Tuesday, January 06, 2015

~ guru data ~

at 10:45 AM
Assalamualaikum

Okay... tajuk macam serius. Abaikan tajuk. Mulanya aku nak letak tajuk tu "Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)" tapi lepas tu aku cuak sebab sekarang awal tahun dan semua guru data sibuk dengan SPS yang asyiiiiikkkkk dalam penyelenggaraan tu, nanti kalau diaorang google mesti link akan bawa ke blog aku ni. Kang tetibe lak aku jadi femes sebab mengutuk SPS *kahkahkah*

Hmmphh! Memang patut pun aku mengutuk SPS. Sebab apa? Gigih tahu tak, tahun lepas aku key in data murid-murid sekolah aku masuk dalam SPS. Dahlah masukkan data secara manual, taip satu-satu, dengan nama studentnya, no.IC, alamat, kelas, no. surat beranak, adik-beradik, agama, bla bla bla... nasib baik hobi dan cita-cita takde.

Nasib baik sekolah aku, muridnya tak cecah pun 200 orang. Kalau sekolah yang gred A tu, nah berbakul-bakullah kejian dan cacian pada SPS ni. 

SPS ni kononnya lebih efisien sebab semua yang melibatkan pendidikan ada dalam tu. 

EMIS, E-OPERASI, APDM, SMM dan bla bla bla... semualah kononnya ada dalam SPS. Makanya nanti, kalau nak access maklumat guru, tak payah buka EMIS. Rujuk SPS je. 

Nak data murid, tak payah buka SMM, rujuk SPS. Even parents pun boleh semak data anak-anak mereka dalam SPS. 

Nak data sekolah... ada dalam SPS.

Okay... itu tahun lepas. 2014. Aku gembiralah masa tu sebab kerja jadi guru data akan jadi lebih mudah. Sebabnya, banyak sangatlah segala macam "e" yang aku nak kena ingat. Bila ada SPS, okay, bagus. *sambil tepuk bahu sendiri*

Then... hujung tahun lepas dapat arahan pula SPS dalam penyelenggaraan. Maksud aku SPS yang asal. *SILA GUNA SPS BARU*

Meaning? SPS ada alamat baru. So aku klik alamat baru.

Lepas tu. Apa jadi?






Aku ketawa berdekah-dekah. 

Okay... atas tu tipu (@___@') Tapi memang betul pun aku nak tergelak. Hahahaaa... gelak tensen ok.


MANA PERGINYA SEMUA DATA YANG AKU KEY IN TAHUN LEPAS? KEY IN TENGAH MALAM OKAY... *krik krik krik*

Ini adalah SPS lama.




Ini pula SPS baru.


Kalau klik PENGURUSAN SEKOLAH, link akan bawa ke eMIS.

Kalau klik PENGURUSAN GURU, link akan bawa ke e-Operasi.

Kalau klik PENGURUSAN MURID, link akan bawa ke APDM.

Apekah? Balik pada sistem lama jugak sudahnya. Hai... pi mai pi mai tang tu jugak.



SPS baru ni, bagi aku serupa je macam MUKA DEPAN sebuah buku. 

Selak Bab 1, baca kisah 1. 
Selak Bab 2, baca kisah 2. 
Selak Bab 3, baca kisah 3.

Apesal korang kat KPM baru dapat idea macam ini lewat sangat? Dah hujung 2014 baru dapat idea bernas macam ini? Kenapa sepanjang 2014 dulu tak pula idea macam ini kunjung datang? Mesti sesiapa yang dalam AJK Tertinggi SPS ni baru tersedar ekk *banyak masalah rupanya SPS Lama* so korang decide untuk buat SPS baru yang sebenarnya TAKDE APA-APA PUN. Just buat cover muka depan baru, pastu bagi link semua kat APDM, EMIS dan e-Operasi. Amboiiii...

Batalkanlah terus SPS Lama tu... yang ini maksud aku...


Duit untuk buat research pasal SPS tu baik korang bagi kat sekolah aku, boleh jugak kelas aku dapat barang sebuah almari fail baru. 

Ada sape-sape pegawai kat JPN ke baca blog ni?

Kelas saya takde rak, takde almari, takde tiles. Lantai simen tapi tepi-tepi lantai dah mendap, dah bergabung dengan tanah dah. Anai-anai sibuk 'drill' kelas saya setiap masa.

I WANTTHIS FOR MY CLASS!


Second hand pun takpe. Pandailah cikgu sekolah kami tu baiki cat syelek balik semua tu. 

Dah. 
Aku dah penat dah menaip.




2 jika kau rasa:

zulfahami zahari on 1:29 PM said...

SPS ni sudah termaktub dalam salah satu usaha/pelan ke arah PPPM.

nak tak nak.. tak boleh dimansuhkan macam tu sahaja walaupun kurang berjaya.

kita sebagai kumpulan pelaksana yang kena tempiasnya..

tahniah jadi guru data, bukan calang-calang kerja tau..

~ wawa di sini ~ on 5:14 PM said...

Hahaa... cuak tetibe dapat '1 comment awaiting moderation' haha... ingatkan ketua sektor mana tah nak bagi komen sebab merungut pasal SPS ekekee...

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei