Saturday, January 30, 2016

Kereta vs Rumah

at 6:21 PM

Masa aku mula-mula tamat belajar dulu, aku beli skuter. Bulan-bulan bayar RM130 gitu. Ke sana-sini seronok naik skuter. Hatta pergi sekolah untuk mengajar pun masih aku naik skuter padahal cikgu perempuan kawasan bandar ini, rata-ratanya naik kereta.

Selepas 6 bulan mengajar (posting di sekolah), baru aku beli kereta. Kat sini (Sarawak), kena ada kenderaan sendiri kalau hendak bergerak ke mana-mana. Boleh guna kenderaan awam, tapi amatlah tidak fleksibel sebab kita hendak pergi kerja awal pagi. Kat sini manalah ada komuter yang cekap dan efisien macam di kawasan KL sana. 

Catatan di atas dari sebuah buku. Aku kira penulisnya memang tinggal di kawasan KL yang mempunyai kemudahan LRT, dan pengangkutan awam lain yang cekap. Naik motosikal memang bagus, tapi kita kena fikir banyak perkara terutama sekali cikgu perempuan macam aku. 

Aku ke sekolah, setiap hari memang bawa laptop, beg kerja dan bekal makanan. Kalau pagi-pagi hujan, terpaksa bergerak awal ke sekolah sebab tidak boleh menunggang skuter dengan laju. Kena perlahan sebab jalan licin. Jadi di sini, aku sememangnya tidak bersetuju dengan point nombor 9. Hampir semua kawan-kawan aku sebaik saja bekerja memang membeli kereta cuma pilihan kereta itu yang menentukan tahap kebijaksanaan seseorang.

Ada kawan baik aku, mula-mula kerja jadi jurutera, terus beli kereta Kancil. Katanya jarak dari rumah sewa ke kilang agak jauh, dan itu ialah kawasan perindustrian, jadi agak bahaya sekiranya bermotosikal. Pendek kata, kereta itu bukan untuk melawa. Zaman sekarang, kereta ialah satu keperluan. Kita hendak ke tempat kerja kena ada kenderaan. Kalau di KL lainlah, LRT ada. Kalau aku duduk di KL pun, aku malas nak beli kenderaan sendiri. Seronok lagi naik LRT (ini pendapat akulah). 

Point no. 11 pun dah salah. Ada ke yang beli kereta sebab nak tayang waktu konvo? Aku pergi konvo naik teksi & jalan kaki je hehee... (dari tempat menginap ke dewan konvo). Menginap pun di kolej kediaman universiti (masa konvo dulu). Kawan-kawan aku yang lain pun sama, sebab bukan semua orang belajar di kampus berdekatan dengan rumah. Kami pergi konvo takde niat pun nak tayang kereta nak tayang harta. Nak jumpa kawan nak tanya khabar berita mungkin ya. Nak tayang harta tidak sama sekali. 

Memang betul apa yang penting sekarang ialah beli rumah. Tapi kereta bagi aku, tetap satu keperluan. Kita boleh dapat kedua-duanya kalau bijak merencana.

Kereta memang liabiliti, tapi ia tetap keperluan.


0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei