Sunday, November 23, 2014

Braces. Final.

at 11:13 AM
Assalamualaikum

Aku dah bukak braces. Yeayyy. Bukak Rabu lepas. Lega dah tak payah sibuk-sbuk dengan makanan yang lekat celah gigi kalau makan yikes hahahaa...

Tapi rasa agak janggal jugaklah bila takde braces. Rasa macam sayang nak buang pun ada. Aku start pakai braces ni Disember 2012. Bulan Ogos 2014 dah tak payah pakai lagi braces, cuma doktor masih nak aku pakai power chain, kalau tak silap akulah, aku bukannya tau sangat beza antara getah braces dengan power chain. Power chain tu nak bagi gigi aku statik dah sebab selepas lebih kurang satu tahun 6 bulan aku pakai braces, gigi aku dah statik, dah takkan gerak-gerak lagi. Cuma nak maintainkan gigi tu di tempat sekarang je. Tiga bulan pakai power chain, lepas tu Rabu lepas doktor bukak semua besi yang ada dalam mulut aku. 

Cabaran? Apa ya cabaran aku sepanjang pakai braces ni? Oklah... meh sini aku listkan antara cabaran yang aku hadapi masa pakai braces ni.

1. Orang sekeliling

Serius kau akan ditanya macam-macam & dipandang pelik. Tak terkecuali aku. Bila keluar mana-mana, kalau aku bercakap dan ketawa, orang pasti akan pandang gigi aku yang penuh braces kakakakaaa... tapi aku selalunya buat tak tahu. Murid-murid aku kecil tu, yang sekolah rendah tu, memang akan tanya direct je dengan aku. 

Kenapa pakai braces?
Kenapa ada besi dalam mulut?
Sakit tak?
Wahh.. warna pink.
Eh..eh.. cikgu tukar braces warna purple dah.
Mahal tak? Bayar berapa?

2. Fatwa dari segi agama

Ini pun ada. Aku dah rujuk sana-sini. Hukumnya harus. Bergantung dengan niat. Sila rujuk laman web berkenaan. Pandai-pandailah anda cari di Internet ya. Aku buat braces selepas fikir panjang. Sangat panjang. Alhamdulillah... kondisi gigi aku sekarang lebih elok, lebih senang dibersihkan, aku dah nampak dah gigi mana yang rosak, gigi mana yang perlu ditampal. Mudah-mudahan gigi aku yang ada sekarang akan dapat bertahan lama, dapat berbakti pada aku sehingga tua, Insya Allah. 

Yalah, dulu-dulu masa kecil malas jaga kebersihan gigi. Sekarang baru faham, pentingnya ada gigi yang sihat. 

3. Duit

Kena ada duit yang cukup untuk buat braces. Pendahuluan aku bayar RM2000. Lepas itu setiap bulan aku bayar RM250. Lepas itu bila dah lebih setengah tahun, aku bayar RM200 bulan-bulan. Dalam tempoh setahun setengah tu, aku dah setel dah bayar. Jumlah kos braces aku ni RM6000. Baki RM4000 itulah yang aku bayar secara ansuran setiap bulan. Setiap bulan kena tukar getah braces, dan lepas tukar itulah kita bayar kat klinik tu. Kalau dah habis bayar, tapi treatment tak habis lagi, takpe... treatment tetap akan berterusan. 


Lain-lain aku rasa takde apa sangat. Yang penting, kalau rasa nak buat braces tu, dan rasa macam tak yakin, sila jumpa doktor ortho untuk consultant. Tanya apa yang patut. Selain itu, google mengenai rawatan braces ini untuk lebih meyakinkan. 

Braces ini aku rekomenkan hanya untuk yang betul-betul ada masalah gigi yang agak teruk, errr... macam akulah hahahaaa... kalau gigi dah elok tu, tak payahlah sibuk nak pakai braces. Gigi aku lain. Overbite sangat. 

Apa itu overbite?

Next entry saya cerita lagi k.

Bye.




0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei