Thursday, January 05, 2017

minggu pertama 2017

at 7:25 PM
Assalamualaikum

Sesi persekolahan yang baru bermula. Buat pertama kali dalam sejarah aku bergelar cikgu, aku tak berada di sekolah pun. Rindu sebenarnya nak sibuk-sibuk hias kelas, nak pakai baju cantik-cantik di hari pertama sekolah, tapi aku pasti satu hari nanti, aku lebih rindukan zaman bergelar pelajar sekarang.

Tadi aku ternampak seorang kawan aku post dalam Facebook, katanya minggu pertama sekolah ini segala-galanya serba kekurangan di kelas Tahun 1 nya. Dekorasi kelas yang ala kadar, dengan bajet yang minima (bajet cikgu itu sendiri keluarkan, sebab sekolah tak bagi bajet katanya). Walaubagaimanapun, katanya anak-anak didik Tahun 1 itu tetap bersemangat meneruskan  persekolahan.

Dulu, masa aku mula-mula jadi cikgu, aku teringat aku sangat kedekut mahu keluarkan duit untuk hias kelas. Maka duduklah aku dalam kelas pemulihan aku tu (waktu itu aku menumpang di kuarters guru) dalam keadaan serba daif. Dinding putih tidak bercat, dan satu BBM pun tidak ada di dinding kelas. Sebagaimana keadaan kelas aku terima di awal tahun, sebegitu jugalah keadaan kelas sepanjang setahun aku di situ.

Kemudian seorang guru baru datang, PK KK baru sekolah kami. Pejabatnya berkongsi dengan kelas aku, sebuah bilik tidur di kuarters guru itu dia jadikan sebagai pejabatnya sebab masa itu sekolah kami kekurangan bilik. PK KK itu pula seorang yang sangat pengemas dan suka keadaan yang cantik-cantik. Dari bilik tidur yang buruk, dia cat semula kelasnya dan jadikan sebuah pejabat yang cukup cantik.

Masa itu aku bagaikan baru terbuka mata dan minda. Duit yang PK KK itu gunakan untuk dekorasi pejabatnya semua duit gajinya sendiri. Masa itu aku rasa betul-betul tercabar. Aku graduan kejuruteraan, pelajar cemerlang KPLI, tapi kelas yang buruk ini pun aku tak boleh handle. End up, aku cat kelas aku cantik-cantik, meja aku alaskan dengan pembalut hadiah dan plastik lutsinar, skirting aku beli kain ela dan aku just jahit sisi kain tu (bakar guna lilin pun boleh untuk matikan benang yang berjuntai), langsir beli kain yang langsir yang tebal dan mahal (tingkap aku cuma 3 saja jadi bajet langsir tak banyak). Langsir aku gantung dengan dawai.

Aku tiba-tiba teringat dengan semua ini sebab aku terbaca status kawan aku tadi. Di sekolah lama tempat aku bertugas, sebelum sesi persekolahan yang baru, kami guru-guru akan pastikan keadaan kelas adalah kondusif, dihias secantik yang boleh untuk murid-murid kami. Mesin laminate sekolah sudah rosak, dan memiliki mesin laminate sendiri adalah perkara yang common di sekolah kami. Setakat hendak print tag nama budak siap kartun-kartun, itu adalah sesuatu yang biasa di sekolah kami, walaupun bajet itu sendiri yang keluarkan.

Cikgu, jadi guru tidak usah berkira. Setakat lima puluh ringgit ke seratus itu, usahlah berkira. Insya Allah, 'dunia-sebelah-sana' nanti akan kita tuai hasilnya. Jangan berkeluh-kesah cikgu kalau setakat hendak beli kad manila dan marker dengan duit kita sendiri. Dulu aku selalu juga mengeluh, semuanya duit sendiri, tapi, betul kata mantan PK KK kami dulu, rezeki itu tidak pernah rasa tidak cukup, bila kita ikhlas untuk anak-anak didik kita.

Have fun mengajar. 

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei