Monday, November 07, 2016

November rain

at 6:21 PM
Assalamualaikum

Minggu pertama aku di USM, aku rasa terlalu banyak masa terluang. Aku duduk di library, baca buku pantun (ye, buku pantun sebab masa tu tak tahu nak baca buku apa lagi), lepas itu jumpa rak buku novel-novel, siap pinjam lagi 2 buah novel. Nasib baik pihak library hadkan cuma boleh meminjam 2 buah novel sahaja, yang lain-lain tu buku ilmiah, kalau tak memang aku dah sambar sampai 10 novel errkkk...

Selepas 2 bulan berlalu, kini tiba bulan November, beban tugasan makin terasa banyak. Sangaaaaat banyak. Elaun sara diri sudah diterima. Elaun buku & elaun perkakas pun sudah kami terima. Alhamdulillah untuk itu. Cuma urusan perpindahan pembayaran gaji aku dari PT lama ke BT belum lagi selesai.

Cuti pertengahan semester yang lepas aku balik kampung hihi. Sempatlah jugak pergi majlis khatam Al-Quran sekolah lama aku. Sedih jugak sebenarnya, sebab aku sekarang bergelar guru, tapi guru-tanpa-sekolah. Nama aku sudah dipindahkan ke Unit Latihan. Maknanya, aku tiada dalam mana-mana sekolah. Nama aku sudah dikeluarkan dari e-operasi. Terapung-apunglah ni. Hari Guru tahun depan, cikgu lain sibuk sambut hari guru, aku diam-diam sajalah di kampus hmmm... 

Seronok bergelar pelajar, tapi yang tak bestnya, rakan sekelas lain rata-ratanya muda-muda dari aku. Mana tidak, mereka tu habis saja degree terus sambung sarjana. Kalau tak pun, kerja setahun dua, lepas itu sambung sarjana. Majoriti rakan sekelas aku buat part time, yalah, sebab rumah dekat-dekat dengan USM. Paling jauh pun Perlis. Seronoklah macam tu. Aku dulu nak buat sarjana kat UNIMAS pun fikir empat puluh lima kali, sebab UNIMAS tak banyak kursus. Memanglah degree aku dalam engineering, tapi sebab aku dah jadi cikgu, susah sikitlah nak buat master dalam engineering. Lainlah kalau aku nak mohon pensyarah, tapi nak mohon jadi pensyarah pun bukannya senang.  

Aku harap lepas habis HLP ini, insya Allah harapnya GOT (Graduate On Time) atau GBT (Graduate Before Time), aku ditempatkan bukan di sekolah. Tak tahulah kenapa. Aku rasa macam dah tak nak lagi duduk di sekolah. Aku nak kerja opis pulak wahhh melampau hahahaa...

Mungkin sebab aku rasa sekolah lama tempat aku mengajar dulu terlalu best, so aku macam dah tawar hati nak kembali ke sekolah. Teringin juga sebenarnya nak ke pejabat, nak buat kerja-kerja yang tak deal sangat dengan murid, rasanya macam lebih kena dengan jiwa aku sekarang.

Tulis lemau-lemau ni mungkin sebab satu hari ni asyik hujan saja hehe... hence the title: November rain.

0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei