Monday, June 20, 2016

KEMBARA SOLO YOGYAKARTA 2: solo female travel to Maliboro

at 1:23 PM
Assalamualaikum

Jujurnya, aku tak pernah menyangka aku akan seberani ini buat trip solo ke luar negara. Terfikir tu pernah, tapi rasanya memang takkan tercapai sebab mesti mak ayah aku takkan bagi kebenaran. Lagipun agak mahal kos kalau travel seorang diri. Banyak benda kita boleh jimat kalau travel dalam kumpulan.

Tapi, nak buat cemana. Kawan aku terpaksa balik KK, aku pula sayang dengan tiket flight aku. Apa aku nak buat 4 hari duduk KL (kalau tak jadi ke Jogja), KL tu dah habis dah aku tawaf masa jadi student dulu +__________+

So, aku naik sajala flight AA ke Jogja.

Masa tunggu nak masuk ke pesawat, ramai juga muka-muka Malaysian (muka Melayu aku kenallah). Rata-ratanya pergi dengan keluarga masing-masing. Ni mesti dapat tiket promo macam aku gak hikhik...

Aku duduk seat D (dekat aisle), yalah, sebab aku tak beli seat (nak murah punya pasal). Selalu kalau aku naik flight, aku akan pilih seat dekat tingkap sebab suka tengok luar tingkap.

Seat E, student perempuan. Seat F (dekat tingkap), abang dia kut. Mulanya aku ingatkan suami dia, tapi bila mereka berdua saling berbual dengan 2 orang wanita yang duduk di seat depan kami, oh, ni mesti sekeluarga ni.

Budak perempuan tu peramah betul. Dahlah cantik, sopan-santun. Dia tanya aku, akak pergi sorang ke? Ha-ah, aku kata. Aku terangkanlah pasal kawan aku yang emergency balik KK tadi sebab abang dia meninggal. 

Budak perempuan tu rupanya student UIA, baru habis Asasi. Aku jeling-jeling buku yang dia bawa, oh, baca buku Hamka ya. Teringin nak tanya buku tu best ke, sebab aku ada hati nak beli gak.

Aku habiskan masa dalam flight dengan membaca, sebab takde TV kat depan seat aku. Makan pun aku tak beli, dasar kedekut penjimat duit, ini penjimatan berganda tahu.

Masa dalam flight tu, aku sibuk fikir, nak proceed ke tidak stay di hotel yang aku booked sebelum ni. Aku tempah hotel melalui Booking.com. Kalau jadi hotel tu, habislah Rupiah aku nanti. Aku plan baik aku stay hostel je, tapi hostel tu pun macam tak available masa aku check di KLIA2 tadi (masa tunggu nak boarding).

Kawan aku sempat message aku tadi, kata dia dapat flight jam 9 pagilah gitu, Alhamdulillah. Sempat dia pesan kat aku supaya baik-baik saja, waaahhhhh sedihhh tau aku. Mana tak sedih, travel sorang-sorang. Cuak tahu tak.

Teringin nak tanya student perempuan yang duduk sebelah aku dalam flight ni, mereka stay hotel mana. Kut-kut hotel berpatutan, aku nak menginap di tempat yang sama errkkk wuwuwuuu... tapi segan lak nak tanya. Pastu, masa aku baca buku puisi, sempat otak aku 'berjalan' ke sana-sini, takut tak usah cakaplah. Gila cuak. Mak ayah aku tak tahu pun aku pergi sorang ni, kalau tahu memang dia orang susah hati. Tiba-tiba saja mata aku bergenang dengan air mata huhuhuuu... orang Sarawak kata 'congek'=mudah menangis.

Sedih pasal travel sorang satu hal, sedih pasal abang kawan yang tiba-tiba saja meninggal satu hal lagi. 

Masa flight dah mendarat di Jogja, budak perempuan yang duduk sebelah aku tu sempat pesan, "Akak, good luck ya travel sorang-sorang." Waaahhhh... lagilah aku macam nak nanges.

Turun dari flight, aku decide nak cari bas. Nak ke Malioboro, sebab hotel yang aku tempah tu area situ.

Tambang bas murah saja, IDR 3600. 

Dari airport kena keluar dari perkarangan airport tu untuk ke perhentian bas (bus stop dia kat area parkir kereta, aku baru perasan hari ni masa tulis entry ni haha). Jalan je, kalau tak pasti, tanya GPS - Ganggu Penduduk Sekitar :p

Masa di bangunan yang menempatkan pintu masuk ke terminal bas tu, ada banyak kedai-kedai. Kat sini kena beli sim kad, tapi bila aku tanya harga sim kad kat situ, agak mahal, tak ingatlah berapa. So, aku tak beli kat sini. Semua maklumat aku dah screenshot dalam tab aku.

Naik bas, aku menuju ke Jalan Malioboro. Masa on the way ke Malioboro tu, lalu depan hotel yang aku tempah minggu lepas. Wah, agak mewah dari luar. Kalau menginap di situ, agak mahal sebab aku sorang. Lainlah kalau 2 orang, boleh share. 

Part naik bas ni sebenarnya bagus jugak, sebab aku kan berdiri sepanjang masa dalam bas, jadi, mata aku memang tak lepas dari tengok keadaan di luar bas. Nampaklah hotel-hotel yang aku pernah survey harganya kat Agoda & Booking.com. Kalau naik teksi tadi, for sure memang aku tak bagi tumpuan pada setiap jalan yang dilalui.

Bas yang aku naik tu bas 1A. Bas moden dan bersih. Ada tulisan keluar kat skrin display kat bahagian atas sebelah depan dinding bas. Kalau dah sampai satu-satu destinasi, ada suara keluar, Halte Malioboro haa cam gitulah. Halte tu dari perkataan 'Halt' kut. Maksudnya 'stop' atau lebih tepat 'perhentian'.

Bila sampai di Jalan Malioboro, entah kenapa aku tiba-tiba decide nak turun. Hentam sajalah. Kali ni aku travel memang main redah semua. Semua itinerary yang aku buat sebelum nak pergi dulu, aku dah campak tepi dah. Yang ada dalam fikiran aku sekarang, cari mana-mana hotel, dan dapatkan tempat tidur. Selebihnya, aku nak jalan-jalan ke, nak melepak dalam bilik saja ke, itu lain cerita.

Rupanya pilihan aku tu memang err... agak tepat jugak. Maliboro ni rupanya banyak deretan kedai-kedai jual cenderamata. Tempat ramai pelancong. Hotel pun banyak. Nak yang murah nak yang mahal, 3 star hotel pun ada.

Aku masuk satu demi satu hotel yang aku nampak, tanya harga semalam. Semuanya atas IDR 400,000 semalam aduhhh. Yalah, dah yang aku masuk tu hotel cantik-cantik cet.

Fikir punya fikir, aku menginap di Hotel Rama. Owner lelaki Muslim. Satu bilik yang ada aircond (takde water heater), harganya IDR250,000. Agak mahal juga, tapi tengoklah. Yang ada kipas angin saja IDr 150,000 semalam. 

Mungkin lepas ni aku boleh jalan-jalan untuk cari hotel lain yang lebih murah untuk malam seterusnya. Aku sebenarnya target nak ke EDU Hostel, owner Hotel Rama tu baik pulak, dia kata agak jauh dari sini. 

Owner tu suruh aku tengok keadaan bilik dulu. Bilik aku ke belakang sikit, tingkat bawah. Bangunan hotel tu cuma 2 tingkat saja. Aku tanya, takde ke bilik depan-depan sikit, tingkat atas kalau boleh. Dia hairan kenapa aku nak bilik macam tu. Tingkat bawahlah bagus katanya, dekat dengan pintu. Tak penat berjalan. Aku suka tingkat atas sebab suka pemandangan. 

Bilik tu ada katil queen sebuah, TV model lama, dinding belakang katil ada wallpaper, bilik mandi simple saja, bilik basic sajalah.

Aku terus kata setuju hahahaa...

Murah dah ni tau, aku fikir nak rehat saja masa tu.

So, aku bayar harga bilik untuk semalam saja dulu. Bayar terus IDR 250,000. Kata owner tu, malam esok pun aku boleh menginap di situ, tapi malam ketiga (malam last aku di Jogja), bilik tu dah ada yang tempah, so aku terpaksa keluar dari bilik tu.

Hem, takpe ah. Lepas rehat apa semua, aku nak survey hotel lain.


5 jika kau rasa:

zulfahami zahari on 1:40 PM said...

Kat area jalan malioboro memang banyak hotel.. kalau walk-in cari hotel memang tak ada masalah. Tahniah kerana berjaya harung sorang-sorang!

Saya dulu pun pernah buat trip main redah je. Seminggu lebih kat pulau jawa. Dari Semarang ke Jogja, lepas tu ambik tren ke Jakarta. Semuanya tak ada tempah hotel awal-awal, walk-in je.. Memang mencabar sikit la bab nak cari penginapan yang murah dan bagus.

Planning asal travel ke Semarang(jawa tengah) nak ke Karimunjawa, dah dua kali cuba tapi laut bergelora. Terpaksa batalkannya dan akhirnya tersadai kat Jepara semalaman, dari sana naik minivan ke jogja. Kat Jogja sempat la ke candi borobodur, candi prambanan dan beberapa tempat menarik kat sana. Next, naik keretapi dari pagi di Jogja, lewat petang baru sampai ke Jakarta. Nyaris-nyaris tertinggal flite sebab shopping last minute kat kat Tanah Abang (gara-gara kakak ipar tahu saya berada di Jakarta saat-saat akhir!)

Trip tu semua saya tak tulis dalam blog. Catatan perjalanannya entah ke mana entah.. tapi gambar still ada lagi. hihi..

~ wawa di sini ~ on 10:21 AM said...

Planning asal dari Kl to Jakarta by flight, then Jakarta to Jogja by train, tapi tak dapat CRK hahaa... tarikh nak pegi tu 26 Mei (sekolah tak cuti lagi erkk...). Teringin nak naik train kat Indonesia, mesti best.

Miss Excuse-me on 5:24 PM said...

tahniah berjaya travel solo...thn lps pn sy terpaksa travel solo ke Kuching sbb kawan tetiba cancel...pegi jugak sbb syg tiket flight tu walaupun takut dan mak pun mcm x bg pegi...tp Alhamdulillah dpt la sedikit keberanian then tahun ni berjaya travel solo ke Ho Chi Minh plak...mmg research gila2 ms nk pegi tu...tp awak mmg berani main redah je ye...kagum tgk traveller yg berani...pegi x ke borobodur tu? teringin la nak ke sana...

~ wawa di sini ~ on 5:26 PM said...

Borobodur tak pegi sebab bajet duit. Duit banyak habis kat hotel sebab duduk sorang kan wuwuwu. Tapi saya pegi candi Prambanan, kira ok gaklah hihi.

jemie on 1:15 AM said...

Cadangan hotel area malioboro

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei