Tuesday, October 04, 2016

Campus life & Chowrasta

at 12:17 PM
Assalamualaikum

Life as a student cewaaahhh... kemain ayat mula-mula.

Seronoklah, sebab dah jadi pelajar semula. Tak payah nak fikir mengenai hal ehwal sekolah, tak payah nak sibuk-sibuk seterika baju kurung dan tudung pagi-pagi ahaksss... 

Sekarang aku pergi kelas pun, pakai seluar panjang dan blouse labuh. Dahlah tak bawa banyak baju ke sini, makanya, blouse apa yang ada itu sajalah yang aku pakai. Nanti Insya Allah, cuti mid sem aku balik rumah, aku angkutlah lagi apa-apa baju yang perlu. Tak nak bawa banyak sangat baju-baju ke kampus, nak ikut si Mak Zukebek hahahaaa... dia kan ada baju kelabu yang sama sampai nam puloh pasang kahkahkah...

Aku tak nak soal pakaian memenuhi kepala aku waahh gitew.

Walaupun dah tak bergelar cikgu, aku masih lagi buat hal-hal berkaitan data mengenai sekolah. Sikit je pun, tak banyak. Data sekolah aku kira sudah stabil, jadi tugas aku dulu sebagai guru data sebenarnya tak banyak. Cuma hantar laporan tertentu bila tiba saatnya, dan kalau pentadbir minta tolong apa-apa hal berkaitan data, aku tolonglah apa yang mampu.

Aku full time student di sini. Orang lain rata-ratanya part time. Yalah, mereka ni duduk dekat-dekat kampus, paling jauh pun Perlis. Majoritinya Penang dan Kedah. Maka senanglah nak ulang-alik. Aku duduk dalam kampus. Kelas aku cuma lewat petang dan malam. Kadang-kadang rasa macam, sama juga macam yang part time. Aku full time 1.5 tahun. Yang part time 2 tahun. Beza 1 semester saja pun. Cumanya kan, kelebihan aku ialah: 

CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA

Hehe itu je pon. Syukurlah dapat biasiswa kan, lepaslah beban nak bayar yuran apa semua tu. Dapat merasa duduk kampus, dapat merasa hidup ala-ala student semula setelah bertahun-tahun aku lepaskan semua tu cewaahhh.


Semalam aku jalan-jalan kat Georgetown, pegi kedai buku terpakai kat Chowrasta lagi hikhik. Aku naik uber dari Komtar sebab tak tahu jalan ke sana, padahal kalau ikut dalam google map, dekat je pun. 

Mulanya aku tanya teksi, tapi teksi minta RM15 gila mahal weh. Aku mintak kurang, dia bagi RM12. Takmolah aku sebab aku naik uber dari Georgetown ke USM pun baru RM15, padahal jauh tu pusat bandar dengan USM. Macamlah aku tak tahu Chowrasta tu dekat dengan Komtar. Sekarang bukan macam dulu, sekarang boleh cek dah guna google map GPS semua. Bos teksi tu tanya aku, aku nak berapa. Aku kata bawah RM10 lah. Dia takmo. Oklah, takmo sudah. Aku merajuk dah, terus aku pusing belakang. Dia panggil lagi aku nak bagi harga murah lagi, ah malas dah.

Aku panggil Uber, haa... RM3.83 je pon ke Chowrasta dari Komtar. Itu pun sebab jam. Driver Uber tu siap kata kat aku lagi, dekat je Komtar dengan Chowrasta ni, jalan kaki lurus je, tuju ke arah bangunan Komtar yang tinggi melangit tu. 

Aku tanya teksi tadi sebab entah kenapa hati aku masih suka lagi kat teksi, teksi kan berdaftar, tapi kalau dah mahal macam tu, jauh tahu tak beza RM12 dan RM3.83. Satu lagi pemandu teksi ni, entah kenapa aku rasa bahasa mereka agak kasar.

Pemandu teksi yang mula-mula aku tanya tadi, Cina. Dia baik, agak berusia juga. Bila aku kata nak ke Chowrasta, dia panggil bos dia, mungkin kalau nak ambil penumpang ni, kena ikut giliran dan harga mesti tetap agaknya. Sebab tu kena rujuk bos dulu kot. Haa... bos dia inilah yang aku tak suka. Kasar semacam je bila cakap dengan aku. Ego tak bertempat. dahlah aku jenis cepat merajuk, kecil hati aku bila dia main-mainkan harga. Mula-mula RM15, pastu turun RM12, kemudian bila aku pusing belakang dah berlalu pergi, dia panggil lagi nak bagi harga kurang lagi dari itu. Tak baik macam itu tahu tak.

Ya, tak semua pemandu teksi kasar, tapi, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 

Tak boleh ke cakap berhemah dan sopan-santun? Yang pemandu teksi Cina tu boleh je cakap elok-elok dan sopan dengan aku, tapi bila si bos dia cakap ngan aku, waahhh... over betul. Sombong, macamlah tak ada transport lain dalam dunia ni nak bawa aku ke Chowrasta. 

Pleaselah... tak rugi mana pun kalau kita berhemah kan. 




0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei