Thursday, October 01, 2015

WhatsApp

at 10:21 AM
Assalamualaikum

Siapa tak tahu WhatsApp hehe? Dulu aku pun tak tahu gak, almaklumlah hp cikai jenis baling ke tanah, simen pun pecah. Lepas tu bila aku beli Samsung Note, kawan aku suruh aku install WhatsApp supaya lebih senang kami berdua bermesej secara percuma. Kalau guna sms kan ke kena bayar. Tentulah nak yang percuma kan.

Bila dah install... takdelah terpengaruh sangat. Yalah, nombor baru jadi tak ramai yang tahu aku ada WhatsApp. Lagipun aku tak berapa suka sebab WhatsApp ni takde privasi. Nampak muka kita, lebih-lebih lagi kalau kita guna muka sendiri sebagai profile picture.

Lepas itu timbul pula grup-grup WhatsApp. 

1. Ada grup Whatsapp tempat kerja.
2. Grup Whatsapp geng sekolah rendah.
3. Geng universiti dan macam-macam lagilah. 

Mula-mula masuk grup tu, sehari kalau tak buka Whatsapp, kadang-kadang sampai seribu lebih mesej. Tiga ribu pun pernah, yalah, dah dekat 50 orang dalam grup tu, dan lebih separuh bercakap akak menaip. Semua benda nak update, semua benda nak cerita. Kadang-kadang tu sampai hal-hal yang tak sepatutnya pun diceritakan. Ikhtilat tak dijaga.



Susah tau. Mula-mula masuk grup Whatsapp dulu, terutamanya grup kawan sekolah rendah, terasa macam semua benda aku nak cakap. Dah bertahun tak jumpa, mestilah banyak cerita. Lama-lama aku jadi bosan sebab penceritaan dah melalut sana-sini. Yang suami orang bergurau tanpa batasan dengan isteri orang, walaupun tak nampak wajah, cuma bergurau dalam WhatsApp, tapi tetap aku rasa adab pergaulan itu tidak dijaga dengan sepatutnya.

Aku pernah baca buku karya Ustazah Fatimah Syarha. Betul apa kata beliau dalam buku tu, kalau kita jaga diri kita Insya Allah pasangan hidup yang kita dapat pun adalah cerminan diri kita. Begitulah yang aku faham bila baca buku tu. Kalau dah si lelaki A bergurau tanpa had dengan isteri orang, tak mustahil isteri lelaki A itu juga ada grup Whatsapp sendiri dan tak mustahil isteri lelaki A itu juga bergurau tanpa had dengan suami orang.

Ikhtilat. Susahnya hendak jaga ikhtilat dalam pergaulan.

Setakat ini grup Whatsapp yang aku ada, 6 grup sahaja. Tiga untuk urusan kerja, update hanya perkara yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Satu lagi grup sekolah rendah, 1 lagi grup diploma, 1 lagi grup degree.

Yang paling aktif grup sekolah rendah. Terasa macam nak keluar pun ada dr grup tu sebab dah melalut ke banyak benda tak sepatutnya tapi yalah, kita hendak jaga hati orang.

Jadi, aku tidak baca mesej-mesej dalam WhatsApp grup sekolah rendah tu. Aku cuma clear conversation saja. 


Info terkini: aku sudah keluar dari grup WhatsApp sekolah rendah yang aku rasa banyak melalut ke sana ke sini. 

Ikhtilat. Kena jaga ikhtilat.




0 jika kau rasa:

 

Diari Cikgu Wawa Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei