peninggalannya' itu akan menyusahkan ramai pihak. Yalah, semua maklumat penting macam akaun bank, password itu ini, geran-geran, harta, hutang-piutang, semuanya beliau sudah wasiatkan awal-awal walaupun wasiat itu bukannya wasiat rasmi.

Aku terus terfikir, dan entah kenapa tiba-tiba saja aku rasa sedih. Bulan 12 ini kan aku nak pergi Krabi. Tahun depan nak ke Jogja pulak. Tiket semua dah beli siap-siap. Lepas itu baru malam tadi nampak AA offer tiket murah ke Surabaya. Aku nak pergi Surabaya sebab nak pergi Gunung Bromo. Tapi... tapi kan... bukankah laluan AA; KL - SURABAYA itu yang kapal terbangnya terhempas tahun lepas?

Cuak aku tau. Dan tiba-tiba saja aku rasa mati itu macam dekat sangat. Banyak benda pasal aku yang orang lain tak tahu, dan tiba-tiba saja aku rasa hendak buat wasiat. Yalah, manalah tahu kan. Ajal jodoh di tangan Dia. Ada 3 perkara yang jadi rahsiaNya : ajal, jodoh & rezeki.

Ya... lepas ni aku nak buat wasiat. Simpan dalam almari baju aku. In case lah anything jadi kat aku, sekurang-kurangnya somebody boleh tolong tutupkan akaun FB aku. Tak adalah kalau kita sudah meninggal, akaun FB kita masih lagi aktif. Kurang-kurang pun, adalah org tolong tutup.

Susah hati. Aku betul-betul susah hati. Maybe sebab aku dah lama tinggalkan tahajud. Maybe juga sebab aku dah banyak lalai.

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei