Friday, June 19, 2015

Puasa Day 1: HLP 2015

at 3:22 AM
Assalamualaikum

Sebenarnya mungkin ini akan jadi entry pertama dan terakhir di bulan Ramadan ini ahaks... tak tahu kenapa dah malas sangat dah nak menaip kat blog ni. Tapi lepas tu jangan hairan pula dua tiga hari kemudian nampak entry panjang berjela dan setiap hari ada hmpphh...

Cuti sekolah dah habis tapi aku baru je pergi sekolah semalam kakakaa... sebab Isnin - Rabu aku ada bengkel alam sekitar yeayyy...

Sebenarnya bengkel tu untuk guru penasihat Kelab PALS tapi aku ni kan bidan terjun, yalah, siapa lagi yang suka bermalam di tempat jauh tersorok macam di Taman Negara tu kalau tidak aku. Lagipun, tak payah buat RPH kahkahkah... jahat sungguh (^,^').

Khamis aku datang sekolah tiba-tiba dok aku menyapu kelas pemulihan aku yang bersepah dengan tahi cicak (yang pantang kalau tak disapu, boleh jadi sekilo kut tahi cicak tu), PK HEM bagi surat kat aku. Esoknya, Jumaat, aku kena attend taklimat pulak dah. Yeayyy lagi. Sukenya hahaha...

Oklah... kenapa kut aku suke sangat. Mebe sebab aku: 

1. tak perlu buat RPH - benci ah buat RPH benda yang sama tiap hari.
2. aku takde semangat nak mengajar - ok, ini fakta bukan auta.

Tak tahu kenapa takde semangat nak mengajar, aku rasa aku perlukan sesuatu pemangkin untuk boost semangat aku, macam er... tiket flight ke Surabaya kut hahahaa... nak tengok Gunung Bromo ni sebenarnya ah.


Aku rasa mungkin aku sekarang berada di dalam zon selesa, dah terlalu lama di sekolah aku sekarang, maka aku jadi hilang semangat hendak bertugas. Oleh itu, aku betul-betul harap aku akan dapat Hadiah Latihan Persekutuan 2015 which is dah boleh mohon sekarang silalah mohon kut-kut kita bersua di tempat temuduga nah ini link HLP 2015

Lepas tu sila tonton video ini, ada sikit info mengenai HLP ini;


Dan... selamat menyambut Ramadan untuk semua umat Islam yang membaca blog aku, err... kalau adalah.



0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei