Saturday, April 04, 2015

SHELL in action

at 1:18 PM
Assalamualaikum

Dulu kan, sebelum aku jadi cikgu, aku ada banyak cita-cita. Nak jadi doktorlah, nak jadi ahli politiklah, nak jadi detektiflah, nak jadi pakar forensiklah, ceh macam-macam. Sekarang, bila aku dah jadi cikgu, aku mula terfikir, cikgu yang bagaimana aku mahu jadi?

Tahun berlalu, dari tak suka jadi cikgu, lama-lama aku pandai jatuh hati pula dengan kerjaya ini. Rasanya lebih kurang saja kan dengan cikgu-cikgu yang ada kat luar sana. Mula-mula jadi cikgu itu kerana terpaksa, lama-lama jatuh suka.

Jadi, aku mula berazam, kalau aku jadi cikgu, aku mahu jadik yang berdedikasi, macam arwah Cikgu Said (cikgu muzik sekolah rendah aku dulu), yang rajin latih murid-murid untuk pelbagai pertandingan. Letaklah murid yang bagaimanapun di tangannya, dia akan didik sampai jadi johan negeri Sarawak. 

Aku ingat lagi cikgu tu, masa kami Darjah 5 dulu, Cikgu Said latih kawan aku dalam pertandingan bercerita kisah-kisah Al-Quran sampai kawan aku jadi johan Sarawak kalau tak silap. Kemudian dia latih pula kawan aku yang sorang lagi dalam pertandingan syarahan, sampai jadi johan daerah. 

Sebelum Cikgu Said pindah sekolah kami, dia mengajar di sekolah yang tidak jauh dari sekolah kami. Di sekolah lama itu, beliau jugalah yang didik murid sekolah itu sampai jadi johan dan naib johan pertandingan bercerita anjuran siapa entah, aku tak ingat.

Jadi, aku berazam aku mahu jadi macam arwah Cikgu Said. Sebab itu aku secara sukarela, untuk latih murid-murid sekolah aku masuk dalam pelbagai pertandingan.

Paling terkini ialah ini: Pertandingan Lalu Lintas Shell Peringkat Bahagian Kuching.

Walaupun tak menang, tapi best sangat. Murid-murid semuanya bersemangat nak ikut pertandingan ni, lepas tu siap merungut lagi kat aku, kata kenapa tahun lepas tak masuk pertandingan ini kahkahkah...

Untuk Tahun 6, tahun depan tak dapatlah ya nak masuk lagi sebab korang semua dah masuk sekolah menengah. Yang Tahun 5 tu, Insya Allah panjang umur tahun depan kita ikut lagi.

Tahun depan kita target Top 3 k!



Hari pertama berlatih. Petang Jumaat. Tengok tu dengan baju kurung lagi. Aku tak pergi taklimat, jadi tak tahu ada sesi latihan diperuntukkan untuk setiap sekolah. 




Petang ini sekolah yang sepatutnya datang berlatih, tak datang. Jadi kami ada peluang guna pedal kart. 




Dekat sebelah litar tu ada taman rupanya. Habis berlatih, sementara menunggu van datang, kami main-main dulu di taman ini. Suka bukan main lagi budak-budak ni.




Haa... yang kat atas tu di hari pertandingan. Muka cuak semua kahkahkah...
Berlatih cuma 4 hari saja, 4 hari berturut-turut. Dahlah ini kali pertama. Tapi tak apa, yang penting kita kutip pengalaman itu. Kalah menang adat bertanding.

Semua peserta diberikan beg kain tempat simpan kad check point. 

Peserta 1-3 itu ialah pemandu pedal kart. 

Peserta 4-9 ialah penunggang basikal. 

Peserta 10-15 pula pejalan kaki. Dan peserta 16 ialah simpanan (akan menduduki ujian berkomputer).




Dah habis! Yang ini ialah pejalan kaki sekolah kami. Berjaya dapatkan cop setiap check point. Kurang dari masa yang ditetapkan dan TIDAK ada saman yeayyy!

Murid lelaki kami yang di tengah tu dapat tempat ketiga pejalan kaki terbaik double yeayyyy!

Daripada 146 orang pejalan kaki, salah seorang murid kami dapat tempat ketiga terbaik! Kembang kuncup cikgunya ini kahkahkah!




Yang kat atas tu gambat keenam-enam pejalan kaki kami. Semuanya berjaya dapatkan kesemua 10 cop di bawah masa yang ditetapkan. Masa yang ditetapkan ialah 15 minit. SEMUA TAK ADA SAMAN yeayyyy!



Hahahaa... habis pertandingan, kira saman. 14 saman semuanya... dari penunggang basikal dan pemandu pedal kart. Tak apa... kita belajar dari kesilapan k!



Pihak penganjur ada bagi peruntukan duit untuk pengangkutan dan makan minum peserta + guru pengiring.

Jadi, dengan duit tu kami pergi KFC kikikiiii....


Okay... sekian saja cerita aku.

Tak tahu sekolah kami dapat nombor berapa. Semua sekali ada 24 sekolah rendah bertanding. Harap-harap TOP 10 ekekee... tapi agak bangga juga sebab salah seorang murid kami dapat nombor 3 pejalan kaki terbaik.

Gambar cikgu mana? Hahahaa... cikgu tak payahlah. Cikgunya pemalu hahahaaa...




0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei