Sunday, November 08, 2015

Hadiah Latihan Persekutuan 2016 (1) : Yeayyyy... temuduga.

at 2:54 PM
Assalamualaikum

Untuk kali kedua, aku mencuba lagi memohon Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Sebenarnya tahun lepas aku ada mohon, tapi masa tu aku main redah saja pejabat Pengarah konon-konon nak minta tandatangan pengesahan Pengarah haha.... rupa-rupanya kena pergi ke Bahagian Latihan dulu.

Baiklah, HLP yang aku nak mohon ini khusus untuk pendidik a.k.a cikgulah tu. Tahun lepas aku tergesa-gesa mohon, borang tak complete lagi, dengan takde gambarnya, aku pergi ke pejabat Pengarah. Terkejut staf yang ada kat depan pintu Pengarah tu tengok aku, dia kata dah pergi ke Bahagian Latihan ke? Aku kata belum. Ooo... rupa-rupanya kena ke Bahagian Latihan dulu. Jadi aku tunggu lif, dan ke Bahagian Latihan dulu.

Sampai Bahagian Latihan, tak sangka pula staf di kaunter itu cek borang aku. dia kata mana gambar? Ehek... aku kata lepas dapat sign Pengarah barulah aku nak pergi bergambar di kedai aiyarkkkkk... boleh ke gitu? Opkoslah tak boleh kawan-kawan. Dia kata borang permohonan kena lengkap semua barulah mereka akan submit kepada Pengarah untuk dapatkan tandatangan bagi tujuan pengesahan. Lepas itu, mereka akan tolong poskan borang kita itu ke Putrajaya. Ayaaaa.... macam itu ke? Lagipun kata staf itu, hari itu Pengarah tak ada di pejabat, minggu depan pun belum tentu ada juga. Dia tanya kenapa aku nak minta pengesahan tu lewat sangat? 

Manalah aku tahu kan. Ingatkan Pengarah memang ada 24 jam kat pejabat hem nampaknya tak jadilah aku nak submit borang tu. 

Tapi... itu kisah tahun lepas. Tahun ini aku cuba sekali lagi. Selalu jugalah aku lawat laman web KPM, tengok-tengok kalau borang permohonan sudah keluar ke belum. Alhamdulillah, sempatlah isi borang tu. Sempat submit ke Bahagian Latihan di JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) dan dipanggil untuk temuduga.

Insya Allah temuduga aku dalam minggu ini. Doakanlah aku berjaya ya. 


4 jika kau rasa:

nurwafiy on 9:01 AM said...

Assalammualaikum cikgu, tahniah kerana disenarai pendek untuk ditemuduga. Bagaimana dengan keputusan temuduga sebab kalau tak silap saya sesi 2016 ni adalah untuk kemasukan bulan September 2016 kan?

~ wawa di sini ~ on 9:28 AM said...

Waalaikumsalam. Keputusan tak ada lagi. Selalunya keputusan melalui laman web www.moe.gov.my tapi saya selalu check sana, tak ada pun. Ke saya yang tak dapat errkkk (^,^').

nurwafiy on 7:20 AM said...

saya difahamkan bahawa keputusan temuduga program hlp sesi 2016 dibekukan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak huhu..biasalah penyesuaian bajet :)

Unknown on 4:22 PM said...

Mungkin ditangguhkn me tahun hadapan atau ditamatkan kerana tiara bajet.

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei