Saturday, December 13, 2014

Kembara Cambodia 1

at 3:35 PM
Assalamualaikum

Ni nak kongsi dengan pembaca kat luar sana ehh... ada ke pembacanya ahakss... 

Backpacking Tips!

Amboiii... baru sekali jadi backpacker, sibuk terus nak buat tips. 

Okay... ni tips-tips korang nak melancong dengan bajet yang murah ke Cambodia.

TIPS KEMBARA KE CAMBODIA CARA MURAH


1. Cari kawan. Kawan yang rapat dan pandai dan master tentang hal-hal mengembara dengan duit yang minimum. Nak pergi seorang boleh, tapi kami ni perempuan, kadar keberanian akan berganda sekiranya ada geng. Aku pergi dengan kawan aku dan adik dia.

2. Passport. Visa tak payah. Ke Cambodia, Malaysian tak perlu visa.

3. Tukar duit di Malaysia. Baik tukar di pengurup wang. Jangan tukar di bank atau airport sebab kadar tukaran di 2 tempat itu merugikan anda. Tukar awal. Jangan jadi macam saya, tukar last minute, jadi kadar tukaran tidak berapa bagus ehemm... Berapa saya bawa? USD300 = RM1020. Itu lebih dari cukup. Ada lebih lagi ni haa, dalam USD 100. Belanja kat sana lebih kurang USD200. Saya tak banyak membeli-belah eh.. ehh.. ye ke akakaa...

Ya, Cambodia menggunakan USD dlm urusan jual beli. Juga menggunakan Riel mereka sendiri, tapi elok lagi kalau bawa USD. USD1 = 4000 Riel 

4. Luggage jangan bawa banyak. Better guna beg sandang macam Deuter (lebih bergaya kahkahkah...) Trip kami ini ialah:

KL - Phnom Penh. 
Phnom Penh - Siem Reap
Siem Reap - KL

Tiket ke Cambodia, naik MAS. Pergi balik RM460, beli bulan 8. Tiket Kch - KL - Kch aku beli sendiri. Agak mahal sebab aku beli last minute cehh... padahal boleh je aku beli awal adoiii...

Phnom Penh to Siem Reap kami guna bot ekspress. Boleh guna pengangkutan darat tapi kami kan nak adventure ala-ala Indiana Jones. Maka sanggup naik bot ekspress. Kos bot ialah USD35 termasuk tuk-tuk dari hotel ke jeti (Phnom Penh) dan dari jeti ke hotel (Siem Reap).
  
5. Di Phnom Penh, tinggal di sekitar Central Market. Banyak hotel murah kat sini, cantik-cantik belaka. 

Kedai-kedai mudah, tuk-tuk mudah, Central Market boleh shopping kain. 

6. Bawa Maggi.

Ada kedai makan halal di bandar Phnom Penh, tapi 2 je kami jumpa kat Phnom Penh ni. Perkampungan Muslim ada, tapi jauh. Rela lagi kami makan Maggi. 

Ah-Man Restaurant & D'Wau (ini kat New York Hotel). Kadar sekali makan kat sini, USD4. Darablah RM3.5 (lebih kuranglah tu). Mahal, tapi sebab lapar nasi, terpaksalah. Sekali je makan kat dua-dua tempat tu.

Lain-lain, kami makan mee segera hahahaa... sila bawa stok mee segera banyak-banyak dari Malaysia ya. Aku setiap hari minta telur rebus dari hotel. Mahal woo telur rebus. 2 biji = USD 1.50.

7. Kawan aku buat itineraries detail. Hari pertama nak buat apa, hari kedua nak buat apa. Korang better survey dan buat sendiri, boleh bajet berapa banyak duit nak pakai. 

8. Ubat bawa siap-siap dari Malaysia. Tapi jangan risau, kat Phnom Penh sini kedai dia best. Kalau farmasi, farmasilah sederet. Kalau kedai kereta, kedai keretalah sederet. Tapi, lagi senang kalau bawa siap-siap Panadol ke dari Malaysia.

9. Charger. Bawa extension. Sebab kat sini berebut kami nak cas tab, hp, kamera dll. Plug cuma dua.


Okay. Dahlah tu. Nanti entry terbaru, kalau rajin, aku bagitau lagi secara detail apa kami buat di sana. Kami pergi 6 hari. Dari Ahad sampai Jumaat. Nah... ni bonus. Gambar Central Market.


1 jika kau rasa:

zulfahami zahari on 4:06 PM said...

wah, dah berani berbackpack!

dulu saya pernah gak pergi cambodia, tapi tak sampai la ke siam reap tengok angkor wat.

just pegi killing field, muzium tuol sleng genocide (betul ke ejaannya?), central market, russian market, royal palace, temple wat phnom dan pusing2 sekitar bandar phnom penh..

pegi pun sekejap je..

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei