Assalamualaikum
Untuk para guru, mesti tahu mengenai ithink kan? Dah siap ke? Mesti ramai dah siap. Aku masih lagi terkial-kial nak habiskan semua modul. Tinggal 2 modul je lagi.
Baru habis buat ujian kat bawah ni. Markah lulus 60%. Aku dapat 75% je. Jadilah. Ingat tadi boleh dapat 90% ceh... macam mana nak dapat markah 90 lebih kalau masa modul ithink tu 'sibuk mengajar' aku dok tengok baju yang orang jual online.
Yang kat bawah ni pula dapat 80%. Ini modul yang second last aku buat. Bolehlah kan.
Nasib baiklah mak aku dah masak sarapan pagi, siap dengan kopi dan teh lagi. Aku pula awal pagi lagi dah ambil sepinggan mee goreng dan buat segelas milo panas, lepas tu dengan meenya, dengan milonya, terus duduk depan laptop buka ithink.
Gigih betul.
Agak sadis betul dapat anak macam aku yang lebih mengutamakan kerja sekolah. Tapi bertuahlah bos-bos yang dapat pekerja gigih macam aku ceh...
Selepas menyibuk bertanyakan khabar berita ithink korang, ni nak tanya... pernah dengar tak mengenai Teachers Pay Teachers? Ini laman web luar negara, fungsinya ada baaaaaanyakkkkk Bahan Bantu Mengajar (BBM) kat situ untuk korang download secara percuma ataupun berbayar. Tapi kalau nak beli, kenalah beli dalam USD ya, guna PayPal.
Aku ada upload BBM kat situ, percuma je kalau korang nak. Silalah jenguk laman web TpT tu. Nah ini link. Jangan nak malas. Tak lama lagi sekolah buka. Kena prepare banyak BBM.
Kalau nak cari BBM yang aku upload, sila taip nama aku kat situ. Aku guna nama Cikgu Wawa. Pandai-pandailah korang cari ya.
Kalau tak nak BBM free dari aku pun takpe, ada banyak lagi BBM orang lain yang bes-bes. Yang penting, kena rajin browse kat sekian BBM yang melambak kat situ.
1 jika kau rasa:
medan menguji ketabahan..ithink, klik pastu tenung skrin..bosan..klik lagi..bosan.. (sila ulang banyak kali)
hahaha..
Post a Comment